Friday, November 19, 2010

Talking to HIM

bentanglah sejadah jika mahu berbicara denga-Nya,
ambillah wujud jika ingin bertemu dengan-Nya,

jika kita menghayati setiap bacaan yang dilafazkan di dalam solat yang kita lakukan setiap hari, kita akan sedar yang solat ini adalah sejenis dialog, rintihan, lafaz kesyukuran serta doa antara seorang hamba dan Maha Pencipta.

tetapi ramai yang menganggap solat ini suatu beban. dialog yang selalu keluar dari mulut kita "oh..lega sudah solat isyak.boleh tidur nyenyak". ada segolongan manusia yang menunggu-nunggu waktu solat, melakukan semua solat sunat hanya kerana ingin berjumpa dengan Penciptanya, mereka ingin meluahkan persaan yang mungkin tidak dapat difahami oleh umat manusia, kerana apa? kerana Dia Maha Mengetahui.

bersolatlah selagi kita diberikan peluang oleh-Nya,selagi Dia masih mahu mendengar rintihan hati kita, selagi Dia masih ingin mengampunkan kita, selagi masih ada cahaya hidayah dari Dia. kerana bila tiba suatu masa, takut kita akan menyesal seperti yang telah di janjikan

Bukankah ayat-ayat Ku telah dibacakan kepadamu, tetapi kamu selalu mendustakan?

Mereka berkata, "Ya Tuhan kami, kami telah dikuasai oleh kejahatan kami, dan kami adalah golongan yang sesat"

Ya Tuhan Kami, Keluarkanlah kami darinya (kembalikanlah kami ke dunia), jika kami masih juga kembali kepada (kepada kekafiran), sungguh kami adalah orang-orang yang zalim"

Dia (Allah) berfirman, "Tinggallah dengan hina di dalamnya, dan janganlah kamu berbicara dengan Aku"

Surah Al-Mu'minun : 105-108

No comments: