Sebelum membaca entry ini, saya sangat berharap pembaca membuka dahulu link yang disertakan ini, kerana apa yang ingin saya perkatakan semuanya bermula bila saya menonton video ini, sebuah video Dr. Asri. Cukup terbuka pendahuluan beliau. http://www.youtube.com/watch?v=atu8wA5eH7c
Jika dilihat masa kini, banyak perdebatan Islamiah seperti Sunnah-bida’ah, Wahabi dan lain-lain berlaku di Malaysia mahupun seluruh dunia. Kadang-kadang dari satu masalah kecil seperti berlainan persatuan ataupun berlainan pandangan dalam satu perkara ranting boleh membawa kepada perpecahan dan perbalahan dalam kalangan umat Islam itu sendiri.
Russel Peter, seorang stand up comedian Canada mengatakan “You want to kill me? NO! I KILL ME!”, ayat ini ditujukan khas kepada Umat Arab dan kita tahu bila di sebut arab pasti akan tebayang umat Islam. Tetapi apa yang Russel cuba katakan adalah benar, kerana tidak perlu Amerika atau pun mana-mana pihak membunuh umah Islam dari segi fizikal atau mental kerana kita sebenarnnya membunuh sesame sendiri.
Mengapa perkara ini boleh berlaku? Adakah kerana kedua-dua pihak gila kuasa? Adakah kerana keinginan mencari pengaruh? Adakah hanya kerana perasaan manusia yang terkecil hati apabila melihat sesebuah kumpulan cuba untuk membawa pembaharuan walhal kelompok kecil ini tadi merupakan ‘anak’ mereka sebelum ini atau pun hanya kerana satu sebab iaitu KERANA ALLAH.
Jika perdebatan itu kerana Allah, perlulah di ingat bahawa emosi manusia tidak boleh becampur-baur dalam perdebatan tersebut, kita sepatutnya perlu lebih terbuka dan menilai fakta-fakta yang di keluarkan pihak lawan. Seperti yang kita tahu, tidak manusia maksum seperti Para Anbia, jadi mungkin ilmu di dada masing-masing masih belum cukup, jadi tajdidlah niat perdebatan hanya satu iaitu untuk mencari Islam sebenar.
Mungkin ketika perdebatan berlansung ada satu pihak yang berlebih-lebih, tetapi ingatlah “Freedom of Speech” atau kebebasan bersuara sangat di titik beratkan di Amerika Syarikat dan kebanyakkan Negara Eropah. Cuba bayangkan kamu perlu hidup dengan seseorang selama 5 tahun san orang itu telah mengaku yang dia bencikan kamu dihadapan muka kamu sendiri. Tetapi mereka masih boleh hidup dan menjalani kehidupan normal atas sikap professional.
Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran yang baik, dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah yang lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalanNya. Dan Dialah yang mengetahui siapa yang mendapat petunjuk. Dan jika kamu membalas, maka balaslah dengan (balasan) yang sama dengan siksaan yang ditimpakan kepadamu. Tetapi jika kamu bersabar, sesungguhnya itulah lebih baik bagi orang yang sabar.
(Surah An-Nahl;125-126)
Diharap dengan entry ini, dapat membuka mata semua pihak yang Islam itu sempurna, tapi ia terpulang bagaimana kita memahami Islam itu sendiri. Tidak berdosa berlainan pendapat, tetapi jika berlainan aqidah mungkin perlu duduk semeja untuk mencari kebenaran. Jangan kita mempermainkan hukum Islam hanya untuk menunjukkan kita di pihak yang benar, tetapi tunjukkanlah apa itu Islam yang sebenarnya.
Sabda Nabi s.a.w:
“Sesiapa yang memanggil orang lain dengan ‘kafir’ atau ‘musuh Allah’ sedang dia tidak begitu, maka tuduhan itu kembali kepadanya (penuduh)”.
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Mungkin ini pernah kita dengar :
Pihak 1 : kamu ni kuat melawan ye! Kamu bukan melawan saya, kamu sedang melawan hukum Allah
Pihak 2 : berani gila kau lawan ustaz-ustaz, lawan je! Diorang tuh bajet alim abes, semua dorang betul
Selepas ini tidak mahu dialog seperti di atas diulang-ulang kerana Allah itu satu, Islam itu sempurna, jadi duduk berbincang tentang bagaimana mahu pulang kepada yang SATU.
No comments:
Post a Comment