Peace upon you. Apa ada pada rupa? Itu antara ungkapan famous seorang rakan saya. Tapi kali ini saya ingin tukar sedikit ayatnya menjadi apa ada pada nama?
Nama full saya Mohd Ariff Haikal b. Mahdi. Maksudnya, mohammad itu mengikut nama RasulAllah Muhammad S.A.W. Kemudian dua nama belakang itu adalah, Ariff maksudnya mengetahui sesuatu perkara dengan sangat mendalam. Kemudian Haikal pula adalah Pokok yang besar dan rendang ataupun bangunan yang tinggi. Jadi kalau digabungkan nama saya, seorang yang sangat mengetahui tentang pokok yang besar ataupun bangunan yang tinggi.
Bila saya mengkaji maksud nama sendiri, terpancul satu soalan dalam minda, kenapa ariff haikal? Kawan-kawan lain ada yang nama khalifah, sahabat nabi, imam-imam besar ataupun sifat seperti kelembutan, kasih sayang, amanah dan macam-macam lagi. Saya pon bertanya kepada parent, kenapa Ariff Haikal. Ayah dengan sempoinya menjawab “adalah..ayah pilih sebab ayah p tanya sendiri dekat imam”. Owh..rupanya nama saya dicadangkan oleh seorang imam..
Ramai ibu bapa moden sekarang tidak mengamalkan perkara inin, ada yang letak nama anak campuran nama artis seperti Siti Nurhaliza Erra, tak pun nama movie character seperti Nora Elena, ataupun Nur Kasih tanpa mendapat second opinion dari orang yang lebih berilmu. *Nur Fathia bertudung lawa gak.hihi!*. Namun kadang-kadang nama yang diberikan tidak mempunyai maksud yang elok. Pilihlah nama yang elok-elok kerana itu satu doa. *Akibatnya saya sekarang alhamdulillah menjadi seorang yang agak tinggi berkat nama yang diberikan my parent*
Pada 7/1/2012 saya pergi ke Masjid Shaykh al-Sayyid Ahmad al-Badawi di Tanta, Egypt. Ada satu peristiwa yang jarang-jarang saya dapat lihat di Malaysia. Sewaktu saya membaca Al-Quran di sebelah seorang pak cik tua. Raut wajahnya tenang sedang membaca Al-Mathurat kemudian datang seorang perempuan membawa anaknya dan meminta pak cik di sebelah saya untuk mendoakan anak kecilnya agar menjadi orang yang soleh. Pak cik sebentar tadi pon memegang kepala kanak-kanak tadi dan membaca beberapa patah ayat Al-Quran kemudian mencium kanak-kanak tadi.
Owh..bagusnya amalan ini, membawa anak kecil ke masjid untuk didoakan oleh golongan alim ulama. Jarang fenomena ini dapat di lihat di Malaysia. Ibu bapa hanya akan membawa anak mereka berjumpa tok imam bila anak mereka di rasuk jin, tidak berhenti menangis dan lain-lain. Rugilah kita tidak menghargai golongan yang berilmu. Sesungguhnya masa kiamat kelak, Allah tidak akan menarik Al-Quran dari kita tapi Dia akan mengambil golongan Alim Ulama dari kita agar kita tidak faham apa itu isi kandungan Al-Quran lagi.
“Mulakan pagimu menjadi seorang guru, atau pelajar, atau pendengar atau orang yang cintakan ilmu. Janganlah kamu menjadi orang yang kelima (tidak termasuk golongan di atas) kerana ia akan membinasakan kamu.”
(Hadis riwayat Tabrani)
Hadis Buku Teks Pendidikan Islam Tingkatan Satu : Ilmu Pengetahuan Asas Kejayaan
Hadis di atas menerangkan kepentingan ilmu seterusnya betapa ruginya golongan yang kelima iaitu langsung tidak melibatkan diri dengan ilmu mahupun mencintai ilmu. Persoalan yang ingin dibangkitkan disini adalah, macam mana golongan generasi seterusnya ingin mencintai ilmu sekiranya tidak dipupuk untuk mendekati orang berilmu sejak dari kecil?
Ingatlah yang darjat orang berilmu di sisi Allah itu special,
Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain) maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan (segala halnya) untuk kamu. Dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan ugama (dari kalangan kamu) - beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan.
Surah Al-Mujahadah : 11
No comments:
Post a Comment