Sudah lapan bulan saya memegang jawatan dalam satu persatuan, kadang-kadang tenggelam timbul semangatku. Aku tidak pinta apa-apa jawatan, hanya seronok membuat program, kemudian ditawarkan jawatan yang tinggi bagi orang baru seperti aku.
Dari mula aku menerima tanggungjawab ini sehingga sekarang, hanya ada satu yang bermain dalam benak hatiku ' bagaimana untuk aku bahagikan antara belajar medic dan berpersatuan'.
Namun persoalan itu terjawab dalam minggu ini, yang pertama melalui seorang rakan. Beliau mengatakan semalam sebelum bermula kelas arab ' haikal, saya pon tak pegang buku lagi dalam masa dua hari ini, Ya Alhamdulillah saya dapat mumtaz tahun lepas, tapi bila dilihat, rakan-rakan lain yang study lebih banyak dari saya, membuatkan saya rasa tidak layak untuk mendapat keputusan sebegitu. Tapi apa yang saya muhasabah diri saya kembali, biarlah masa kita habis menolong orang, dan cubalah untuk tidak berfilir untuk sebarang balasan, InsyaAllah Dia akan beri balasan setimpal'. Thanks kawan! Saya tidak akan lupakan kata-kata kamu walaupun kita hanya bersembang secara bersahaja semalam. Ini berkaitan dengan dengan membahagikan masa antara buku dan hubungan dengan manusia.
Jawapan kedua yang saya dapat adalah, ikhlaskan diri dalam bermujahadah. Ikhlas dan tenangkan hati dalam berjuang di jalan Allah, Kelak Allah tidak akan lokek memberikan apa-apa sahaja kepada pejuanngnya. Jika Allah mampu menurunkan para Malaikat untuk membantu hamba-hambanya ketika Perang Badar, tak kan Dia tidak boleh membantu kita untuk bertempur hanya dengan 4 paper.
Allah had helped you at Badr, when ye were a contemptible little force; then fear Allah. thus May ye show your gratitude. Remember thou saidst to the Faithful: "Is it not enough for you that Allah should help you with three thousand angels (Specially) sent down?. "Yea, - if ye remain firm, and act aright, even if the enemy should rush here on you in hot haste, your Lord would help you with five thousand angels Making a terrific onslaught. Allah made it but a message of hope for you, and an assurance to your hearts: (in any case) there is no help except from Allah. The Exalted, the Wise:
Surah Ali-Imran : 123-126
Tahun ini saya berada dalam tahun 3 Perubatan, dan jika ditanyakan kepada semua pelajar medic, semua dari mereka akan mengatakan inilah tahun paling busy, paling susah dan inilah tahun perlu’ act like a medical student’. Saya terpaksa mencuri masa yang singkat atau singgang sahaja untuk study. Orang kata ke hulu hilir dengan buku, budak skem, tapi nak buat macam mana, saya tak dak masa yang banyak macam mereka yang lain. Tapi kadang-kadang sehari tidak ada kerja berpersatuan, sangat kosong pulak rasa hari saya.
Walaupun busy, penat dan macam-macam lagi, saya akan cuba juga hidup seperti ini kerana saya tahu, ini yang saya mahukan dan inilah kehidupan yang saya akan tempoh suatu hari nanti dalam percubaan melalukan sesuatu yang lebih besar kepada masyarakat. Kalau masih belajar pun tidak boleh menyumbang , bagaimana saya mahu hidup sebagai pendakwah, seorang pemimpun revolusi masyarakat ketika saya mempunyai keluarga dan tanggungjawab yang lebih besar di masa hadapan.
Saya tahu entry ini tidak dapat akan memberi manafaat yang luas kepada pembaca, namun kepada pelajar yang aktif dalam kerja luar, inilah perkongsian saya dan inilah nasihat saya untuk diri saya sendiri.
4 comments:
very nice gorie. keep doing it :)
thank bb, eh! Puan bb dh skrng
ganbatte!!!
tahun 2 pun dah semput.... T___T
Post a Comment