Sunday, December 5, 2010

this is Islam


RAMALLAH - Pasukan pertahanan awam Palestin menyertai operasi antarabangsa bagi membantu memadamkan kebakaran hutan di utara Israel, menurut pejabat presiden, kelmarin.

"Tiga unit pasukan pertahanan Palestin dihantar bagi membantu Israel memadamkan kebakaran hutan di Carmel," menurut kenyataan pejabat Presiden Palestin, Mahmoud Abbas.

Kebakaran besar itu yang bermula pada pagi Khamis lalu, telah membunuh 42 orang setakat ini dan terus merebak di luar kawalan, memaksa lebih 13,000 penduduk dipindahkan.

Keadaan itu menyebabkan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu terpaksa merayu bantuan daripada masyarakat antarabangsa, iaitu sesuatu yang tidak dijangka daripada pemimpin rejim Zionis.

Bantuan luar mula tiba dari beberapa negara termasuk Palestin, Amerika Syarikat, Turki dan Britain yang menghantar pegawai bomba dan kemudahan untuk memadam kebakaran, termasuk kapal terbang pengangkut air.

Netanyahu turut menghubungi Abbas secara peribadi melalui telefon untuk mengucapkan terima kasih atas bantuan murni yang diberikan oleh Palestin

Sumber : Sinar Harian

this is Islam, we live in peace, we try to forgive everyone. We help needy people.thanks Palestine for showing this good manner of islam to the world

2 comments:

IMANSHAH said...

salam ziarah, lama menyepi

ariff haikal said...

waalaikum salam.
tak la menyepi.cuma tengah sesuaikan diri dalam musim sejuk.