Thursday, December 1, 2011

Diantara dua sujudku

Wahai Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku, cukupilah aku, angkatlah darjatku, rezekilah aku, tunjukilah aku, sehatkanlah aku, dan maafkanlah segala kesalahanku

Inilah doa yang kita sebut-sebut setiap hari 17 kali sehari. Eh? Yeke? Bila masa pulak aku ade masa nak baca doa panjang gini?. Inilah ketika kita duduk antara dua sujud. Walaupun dalam masa yang sebentar, duduk antara dua sujud tapi kita sudah meminta macam-macam dari Al-Rahman. Namun adakah kita bersyukur?

Kemudian Ia menjadikan keturunan manusia itu dari sejenis pati, iaitu dari air (benih) yang sedikit dipandang orang, Kemudian Ia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya: roh ciptaanNya. Dan Ia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran), (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.

Surah As- Sajdah : 8-9

Penciptaan manusia itu sangat complex, Alhamdulillah saya diberikan peluang untuk belajar Medicine dan mengkaji lebih mendalam keajaiban ciptaan Allah yang tiada penghujungnya. Seperti ayat Quran diatas yang mengatakan hanya sedikit yang bersyukur tentang penciptaan manusia, saya sangat setuju!

Dapat dilihat berapa banyak kes buang bayi? Berapa banyak ibu bapa yang meninggalkan anak, Berapa ramai ibu bapa yang betul-betul menjaga anak mereka? Dan akhirnya berapa ramai yang menjaga kesihatan mereka dan mensyukuri nikmat yang bernama kesihatan?

Semenjak dua menjak belajar Parasitology dan Phatology. Banyak perkara yang membuatkan saya sedar what is the price of our health. Disini saya sertakan dua gambar ala-ala Kodak moment yang tak mungkin akan saya lupakan sepanjang hidup saya. Gambar ini ditayangkan di dalam class Parasitology dan Phatology.


Gambar ini menujukkan infection of Ascaris Lumbricoides iaitu sejenis parasite yang berada di sayur yang tidak di basuh bersih atau pun tanah. Parasite ini membiak di dalam intestine. Bila diberikan ubat, kemudian inilah hasilnya..Sumpah! baru saya tau kenapa emak-emak tak bagi main guna kaki ayam. Banyak lagi mode of infection of parasites, ada yang melalui air, ada melalui raw meat, raw fish and by the way bagi siapa peminat sushi salmon, jaga-jagalah. Memang ada parasite khas untuk salmon yang tidak dimasak sepenuhnya nama Diphyllobothrium latum.*jangan makan dah sushi salmon, tolak semua kat saye!*


Gambar ini pula menunjukkan penyakit syphilis. Kita tahukan yang ini adalah salah satu penyakit kelamin. Tapi asal saya letak picture muka orangkan? Yela kang saya letak picture infected genital organs, hilang plak hafalan orang membaca entry ni. *joking!*, tapi inilah antara tanda-tanda akhir penyakit syphilis, setakat infection kat genital organs tuh early stage and maybe heal by our selves. Tapi jangan tak pegi doctor plak. Kang melarat. Jadi gini. Orang dok kata kulit tak licin, kulit tak putih, tapi kalau dah kene penyakit gaya gini, agak-agak anda bersyukur tak dengan apa yang anda ada?

Kepada bakal-bakal ibu dan ayah atau pun yang baru menimang cahaya mata, jagalah amanah Allah itu dengan sebaiknya, jangan sesekali menyesal yang anak anda tidak sebijak anak jiran sebelah, anak anda tidak dapat markah setinggi markah sedara-mara lain. Cukuplah dia dilahirkan sempurna sifat dan anak itu tahu manafaatkan dirinya untuk keluarga dan masyarakat. Ramai lagi ibu bapa yang kurang bernasib baik, ada yang anak mulanya sehat dan sempurna tubuh badan namun selepas beberapa hari dilahirkan dia dijangkiti demam akhirnya anak mereka mental retarded dan macam-macam lagi.

Ingatlah kesihatan itu luas, biarlah kita sehat jasmani untuk sehatkan rohani. Kalau hati nak bersolat tapi kaki sakit, payah jugak kan? Kalau mulut nak bertasbih tapi kene cancer lidah, gimana kan?

2 comments:

Acik As said...

uh..sungguh menakutkan, harap tidak jadi macamni dan beringat-ingat..terima kasih

pensil iman said...

hu..takut...