Tajaan atau Pinjaman Pelajaran.Mungkin saya bukan orang yang sepatutnya menulis perkara ini kerana saya sudah mendapat pinjaman pelajaran, tetapi setelah beberapa peristiwa yang berlaku terhadap dua rakan dan diri saya sendiri,saya rasa amat perlu perkara ini diketengahkan.
Peristiwa yang menimpa diri saya sendiri, apabila ibu bapa saya mengatakan “hang nie baguih btoi.tak risau.sampai ke Kelantan buat kebajikan.tapi pasal yuran langsung tak dapat bantuan mana-mana lagi ”. Apa yang boleh dikatakan lagi oleh saya sebagai seorang anak?
Kemudian sepupu saya menceritakan satu peristiwa ketika dia di Pejabat Pengajian Tinggi untuk mengambil Non Objection Certificate (NOC). Dia bertemu seorang pak cik datang jauh dari Sungai Petani hanya untuk menguruskan urusan dua anak beliau yang belajar di Mesir. Ketika di kaunter, pegawai itu mengatakan ada beberapa dokumen yang masih belum lengkap. Pak cik itu tadi masih tenang dan tidak sedikit pon memintak untuk apa-apa kelonggaran.kemudian keluar ayat-ayat yang sungguh berharga :
“Kita ni bila mahukan duit, ada yang menyembah kaki manusia, tapi kita lupa yang rezeki itu semua datang dari Allah”
Peristiwa ketiga berlaku kepada seorang rakan saya, dia mempersoal tentang rezeki rakan lain yang mendapat pinjaman pelajaran.
”Si Polan nie pon dapat ko tau tak?aku lagi rajin dari dia tau”.
Kepada rakan-rakan yang sudah mendapat tajaan ataupun pinjaman pelajaran, Alhamdulillah saya ucapkan. Kepada yang belum bersabarlah. Kerana
"Dan Allah memberi rezeki kepada orang-orang yang dikehendakiNya tanpa batas"
Surah Al-Baqarah ayat 212
Rasulullah s.a.w bersabda: Doa seseorang itu akan dikabulkan selagi dia tidak terburu-buru menyebabkan dia berkata: Aku berdoa tetapi tidak dimakbulkan.
Saya tahu masalah kewangan bukan boleh di pandang remeh. Rata-rata antara kita sudah di ambang umur 20-an.Semuanya sangat matang tentang masalah kewangan. Setahun perlu membayar yuran RM 24 000.00 – RM 28 000.00 tidak dicampur dengan perbelanjaan bulanan.
Surat Al-Baqarah Ayat 265.
Saya minta maaf jika post ini menyakitkan hati mana-mana pihak, atau membuat pihak-pihak tertentu terasa hati. Niat hanya ingin membuka pandangan bahawa mungkin ibu bapa kita akan mendapat pahala jihad.jadi janganlah kita terlalu bimbang kerana Maha Perancang sedang merancang sesuatu untuk kita. Janganlah berhenti berdoa kepada Maha Pengasih dan Penyayang kerana semua datang dari nya dan Dia tidak kejam.
Allah tidak membebani seorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat (pahala) dari (kebajikan) yang dikerjakannya, dan dia mendapat (dosa) dari (kejahatan) yang dikerjakannya.(Mereka berdoa), "Ya Tuhan kami, janganlah ENGKAU hukum kami jika kami lupa atau kami melakukan kesalahan. Ya Tuhan kami, janganlah ENGKAU bebani kami dengan beban yang berat sebagaimana ENGKAU bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah ENGKAU pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami, ENGKAU-lah Pelindung kami, maka tolonglah kami menghadapi orang-orang kafir".
Surah Al-Baqarah: 286
No comments:
Post a Comment