Thursday, January 12, 2012

Teh Garam

Inilah gambar saya membuat teh masin ketika study group

Peace Upon You. Sebulan lepas saya mengalami ketidakstabilan emosi dan patah semangat. Uish? Kenapa ye? Hurm..bukan apa, saya rasa tahun ini usaha saya membaca buku lebih banyak dari tahun-tahun yang lepas. Sayangnya bila lecturer bertanya di dalam kelas, tergamam + terdiam + tersipu. Ya Allah..

Kemudian teringat sebuah kisah famous,

Imam Syafie pernah mengadu kepada gurunya Imam Waki iaitu dalam sebuah syair yang masyhur: (Syakautu ila waki, i suu a hifzi Faarsyadani ila tarkil ma aasi wa akhbarani bianna ilma nuurun..wanurullahi la yuhda lil aasi..) Bermaksud: Aku mengadu kepada guruku Waki akan lemahnya hafalanku..Lalu guruku menasihatiku agar meninggalkan maksiat. Dia memberitahuku bahawa ilmu itu cahaya...dan cahaya Allah itu tidak akan masuk kepada ahli maksiat.

Terus saya muhasabah diri, dan cuba meninggalkan antara satu maksiat paling besar yang saya pernah lakukan dan berterusan semenjak di bangku plastic sekolah lagi. Cukup 40 hari saya meninggalkan maksiat tersebut namun masih tiada perubahan..Hati yang gundah ini mula berkelana lagi..Kenapa Ya Allah?

Kemudian bertemu dengan seorang kawan hafizah saya. Dia banyak mengajar saya terutama dalam medic ni. Pernah sekali ketika study group saya membeli anggur yang masam. Kemudian dia menolak dengan lembut dan berhemah. Bila di tanya berkali-kali barulah saya tahu dia tidak makan makanan yang masam untuk menjaga hafalan Quran. Owh..gitu ke? Aku selama ni tom yam yang masam-masam tuh la dok tibai banyak. Di sini saya bukan hendak mengatakan yang kita tidak boleh makan benda masam untuk menjaga hafalan. Tapi jagalah pemakanan kita untuk ingatan atau pun otak yang sehat. Biarlah dari rezeki yang halal, tidak mengambil hak orang lain dan ingat jangan makan banyak sangat. Nanti semua darah ke perut, sikit ke otak, tuh buat mengantok. Idea saya adalah berdampinglah dengan Al-Hafiz atau Hafizah yang berjaya menghafal 30 juzuk Al-Quran dan Tanya apakah tips pemakanan mereka. Sebab medic ni basicly hafal je 90%.

Makanan masam di jauhkan, maksiat ditinggalkan, buku sudah 2-3 kali ulang baca. Tapi kadang-kadang kawan-kawan sembang tentang pelajaran, kita tak tahu pon ada terlintas dalam otak “Eh? Ade ke kita belajar tuh?”. Ergh..i have that feeling .

Akhirnya teringat satu perkongsian dari seorang rakan Al-Hafiz, pengalaman beliau ketika menghafaz Al-Quran. Beliau mengatakan semasa di kem menghafaz, dia dapat menghafaz 2-3 pages sehari, namun bila sampai satu ketika, untuk menghafal 1 muka surat Al-Quran pon payah. Kemudian dia cuba muhasabah diri kembali dan meminta maaf kepada semua kenalan. Namun kepayahan dalam menghafaz berterusan, akhirnya dia teringat yang dia pernah mentertawakan seorang guru dia dan dia pergi berjumpa dengan cikgu tersebut dah meminta maaf. Pengajarannya, dalam menuntut ilmu, hati kita perlulah juga bersih, Jagalah hubungan dengan Allah dan juga manusia tidak dilupakan. Ucapkanlah maaf jangan membongkak diri.

Selepas ketiga-tiga usaha saya telah lakukan..kesannya masih belum muncul..menangis hati ini seraya berkata “Ya Allah..hitam sangatkah hatiku ini sehingga tidak layak ilmu mu untuk aku ketahui, untuk aku pinjam sebentar demi ummah”. Beberapa hari saya sedih..Namun Alhamdulillah kini selepas study group bersama rakan-rakan, sedikit demi sedikit ilmu itu melekat, Allah pinjamkan ilmuNya kepada saya..syukur sangat..kini tinggal usaha diri untuk kembali ulang-ulang dan ulang lagi membaca buku, menjaga hubungan dengan Allah dan manusia. AKhir sekali pintalah keberkatan ibu bapa. Jangan dilupa.

Jadi jika anda bertanya, macam mana nak bagi kuat ingatan, macam mana nak jaga hafalan..saya pon tidak ada jawapannya, Cuma inilah perkongisan saya. Inilah pengalaman saya..doakan saya dalam menuntut salah satu cabang ilmu Allah..

Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar. Dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa yang terbunuh dalam perjuangan membela Ugama Allah itu: orang-orang mati; bahkan mereka itu orang-orang yang hidup (dengan keadaan hidup yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya. Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya.

Surah Al-Baqarah : 153-157

*Study pon berjihad juge! hee..*

2 comments:

athirah said...

mohon share ;) jazakaullah

the cerebro said...

Allah huakhbar..silakan kalau ia untuk kebaikan