Sunday, December 25, 2011

Sini Sana Sini Allah


Peace Upon You. Medical studies ini memang seronok kalau part belajar. Macam-macam kita dapat tahu dan lihat dengan mata kepala sendiri penyakit-penyakit yang ada. Tapi bila time examination, itu sangatlah pressure. Kena ingat semua benda, bukan sekadar tahu tetapi betul-betul arif dengan perkara tersebut. Masa itulah baru tahu, yang belajar medic ini hanyalah satu cabang dari ilmu Allah, dan ilmu Allah itu banyak lagi. Betapa lemahnya kita sebagai hambanya, ilmu yang secabang ini pon sudah separuh nyawa cuba mendalaminya.

Kadang-kadang orang berkata 'Wah belajar medic, mesti budak pandai'. Saya kurang setuju. Semua ilmu itu milik Allah, dan perlu diambil dengan beradab. Semua penuntut ilmu mengalami stress dalam menuntut ilmu. Sama sahaja. Cuba tanya budak medic tentang engineering, pasti mereka menjawab 'tak nak lah engineering, malas aku nak kira-kira'. Kemudian cuba tanya budak engineering pula tentang medic, mereka akan menjawab 'medic? Fuh..im done reading books. I prefer maths je'.

Jadinya persoalan ilmu mana susah,ilmu mana penting tidak patut timbul. Kita semua diwajibkan menuntut ilmu dalam apa sahaja bidang yang ilmunya bermanafaat. Selepas berilmu, sampaikan kepada orang sekeliling, masyarakat, negara dan kemudiannya dunia tentang kemanisan ilmu Allah.

Tertarik bila seorang Profesor mengatakan 'Ilmu fardu Ain itu wajib dan fardu kifayah turut sangat di tuntut. Ilmu di dunia ini bukan sahaja ilmu usulludin etc. Kita perlu ada ilmu fardu ain untuk beribadat kepada Allah, kalau tak tahu solat, macam mana nak jadi muslim.Ilmu itu memang wajib. Tapi mendalami ilmu islam kita serahkan kepada yang arif. Kita yang belajar ilmu fardu kifayah sama juga pentingnya. Perumpamaannya, kalau nak membuat teh, seorang sahaja bancuh cukup. Yang lain boleh tumpang minum. Mengapa semua orang perlu buat teh, dikuatiri akan membazir diakhirnya.' - Prof Dato' Dr Mohd Yusof Othman (Pakar Fizik merangkap Pengarah Institut Islam Hadhari)

Wahai orang-orang yang beriman, rukuklah serta sujudlah (mengerjakan sembahyang), dan beribadatlah kepada Tuhan kamu (dengan mentauhidkanNya), serta kerjakanlah amal-amal kebajikan; supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat). Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya Dia lah yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan ugamanya); dan Ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara ugama, ugama bapa kamu Ibrahim. Ia menamakan kamu: "orang-orang Islam" semenjak dahulu dan di dalam (Al-Quran) ini, supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu, dan supaya kamu pula layak menjadi orang-orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah). Oleh itu, dirikanlah sembahyang, dan berilah zakat, serta berpegang teguhlah kamu kepada Allah! Dia lah Pelindung kamu. Maka (Allah yang demikian sifatNya) Dia lah sahaja sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Pemberi pertolongan.

Surah Al-Hajj :77-78

Setiap dari orang muslim itu berharga bila dia mendekatkan diri dengan yang Maha Esa, tidak ada double standard di dalam Islam. Kita semua mempunyai peranan masing-masing dalam membangunkan Islam kembali.

Kalau kamu seorang doktor, kongsikan kehebatan, kehalusan, ketelitian stuktur pembinaan manusia yang dicipta Allah. Kalau kamu seorang Engineer, terangkan kepada dunia, apa teknologi umat terdahulu yang berada di dalam Al-Quran namun tidak diketahui umat sekarang. Jika kamu seorang arikitek, beritahu semua seluruh umat manusia tentang bagaimana pyramid dibina dan jawapannya di dalam Al-quran, jika kamu seorang accountant, serlahkan ketelusan ekonomi islam dalam islamic banking. Kalau kamu menjual insuran, create a new policies for insurance berteraskan islam, kerana wasiat itu ada dituntut didalam islam hatta ada seorang penyapu sampah, kongsikan kepada masyarakat apa itu pentingnya kebersihan seperti yang di seru dalam Islam.

Harapan saya, kepada sesiapa sahaja yang ingin menulis, ingin berkongsi walau sekecil zarah sekalipun berkaitan keindahan Islam. Silakan, kerana Allah itu ada di mana-mana. Lihatlah dunia ini melalui tingkap Islam ataupun

“wear your islamic glasses, then discover the beauty around you.subbhan’Allah”

2 comments:

fikrahuddin said...

fuhh dr Yusof Ohtman aku respek.
orang UKM yang disegani ramai.

the cerebro said...

tuh la, tk perlu tgk jawatan, cukup dengar kata-kata beliau, seorang ahli fizik dan cintakan Islam. role model yg bagus untuk kita