Monday, November 29, 2010

cooking to heaven

“hai..kan bagus kalau beristeri.balik class penat-penat ade orang dah siap masak, hidang ape semua,” kata si A

“cuba fikir kalau bakal isteri hang pun mengeluh benda yang sama, mahu suami sediakan makanan,”

“mana boleh..perempuan la kene masak.” si A membalas

Itulah dialog antara saya dan seorang rakan di dalam class histology(study about cells). Sering kali isteri di kaitkan dengan perlu memasak untuk suami. Tetapi apa yang menarik perhatian saya bila membaca sebuah blog mualaf yang mencari dalil tentang keperluan seorang isteri memasak untuk suami tercinta namun tidak ketemu dengannya.

Wahai bakal-bakal suami, perlukah bakal isterimu pandai memasak? Tidak bolehkah memasak sendiri seperti zaman-zaman sebelum berkahwin?. Susah sangatkah untuk memasak maggi goreng mamak?hanya rebus maggi, blender kan cili dan bawang. Tumis sehingga naik bau seterusnya masukkan kicap dan perencah ikan bilis serta perencah udang.teknik rahsia terletak di penghujung iaitu peluh secekup rasa.

"Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-NYA dan rahmat-NYA bahawa DIA menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri dari jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-NYA antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang serta belas kasihan. Sesungguhnya demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir." –

Surah al-Ruum: 21

Dari ayat Al-Quran di atas jelaslah yang seorang suami perlu melayan isteri mereka dengan baik, kalau isteri tidak tahu memasak tidak perlulah dijadikan alas an untuk berpoligami kerana tiada dalil seorang isteri perlu memasak untuk suami. Come on guys, even The Rocks cook all by him selves! *if you smell lalalalalalala! What The Rock is cooking*.

Kepada bakal-bakal isteri. Ya, saya masih belum bertemu dengan dalil yang mengatakan seorang isteri wajid untuk memasak untuk suami.jadi soal reti masak atau tidak sepatutunya tidak perlu diperbesar-besarkan. Cuma satu nasihat saya, tidak rasa rugikah anda jika terlepas peluang untuk masuk ke syurga dengan hanya memasak untuk suami dan keluarga?

Dari Muaz bin Jabal Rasululllah SAW bersabda: Mana-mana wanita yang berdiri di atas kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.

Kepada kaum adam, kalau bakal isteri anda tidak tahu memasak, mungkin saya boleh cadangkan anda meminta jasa baik bakal isteri anda untuk belajar hanya dua atau tiga masakkan kegemaran anda. Dan kepada kaum hawa mungkin anda katakan memasak itu susah dan tidak langsung mahu mencuba, tidak mengapa. Tetapi cubalah belajar membuat sushi untuk bakal suami, kerana sushi bukan perlu dimasak, ia dimakan mentah-mentah.

Sudah jelaslah bahawa hal memasak dalam rumah tangga tidak patut diperbesar-besarkan. kerana ada perkara yang lebih besar perlu dititikberatkan dalam keluarga iaitu ibadat berjemaah kepada-Nya.semoga akan terbina sebuah keluarga bahagia seperti hadis dibawah insyaAllah

"Semoga ALLAH merahmati seorang suami yang bangun pada malam hari untuk mengerjakan solat malam lalu membangunkan isterinya untuk solat bersama. Apabila si isteri enggan (tidak mampu untuk bangun), dia akan memercikkan air ke wajah isterinya (supaya bangun). Semoga ALLAH merahmati seorang isteri yang bangun malam hari untuk mengerjakan solat malam lalu membangunkan suaminya untuk solat bersama. Apabila si suami enggan, dia memercikkan air ke wajah suaminya.” -

Hadis riwayat Abu Daud di dalam Sunan Abu Daud, hadis no: 1113.

*warning! saya tak kahwin lagi and tidak akan berkahwin dalam masa terdekat.ini sekadar hasil kajian saya bukan dari pengalaman.*

7 comments:

Prinzessin Sara said...

wow..nice story dr..tp alangkah seronok lagi klau ftre hubby msk.cz tugas isteri jaga hubby dorg..bkn mask..;D
so dr..i hope u noe how to cook yeah ;D
cz nowsadays..we cant all dpnds on to ftre wife..;D

the cerebro said...

insyaAllah jumpa, my housemate sume reti masak.tk pandai sgt.tp tau la.nk ke?

blueberrysashay said...

peluh seckp rase :D kakaka

hysman said...

pompuan mmg kena masak..
tp pompuan masak tak sesedap laki masak..
pesal pompuan masak ikut emosi..
hehehe....
tp klu masak dgn mood sayang..
pasti sedap mcm knorr...
hohoho

the cerebro said...

hahaha.perempuan kene masak?
my house semua adek beradik lelaki.
ok je tlg mummy memasak.
tp kalau nk masak pape pon
perencah bismillah kene letak dulu awal2.
sharing is caring.peace!

rangjey said...

agree2...ehehehe..
well,conclusion die senang jer...
Dua2 kena pandai masak..aahahhaha...as simple as tht...ehehehe..
bleh take turn masak2...heee:)
lg best...ehehehhe...
*my opinion*

the cerebro said...

for me btr masak same2.aiceyh..romantic kn?
then kalau eithr 1 balik lambat, masakkan for our partner.
jangan lupe celupkan tangan(air tangan) ketika masak yer!