Sunday, December 25, 2011

Sini Sana Sini Allah


Peace Upon You. Medical studies ini memang seronok kalau part belajar. Macam-macam kita dapat tahu dan lihat dengan mata kepala sendiri penyakit-penyakit yang ada. Tapi bila time examination, itu sangatlah pressure. Kena ingat semua benda, bukan sekadar tahu tetapi betul-betul arif dengan perkara tersebut. Masa itulah baru tahu, yang belajar medic ini hanyalah satu cabang dari ilmu Allah, dan ilmu Allah itu banyak lagi. Betapa lemahnya kita sebagai hambanya, ilmu yang secabang ini pon sudah separuh nyawa cuba mendalaminya.

Kadang-kadang orang berkata 'Wah belajar medic, mesti budak pandai'. Saya kurang setuju. Semua ilmu itu milik Allah, dan perlu diambil dengan beradab. Semua penuntut ilmu mengalami stress dalam menuntut ilmu. Sama sahaja. Cuba tanya budak medic tentang engineering, pasti mereka menjawab 'tak nak lah engineering, malas aku nak kira-kira'. Kemudian cuba tanya budak engineering pula tentang medic, mereka akan menjawab 'medic? Fuh..im done reading books. I prefer maths je'.

Jadinya persoalan ilmu mana susah,ilmu mana penting tidak patut timbul. Kita semua diwajibkan menuntut ilmu dalam apa sahaja bidang yang ilmunya bermanafaat. Selepas berilmu, sampaikan kepada orang sekeliling, masyarakat, negara dan kemudiannya dunia tentang kemanisan ilmu Allah.

Tertarik bila seorang Profesor mengatakan 'Ilmu fardu Ain itu wajib dan fardu kifayah turut sangat di tuntut. Ilmu di dunia ini bukan sahaja ilmu usulludin etc. Kita perlu ada ilmu fardu ain untuk beribadat kepada Allah, kalau tak tahu solat, macam mana nak jadi muslim.Ilmu itu memang wajib. Tapi mendalami ilmu islam kita serahkan kepada yang arif. Kita yang belajar ilmu fardu kifayah sama juga pentingnya. Perumpamaannya, kalau nak membuat teh, seorang sahaja bancuh cukup. Yang lain boleh tumpang minum. Mengapa semua orang perlu buat teh, dikuatiri akan membazir diakhirnya.' - Prof Dato' Dr Mohd Yusof Othman (Pakar Fizik merangkap Pengarah Institut Islam Hadhari)

Wahai orang-orang yang beriman, rukuklah serta sujudlah (mengerjakan sembahyang), dan beribadatlah kepada Tuhan kamu (dengan mentauhidkanNya), serta kerjakanlah amal-amal kebajikan; supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat). Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya Dia lah yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan ugamanya); dan Ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara ugama, ugama bapa kamu Ibrahim. Ia menamakan kamu: "orang-orang Islam" semenjak dahulu dan di dalam (Al-Quran) ini, supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu, dan supaya kamu pula layak menjadi orang-orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah). Oleh itu, dirikanlah sembahyang, dan berilah zakat, serta berpegang teguhlah kamu kepada Allah! Dia lah Pelindung kamu. Maka (Allah yang demikian sifatNya) Dia lah sahaja sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Pemberi pertolongan.

Surah Al-Hajj :77-78

Setiap dari orang muslim itu berharga bila dia mendekatkan diri dengan yang Maha Esa, tidak ada double standard di dalam Islam. Kita semua mempunyai peranan masing-masing dalam membangunkan Islam kembali.

Kalau kamu seorang doktor, kongsikan kehebatan, kehalusan, ketelitian stuktur pembinaan manusia yang dicipta Allah. Kalau kamu seorang Engineer, terangkan kepada dunia, apa teknologi umat terdahulu yang berada di dalam Al-Quran namun tidak diketahui umat sekarang. Jika kamu seorang arikitek, beritahu semua seluruh umat manusia tentang bagaimana pyramid dibina dan jawapannya di dalam Al-quran, jika kamu seorang accountant, serlahkan ketelusan ekonomi islam dalam islamic banking. Kalau kamu menjual insuran, create a new policies for insurance berteraskan islam, kerana wasiat itu ada dituntut didalam islam hatta ada seorang penyapu sampah, kongsikan kepada masyarakat apa itu pentingnya kebersihan seperti yang di seru dalam Islam.

Harapan saya, kepada sesiapa sahaja yang ingin menulis, ingin berkongsi walau sekecil zarah sekalipun berkaitan keindahan Islam. Silakan, kerana Allah itu ada di mana-mana. Lihatlah dunia ini melalui tingkap Islam ataupun

“wear your islamic glasses, then discover the beauty around you.subbhan’Allah”

Sunday, December 18, 2011

Pillow talk terAWESOME


Dua hari lepas saya dan beberapa orang rakan bergotong royong memasak kari dan membungkusnya untuk 100 orang makan. Bermula dari 5 petang hingga 4 pagi keesokkannya. Namun diantara pukul 12-2 pagi tumpuan kami terarah kepada pillow talk yang tidak dirancang.

Ada seorang rakan saya yang baru pulang dari jaulah makam sheikh atau dengan bahasa sempoinya 'lawatan ke kubur-kubur sheikh'. Dalam mana dia menerangkan tentang kehebatan sheikh-sheikh ini. Saya sangat kagum dengan kefahaman sheikh- sheik yang sudah meninggal dunia ini tentang Islam serta sumbangan mereka.

Kemudian perkara yang tidak dapat saya lupakan, apabila rakan saya ini berkata dia berpeluang berjumpa dengan seorang sheikh yang masih hidup ketika membawa seorang rakannya yang lain yang telah dirasuk jin. Dengan izin Allah, sheikh tersebut dapat mengubati penyakit rakan tadi yang dirasuk di sebuah kedai kopi arab yang penuh sesak dengan pelanggan dan dia sedang menghisap shisha. Smart tak? Sheikh tersebut hanya menghembus asap shisha kepada pesakit dan alhamdulillah pesakit tadi sembuh.

Bila ditanya kepada sheikh tersebut, ayat apa yang dia baca. Kemudiandia hanya menjawab "fie duniawi, Allah bas!". Perkataan ini sering berlegar dalan minda saya. Apa maksudnya? "Di dunia ini, Allah sahaja sudah mencukupi. Hanya Allah". Terkedu saya bila mendengar cerita dari rakan tadi. Betapa sheikh ini percaya kepada Allah.

Apa yang dikatakan oleh sheikh itu adalah keimanan paling tunjang dalam Islam iaitu percaya kepada Allah. Berapa kali je bila ditimpa musibah saya sabar , bersyukur dan percaya Allah itu dekat? Adakah dalam setiap hembusan nafas saya, saya mensyukuri nikmat hidup saya? Mampukah saya percaya yang pertolongan Allah itu dekat bila saya benar-benar dalam kesusahan? Kadang-kadang kita lagi percaya kepada manusia dari Allah. Contoh memintak tolonga rakan di saat sukar dan sangat berharap darinya bukan Allah. Mungkin ada sesetengah orang mengatakan yang mengingati Allah itu mudah, tapi betul- betul mudah di hati? Ataupun hanya di mulut?

Perkataannya mudah "percaya dengan Allah", namun isinya sungguh berat, tidak tertampung akal. Sungguh jauh iman saya berbanding sheikh tersebut. Sungguh rendah kepercayaan saya kepada Allah selama ini, adakah ini sahaja tahap Islam yang aku mampu capai. Allah huakbar!
*Sumpah hati ini menangis setiap kali mengenangkan ayat dari sheikh tersebut*

Qudsi 7 : Syphilitic toad


Peace upon you, kali ni nak share berkaitan kelas lab pharmacology ataupun nak mudah kelas ubat-ubatan or drugs. Minggu ni baru kami betul- betul belajar experiment, kalau tak.. Dr dok cerita macam mana nk masukkan ubat dalam human body, macam mana nk prescrip ubat kat patient etc.

This week we have to do an experiment using toad's heart to detect the type of unknown drug being used to the subject. How to get the result? By observing the heart of the the toad after being introduced by unknown drugs. Tengok la heart tuh increase contraction or decrease, silap-silap stop terus! Haha.

Kenapa pakai heart of toad? Sebab toad’s heart can survive under any moisture or environment because they are amphibian. Dalam masa Dr kata macam tuh, saya terbayang sesuatu, Tahukah anda katak atau sedara maranya boleh diletakkan dalam periuk yang menggelegak airnya, dan mereka masih sempoi-sempoi kodok je tak dalam air mendidih tuh. Kenapa perkara ini terjadi? Sebab merekakan amphibian, cool blooded meaning their’s body temperature follow the surrounding temperature. Maknanya, katak yang sempoi-sempoi kodok itu tadi, akan menjadi katak rebus di dalam periuk tanpa attempt mereka untuk menyelamatkan diri. Nice right? Haha. Experiment katak


Kemudian saya ter’Flash’ back plak about syphilis, uuu…dengar jah suda cuak kan? Padahal penyakit syphilis are cureable by simple antibiotic. But why are they offen tend to reach chromic stage?. Ketahuilah syphilis ini keburukannya adalah penyakitnya TIDAK SAKIT! Sebab tuh pesakit tidak mencari ubatnya. Kenapa perlu cari ubat kalau luka yang berdarah tidak sakit? Anda akan tahu anda di tahap chronic syphilis bila anda mula kehilangan rasa kaki anda, kehilangan deria rasa di chest region atau pun kaki *Tabes Dorsalis*.

Ada tiga hikmah yang dapat di ambil dari perkara di atas iaitu yang pertama, pentingnya nikmat sakit kepada hamba Allah. Kadang-kadang kita rasa sangat tension bila sakit, tapi jangan lupa..When a slave is sick, he gets reward to his credit according to the deeds he was doing when he was healthy.

Narrated Uqba bin Aamir : The Prophet said : Every deed of a day is sealed up. When a beliver fall ill, the angles say : O our Lord! Your slave so-and-so has fallen ill. The Lord says : Note down to his credit the same deeds, he was doing before illness untul he heals up or dies.

(This hadith is sound and reported by Ahmad in his Musnad)


Hikmah kedua ialah pentingnya menuntut ilmu, bukan bila dah nak dekat exam baru nak bukak buku. Kita perlu sentiasa rasa dahagakan ilmu ataupun kalau sudah rasa diri itu sempurna dengan ilmu, cubalah cari ilmu yang baru. Jangan jadi seperti syphilitic patient yang tidak mencari cure kerana luka mereka tidak sakit.


Hikmah terkahir ialah dari peristiwa katak, kadang-kadang kita rasa sangat selesa dengan diri sendiri dan takut melakukan perubahan. Kita duduk dalam comfort zone, berkawan dengan orang yang sama pemikiran dengan kita dan yang lebih takut kita rasa golongan kita adalah yang terhebat. Cuba lihat dunia yang Allah ciptakan terbentang luas ini. Bermasyarakat dengan semua jenis orang tidak mengira bangsa ataupun jenis pemikiran. Cuba sesuatu yang baru. Jangan hanya selesa dengan apa yang ada kerna takut itu memudaratkan diri.

Ayah saya pernah berkata “Orang yang hebat, dia tidak akan sama dengan orang biasa, kerana mereka inilah golongan yang berani kehadapan dan mempunyai hidup yang berbeza dengan orang normal”

Sebagai seorang muslim, lihatlah diri kita, muhasabah kembali, adakah kita bergembira dengan iman yang ada di dada kita sekarang? Ataupun kita mahu mencapai satu tahap keimanan yang lebih tinggi? Jangan takut lakukan perubahan and also

"Don’t be afraid to think outside the box, because even i don’t know where the box is "

the cerebro

Saturday, December 10, 2011

Ini Kisahku *cewah!*


Sudah lapan bulan saya memegang jawatan dalam satu persatuan, kadang-kadang tenggelam timbul semangatku. Aku tidak pinta apa-apa jawatan, hanya seronok membuat program, kemudian ditawarkan jawatan yang tinggi bagi orang baru seperti aku.

Dari mula aku menerima tanggungjawab ini sehingga sekarang, hanya ada satu yang bermain dalam benak hatiku ' bagaimana untuk aku bahagikan antara belajar medic dan berpersatuan'.

Namun persoalan itu terjawab dalam minggu ini, yang pertama melalui seorang rakan. Beliau mengatakan semalam sebelum bermula kelas arab ' haikal, saya pon tak pegang buku lagi dalam masa dua hari ini, Ya Alhamdulillah saya dapat mumtaz tahun lepas, tapi bila dilihat, rakan-rakan lain yang study lebih banyak dari saya, membuatkan saya rasa tidak layak untuk mendapat keputusan sebegitu. Tapi apa yang saya muhasabah diri saya kembali, biarlah masa kita habis menolong orang, dan cubalah untuk tidak berfilir untuk sebarang balasan, InsyaAllah Dia akan beri balasan setimpal'. Thanks kawan! Saya tidak akan lupakan kata-kata kamu walaupun kita hanya bersembang secara bersahaja semalam. Ini berkaitan dengan dengan membahagikan masa antara buku dan hubungan dengan manusia.

Jawapan kedua yang saya dapat adalah, ikhlaskan diri dalam bermujahadah. Ikhlas dan tenangkan hati dalam berjuang di jalan Allah, Kelak Allah tidak akan lokek memberikan apa-apa sahaja kepada pejuanngnya. Jika Allah mampu menurunkan para Malaikat untuk membantu hamba-hambanya ketika Perang Badar, tak kan Dia tidak boleh membantu kita untuk bertempur hanya dengan 4 paper.

Allah had helped you at Badr, when ye were a contemptible little force; then fear Allah. thus May ye show your gratitude. Remember thou saidst to the Faithful: "Is it not enough for you that Allah should help you with three thousand angels (Specially) sent down?. "Yea, - if ye remain firm, and act aright, even if the enemy should rush here on you in hot haste, your Lord would help you with five thousand angels Making a terrific onslaught. Allah made it but a message of hope for you, and an assurance to your hearts: (in any case) there is no help except from Allah. The Exalted, the Wise:

Surah Ali-Imran : 123-126

Tahun ini saya berada dalam tahun 3 Perubatan, dan jika ditanyakan kepada semua pelajar medic, semua dari mereka akan mengatakan inilah tahun paling busy, paling susah dan inilah tahun perlu’ act like a medical student’. Saya terpaksa mencuri masa yang singkat atau singgang sahaja untuk study. Orang kata ke hulu hilir dengan buku, budak skem, tapi nak buat macam mana, saya tak dak masa yang banyak macam mereka yang lain. Tapi kadang-kadang sehari tidak ada kerja berpersatuan, sangat kosong pulak rasa hari saya.

Walaupun busy, penat dan macam-macam lagi, saya akan cuba juga hidup seperti ini kerana saya tahu, ini yang saya mahukan dan inilah kehidupan yang saya akan tempoh suatu hari nanti dalam percubaan melalukan sesuatu yang lebih besar kepada masyarakat. Kalau masih belajar pun tidak boleh menyumbang , bagaimana saya mahu hidup sebagai pendakwah, seorang pemimpun revolusi masyarakat ketika saya mempunyai keluarga dan tanggungjawab yang lebih besar di masa hadapan.

Saya tahu entry ini tidak dapat akan memberi manafaat yang luas kepada pembaca, namun kepada pelajar yang aktif dalam kerja luar, inilah perkongsian saya dan inilah nasihat saya untuk diri saya sendiri.

Thursday, December 1, 2011

Diantara dua sujudku

Wahai Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku, cukupilah aku, angkatlah darjatku, rezekilah aku, tunjukilah aku, sehatkanlah aku, dan maafkanlah segala kesalahanku

Inilah doa yang kita sebut-sebut setiap hari 17 kali sehari. Eh? Yeke? Bila masa pulak aku ade masa nak baca doa panjang gini?. Inilah ketika kita duduk antara dua sujud. Walaupun dalam masa yang sebentar, duduk antara dua sujud tapi kita sudah meminta macam-macam dari Al-Rahman. Namun adakah kita bersyukur?

Kemudian Ia menjadikan keturunan manusia itu dari sejenis pati, iaitu dari air (benih) yang sedikit dipandang orang, Kemudian Ia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya: roh ciptaanNya. Dan Ia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran), (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.

Surah As- Sajdah : 8-9

Penciptaan manusia itu sangat complex, Alhamdulillah saya diberikan peluang untuk belajar Medicine dan mengkaji lebih mendalam keajaiban ciptaan Allah yang tiada penghujungnya. Seperti ayat Quran diatas yang mengatakan hanya sedikit yang bersyukur tentang penciptaan manusia, saya sangat setuju!

Dapat dilihat berapa banyak kes buang bayi? Berapa banyak ibu bapa yang meninggalkan anak, Berapa ramai ibu bapa yang betul-betul menjaga anak mereka? Dan akhirnya berapa ramai yang menjaga kesihatan mereka dan mensyukuri nikmat yang bernama kesihatan?

Semenjak dua menjak belajar Parasitology dan Phatology. Banyak perkara yang membuatkan saya sedar what is the price of our health. Disini saya sertakan dua gambar ala-ala Kodak moment yang tak mungkin akan saya lupakan sepanjang hidup saya. Gambar ini ditayangkan di dalam class Parasitology dan Phatology.


Gambar ini menujukkan infection of Ascaris Lumbricoides iaitu sejenis parasite yang berada di sayur yang tidak di basuh bersih atau pun tanah. Parasite ini membiak di dalam intestine. Bila diberikan ubat, kemudian inilah hasilnya..Sumpah! baru saya tau kenapa emak-emak tak bagi main guna kaki ayam. Banyak lagi mode of infection of parasites, ada yang melalui air, ada melalui raw meat, raw fish and by the way bagi siapa peminat sushi salmon, jaga-jagalah. Memang ada parasite khas untuk salmon yang tidak dimasak sepenuhnya nama Diphyllobothrium latum.*jangan makan dah sushi salmon, tolak semua kat saye!*


Gambar ini pula menunjukkan penyakit syphilis. Kita tahukan yang ini adalah salah satu penyakit kelamin. Tapi asal saya letak picture muka orangkan? Yela kang saya letak picture infected genital organs, hilang plak hafalan orang membaca entry ni. *joking!*, tapi inilah antara tanda-tanda akhir penyakit syphilis, setakat infection kat genital organs tuh early stage and maybe heal by our selves. Tapi jangan tak pegi doctor plak. Kang melarat. Jadi gini. Orang dok kata kulit tak licin, kulit tak putih, tapi kalau dah kene penyakit gaya gini, agak-agak anda bersyukur tak dengan apa yang anda ada?

Kepada bakal-bakal ibu dan ayah atau pun yang baru menimang cahaya mata, jagalah amanah Allah itu dengan sebaiknya, jangan sesekali menyesal yang anak anda tidak sebijak anak jiran sebelah, anak anda tidak dapat markah setinggi markah sedara-mara lain. Cukuplah dia dilahirkan sempurna sifat dan anak itu tahu manafaatkan dirinya untuk keluarga dan masyarakat. Ramai lagi ibu bapa yang kurang bernasib baik, ada yang anak mulanya sehat dan sempurna tubuh badan namun selepas beberapa hari dilahirkan dia dijangkiti demam akhirnya anak mereka mental retarded dan macam-macam lagi.

Ingatlah kesihatan itu luas, biarlah kita sehat jasmani untuk sehatkan rohani. Kalau hati nak bersolat tapi kaki sakit, payah jugak kan? Kalau mulut nak bertasbih tapi kene cancer lidah, gimana kan?