Wednesday, December 22, 2010

rotten apple


‘Why do you choose Egypt doctor?’

Soalan ini sering diajukan jika kami bosan dan cuba berborak dengan lecturer-lecturer kami. Saya rasa mereka agak kebingungan mengapa ramai pelajar Malaysia berpusu-pusu merebut tempat untuk belajar di sebuah negara yang terkenal dengan padang pasir dan suhu yang tinggi. Mengapa tidak di Malaysia sahaja?Malaysia ada segalanya, facilities 10 kali ganda baik jika di Malaysia. Namun kami menjawab

‘Because we can learn Arabic language and islam here besides the calm Islamic atmosphere in Egypt’

Ya betul, kami yang belajar di Egypt sedikit sebanyak ada input bahasa arab walaupun bahasa arab pasar, dan tentang Islamic atmosphere seperti bacaan Al-Quran di mana-mana sangat membuatkan hati saya jatuh cinta dengan keadaan Islam di sini.

Namun, bila saya pulang ke Malaysia untuk menikmati ‘summer break’ pada bulan julai yang lepas, saya mendengar banyak keluhan dari rakan-rakan, ibu bapa dan boleh di katakan seluruh rakyat Malaysia tentang kebejatan moral Islam dalam diri remaja Malaysia, pergaduhan antara Alim-Ulama di Malaysia, kurangnya Islam dalam aktiviti harian rakyat Malaysia dan macam-macam lagi.

Tapi apa yang saya ketemu adalah buruk khabar dari rupa, Islam di Malaysia masih teguh dan semakin hari semakin ramai yang tertarik dengan Islam.Antara contoh yang saya boleh nyatakan adalah;

1. 1.Solat subuh berjemaah di masjid. Saya baru sahaja berpindah di Bandar Tun Razak, Cheras. Jadi berbekalkan lessen P dalam poket saya memandu kereta untuk mencari masjid berdekatan untuk menunaikan solat subuh berjemaah, kerana saya berjanji dengan diri saya untuk cuba mengamalkan rutin harian Egypt saya di Malaysia. Alangkah terkejutnya saya bila melihat ramainya makmum untuk bersolat subuh di masjid! setengah masjid penuhnya. ini adalah fenomena bagi saya! Seronok tidak terhingga hati ini bila melihat ramai kanak-kanak berpakaian baju sekolah menggalas beg sekolah berhenti untuk menunaikan solat subuh berjemaah di masjid ini.Alhamdulillah. kerana jika di Egypt sendiri, dalam surau kecil di bawah rumah saya, hanya 2 saf sahaja ketika solat subuh dan kebanyakannya makmunnya dari golongan warga emas.

2. 2.Mentaliti Islam yang disebarkan melalui media, untuk lebih tepat melalui filem dan drama. Sebelum saya menjejak kaki ke Egypt, saya ada menonton Syurga Cinta. Sebuah filem comel dan penuh unsur Islam tentang hubungan antara lelaki dan perempuan. Kemudian sebuah drama bersiri Nur Kasih yang menggegarkan Malaysia dan juga Egypt ! *sebab ada kawan-kawan saya tunggu depan laptop nak tengok Nur Kasih online kat mytv3*. Dan minggu lepas saya menonton thriller ‘Aku Masih Dara’. Saya kira media Berjaya memainkan peranan mereka dengan baik, kerana dapat memaparkan kisah masyarakat Malaysia dan Islam untuk tontonan umum. Mungkin ada dalam filem dan drama yang memaparkan remaja Malaysia ‘clubbing ’ dan social kemudian mereka memaparkan pula bagaimana remaja-remaja ini mencari jalan untuk pulang kepada-Nya. Ini mungkin boleh dijadikan inspirasi kepada golongan tertentu. Dan filem Nur Kasih memang berjaya membuatkan setiap penontonnya berfikir untuk kahwin awal dan merasa nikmat manisnya perkahwinan bukannya hanya couple.*sapa tak mau Ayu Raudhah pakai tudung.lawa habaq hang!*

Saya sangat gembira dengan arah yang di tuju oleh masyarakat Malaysia. Diharapkan generasi Malaysia selepas ini akan menjadi lebih baik sehingga mencapai tahap masyarakat Islam Rabbani. Ini bukan dongenggan, kerana jika di lihat sejarah Islam di Malaysia memang semakin baik dari hari ke hari, saya ingin bertanya, berapa ramai dari ibu kita yang memakai tudung sejak dari kecil? Jarangkan untuk tahun 70-an dan 80-an. Namun sekarang anak-anak kecil 3-4 tahun sudah pandai bertudung dan mengenakan busana muslimah.

Bagi saya, jika kita Nampak sebiji epal yang sudah buruk dari luar, dan kita cuba untuk mengigit bahagian tersebut, tentulah yang akan keluar hanya ulat buah-buahan. Tetapi jika kita gigit di bahagian yang elok, tentu kita dapat merasakan nikmat manisnya sebuah epal yang ranum sehingga ulat pun mahukannya.

No comments: