Tuesday, January 24, 2012

Selective Attention!


Peae Upon You. Psychology adalah subject tambahan yang perlu saya ambil semasa berada di tahun 2. Mungkin subject ini akan berguna kerana bukan semua patient yang akan kami temui belum tentu sejahtera mindanyakan? Ataupun dengan ilmu psychology kami mungkin boleh aplikasi untuk berkomunikasi dengan pesakit. MUNGKIN! Tak tahu la betol ke tak, tapi belajar jela..

Antara tajuk yang menarik minat saya adalah “Selective Attention”. Hrm..apakah? Selective attention adalah perbuatan tanpa sedar kita memilih untuk mengetahui ataupun melihat, mendengar apa yang kita mahu. Itu definition paling mudah saya bagi. Yang universal ckit

“the process by which people find something upon which to concentrate, and the level of concentration they can continue to exert as distractions arise

Apa yang ingin disampaikan disini ialah, kita tanpa sedar memilih apa information yang akan sampai ke otak kita. Sebagai contoh pandangan, Saya sendiri mengalami pengalaman ini, Kalau dahulu sewaktu muda-mudi akan ke Ipoh Parade kemudian duduk di kerusi depan Popular.Duduk je, tak masuk pon. Kenapa? Sebabnya nak usha amoi-amoi keluar popular. *HAHA!*. Tapi sekarang..kalau drive dekat Malaysia, ternampak je wanita solehah bertudung menutup dada, berbaju kurung lalu tepi jalan je terus stimulate beta I receptor thus Increase all cardiac properties *jantung berdegup laju maknanya*! Whoa..*tapi tak pandang sgt sebab takut accident kan?*. Perkara ini terjadi tanpa sedar, dahulunya saya tidak perasan pon kewujudan wanita-wanita bertudung labuh ini, tapi sekarang kemana sahaja saya pergi, mesti ternampak mereka, hatta di KLCC yang memang susah nak jumpa perempuan Melayu bertudung labuh pon saya masih berjaya men’detect’ mereka.

Tadi hanya perkongisan pengalaman! Sebenarnya nak kata, kita manusia sering kali alpa mensyukuri nikmat yang diberikan Allah, kadang-kadang result PMR dah dapat 7A tapi yang ditangisi itu yang 1B. Kenapa kita memilih untuk meratapi yang 1B itu? Tanyalah kepada hati..

Kadang-kadang sewaktu berjalan di taman yang luas,kita terasa sangat tension melihat rata-rata orang disekeliling kita membaca buku, sedarlah sebenarnya hati anda ingin membaca buku. Ada hamba Allah yang lalu di tempat yang sama, mereka tidak Nampak pon orang yang sedang menelaah pelajaran, apa yang mereka lihat adalah rumput dan bunga-bungaan sahaja.

Terkadang kira merasa amarah melihat seorang manusia solat dengan tidak sempurna, tetapi mengapa kita tidak gembira melihat dia cuba untuk solat, kemudian mendekati orang tersebut sambil tersenyum dan menolong hamba Allah itu untuk menyempurnakan ibadatnya demi Allah. Bukannya menengking…

Tanyalah kepada hati mengapa kita melihat setitis garam negative dari secawan teh positive?

Bersyukurlah wahai sahabatku,kerana syukur itu kunci kebahagiaan di dunia. Lihatlah ibadat dari maksiat, carilah cahaya dari kegelapan, usahakan perubahan daripada pengomelan.


Apa gunanya Allah menyeksa kamu sekiranya kamu bersyukur (akan nikmatNya) serta kamu beriman (kepadaNya)? Dan (ingatlah) Allah sentiasa Membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepadaNya), lagi Maha Mengetahui (akan hal keadaan mereka).

Surah An-Nisa : 147


2 comments:

Nurulhuda Shukry said...
This comment has been removed by the author.
Magnetic Island Artist Edward Blum. said...

Your blog is briliant, very balanced insightful and genuine. Enjoyed visiting, thank you for sharing. Greetings from Australia.