Tuesday, January 10, 2012

Immortality


Peace upon you. Today I would like to share sort of history + Islam if I may. Shih Huang Ti, tokoh ini disebut dalam Buku Teks Sejarah Tingakatan 4. Siapa sebenarnya Shih Huang Ti? Bagi saya beliau adalah seorang figure pengasas tamadun yang hebat. Beliau adalah pengasas bagi tamadun Hwang Ho. Tapi fikir-fikir balik apa la sangat pengasas sebuah tamadunkan? He’s more than that.

Tahukah anda beliau berjaya menggabungkan seluruh China di bawah penguasaan beliau. Berperang dengan kerajaan-kerajaan kecil di China dan berjaya menakluk semua kerajaan. Disebabkan itu beliau menggelarkan diri sebagai Maharaja China yang Pertama. Antara sumbangan beliau ialah Penyambungan The Great Wall of China. Salah satu dari 7 keajaiban dunia. Sebab Actually setiap kerajaan kecil di China menggunakan tembok untuk mempertahankan kerajaan mereka, Cuma bila Maharaja Shih Huang Ti menakluk China, beliau menggabungkan semua tembok untuk tujuan pertahanan.

Jika dilihat kehidupan beliau seperti sempurna, menang dalam pertempuran, berjaya menakluk bukan sebuah kerajaan malah mampu mengasaskan sebuah tamadun yang kini menjadi antara salah satu kuasa dunia, namun ada satu lagi yang beliau cuba capai iaitu Immortallity.

Seorang pemimpin hebat takut akan kematian sehingga sanggup menghantar satu kumpulan saintis terhebat China untuk mencari ubat immortal. Kumpulan saintis itu di hantar ke sebuah pulau. Akhirnya kumpulan saintis ini tidak pulang semula ke China kerana tidak jumpa apa itu ubat kepada immortality. Dikatakan kumpulan saintis inilah yang menjadi pengasas kerajaan Jepun. Tidak berhenti dengan usaha menghantar saintis, Shih Huang Ti juga mengarahkan buruh paksa untuk membina kubur beliau yang dipenuhi dengan ribuan askar-askar patung untuk persediaan beliau semasa kelahiran semula ataupun kehidupan selepas mati.

Jika kita lihat, . Bagaimana cara beliau menyediakan diri untuk bertemu ajal dan dilahirkan semula. Usaha beliau dalam mencari immortality perlu dikagumi Namun akhirnya beliau meninggal dunia pada usia 49 tahun. Sangat muda

Mungkin bagi orang yang belum menerima hidayah Allah, mereka tidak jumpa jawapan kepada immortality, namun bagi kita yang dihadiahkan Allah nikmat Islam dalam DNA sedarlah yang jawapan kepada immortality itu ada di dalam Islam.

Sabda Nabi s.a.w. (maksudnya): Apabila mati anak Adam, maka putuslah amalannya kecuali daripada tiga perkara, sedekah jariah, ilmu yang memberi manfaat dan anak yang soleh yang mendoakan untuknya.

Itulah immortality di dalam Islam untuk kehidupan di dunia. Setiap dari kita akan meninggalkan dunia yang fana ini. Itu Pastu. Namun apakah benih yang ingin kita semai agar sepemergian kita nanti, pokok dari benih yang kita semai itu nanti akan memberi manafaat kepada umat manusia. Fikirkanlah.

Bagaimana orang bukan Islam boleh menabung untuk kehidupan abadi tetapi kenapa kita tidak? Walhal terang-terang dinyatakan dalam Al-Quran tentang kebangkitan semula selepas mati.

Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).

Surah Al-Baqarah : 28

Mungkin kita akan malu sekiranya Shih Huang Ti dibisikan oleh Allah tentang Islam, dan beliau memeluk Islam. Lebih banyak perkara yang beliau mampu lakukan untuk kehidupan selepas mati. Tapi kita?

No comments: