Sunday, December 18, 2011

Pillow talk terAWESOME


Dua hari lepas saya dan beberapa orang rakan bergotong royong memasak kari dan membungkusnya untuk 100 orang makan. Bermula dari 5 petang hingga 4 pagi keesokkannya. Namun diantara pukul 12-2 pagi tumpuan kami terarah kepada pillow talk yang tidak dirancang.

Ada seorang rakan saya yang baru pulang dari jaulah makam sheikh atau dengan bahasa sempoinya 'lawatan ke kubur-kubur sheikh'. Dalam mana dia menerangkan tentang kehebatan sheikh-sheikh ini. Saya sangat kagum dengan kefahaman sheikh- sheik yang sudah meninggal dunia ini tentang Islam serta sumbangan mereka.

Kemudian perkara yang tidak dapat saya lupakan, apabila rakan saya ini berkata dia berpeluang berjumpa dengan seorang sheikh yang masih hidup ketika membawa seorang rakannya yang lain yang telah dirasuk jin. Dengan izin Allah, sheikh tersebut dapat mengubati penyakit rakan tadi yang dirasuk di sebuah kedai kopi arab yang penuh sesak dengan pelanggan dan dia sedang menghisap shisha. Smart tak? Sheikh tersebut hanya menghembus asap shisha kepada pesakit dan alhamdulillah pesakit tadi sembuh.

Bila ditanya kepada sheikh tersebut, ayat apa yang dia baca. Kemudiandia hanya menjawab "fie duniawi, Allah bas!". Perkataan ini sering berlegar dalan minda saya. Apa maksudnya? "Di dunia ini, Allah sahaja sudah mencukupi. Hanya Allah". Terkedu saya bila mendengar cerita dari rakan tadi. Betapa sheikh ini percaya kepada Allah.

Apa yang dikatakan oleh sheikh itu adalah keimanan paling tunjang dalam Islam iaitu percaya kepada Allah. Berapa kali je bila ditimpa musibah saya sabar , bersyukur dan percaya Allah itu dekat? Adakah dalam setiap hembusan nafas saya, saya mensyukuri nikmat hidup saya? Mampukah saya percaya yang pertolongan Allah itu dekat bila saya benar-benar dalam kesusahan? Kadang-kadang kita lagi percaya kepada manusia dari Allah. Contoh memintak tolonga rakan di saat sukar dan sangat berharap darinya bukan Allah. Mungkin ada sesetengah orang mengatakan yang mengingati Allah itu mudah, tapi betul- betul mudah di hati? Ataupun hanya di mulut?

Perkataannya mudah "percaya dengan Allah", namun isinya sungguh berat, tidak tertampung akal. Sungguh jauh iman saya berbanding sheikh tersebut. Sungguh rendah kepercayaan saya kepada Allah selama ini, adakah ini sahaja tahap Islam yang aku mampu capai. Allah huakbar!
*Sumpah hati ini menangis setiap kali mengenangkan ayat dari sheikh tersebut*

1 comment:

Alang Ridhwan said...

sambil hisap shisha pun buleh mengubat orang kena sampuk. terrrrbaikkkkk la sheikh!