Thursday, June 17, 2010

fly away!

peta tempat kejadian!

gambar di hadapan Masjid Sultan Azlan Shah pada pukul 3 pagi

fly ialah perkataan yang sangat membanggakan untuk di ucapkan oleh seorang pelajar hostel tapi tidak untuk kami pelajar STAR Ipoh. kerana itu hanyalah perkara biasa. Fly bermaksud lompat pagar ataupun dengan erti kata lain (seperti tercatit dalam buku disiplin) ialah keluar tanpa kebenaran. di sini ade 3 kisah fly yang tidak dapat dilupakan sepanjang 5 tahun bergelar Starian.

1. Wirid yang panjang
peristiwa ini berlaku semasa di tingkatan 4, akibat terlalu panas berterawih di surau sekolah. saya dan rakan-rakan plan untuk solat terawih di Masjid Sultan Azlan Shah(ade aircond!) yang terletak lebih kurang 1 KM dari compound sekolah. persiapan tidak perlu di lakukan kerana kami sudah berada di tahap 'pro'. berbekalkan semangat yang jitu, kami berbuka puasa di dorm tidak di dewan makan. habis kenyang semua. selepas solat maghrib di dorm kami pon memulakan journey kami. dinding 6 kaki kami langkau dengan mudah. berbekalkan kain pelekat (payah gila nk panjat dinding tadi) , baju melayu dan songkok di kepala. kami kelihatan seperti orang biasa. alhamdulillah kami berjaya menunaikan solat terawih di masjid tersebut. tetapi bila ingin menunaikan solat witir, ramai jemaah yang keluar dari sof', maka sedikitlah jemaah yang tingal untuk menunaikan solat sunat witir. pedulikan jemaah itu semua. selepas saya memberi salam yang pertama dan memandang ke belakang, tiba-tiba tahap adrenalin melambung tinggi di dalam darah! perasaan apakah ini? owh tidak! rupanya seorang warden kami juga bersolat terawih di masjid yang sama! perasaan mula gundah gulana, akhirnya saya mengambil keputusan untuk tidak lagi menoleh kebelakang, dan terus berwirid panjang sambil memejamkan mata rapat-rapat! tetapi apakan daya, cikgu itu tetap menepuk bahuku yang asyik berwirid untuk beratur di luar masjid. kami hanya diberikan amaran dan berada dalam perhatian warden tersebut! alhaumdulillah

2.Plup! Wahahaah!
malam-malam selepas final exam. ape lagi nk buat? kami di paksa untuk pergi prep.tak pa. kami pergi. ade yang main ping pong kat kelas, ade yang tangkap gambar, ade yang menyakat orang(mcm kenal je sape nie). kami masih menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pelajar. tetapi pabila siren pada pukul 11.45 malam iaitu siren menandakan kami perlu menutup semua lampu dorm(off light). sebenarnya siren itu juga telah meng'unleash'kan beast inside us! its show time! masa untuk berjuang counter strike! kumpulan satu sudah berada di CC. saya dalam kumpulan dua. seramai 8 orang! kami menyelinap keluar mengikut jalan belakang dobi lama. dobi usang yang berlongkang busuk!. semasa melalui belakang dobi lama, tiba-tiba ada kereta lalu berdekatan situ, dan ia kelihatan seperti lampu kereta waja (kereta PK HEP). saya berada di belakang barisan menjerit! lari ringgo(nickname PK HEP)!. dengan kegelabahan dalam kegelapan, semua orang melarikan diri, ada yang terus panjat keluar ada yang sorok di dalam dobi usang, ada yang mengecilkan diri di belakang pokok kelapa. tetapi saya hanya tergelak-gelak! kenapa? sebab ketika saya menjerit nama ringgo, saya terdengar bunyi Plup! seperti kaki seseorang termasuk di dalam longkang dobi yang busuk! rupanya rakan di hadapan yang kakinya termasuk di dalam longkang itu. walaupun takut dengan kereta ringgo, tetapi saya masih gelak di situ dan tidak melarikan diri. sebenarnya kereta tadi adalah kereta ibu bapa pelajar yang mungkin datang melawat. 7 pejuang meneruskan perjalankan untuk berperang. tetapi seorang lagi askar hanya pulang ke dorm dengan hati yang hampa dan selipar sebelah di kali.

3. Akak 7 Eleven
di musim SPM, kami selalunya stay up hingga 1-2 pagi. menjadi lumrah budak lelaki cepat lapar. oleh itu akan menempah makan dari luar untuk dimakan selepas prep malam. ade yang order nasi goreng kampung, nasi koboi(paling murah) or nasi pataya. tetapi nk di jadikan cerita, satu malam ini, mak cik kedai yang kami selalu tempah tutup kedai. kelaparan lah kami. oleh itu saya dan lagi 2 orang rakan bersetuju untuk fly pukul 2 pagi untuk pergi makan burger dan seterusnya insyaAllah meneruskan perjalanan untuk berqiamulai di masjid sultan azlan shah. jam menunjukkan pukul 2 pagi, kami pon memakai uniform kami iaitu kain pelekat, baju melayu dan songkok(seperti gambar di atas). kali ini kami mengikut jalan jauh tetapi tidak perlu panjang dinding setinggi 6 kaki. ade satu lubang rahsia di pagar berhadapan dengan dorm saya. tempat pertama di tuju ialah kedai burger. pernahkan merasa burger yang di celup black pepper sauce kemudian di lapik dengan 2 potong nenas segar dan di apit dengan 2 roti yang gebu?.haha.itulah menu kami malam itu. selepas membeli burger, kami pon masuk ke kedai 7 eleven untuk membeli slurppy! di kaunter pembayaran, akak yang menjada kaunter tersenyum-senyum. saya bertanya, 'kenapa gelak kak?'. dan akak tuh menjawab 'handsome dik pukul 2 pagi pki baju melayu nie.' adush! malu jugak! selepas keluar dari 7 eleven saya dapat melihat akak itu gelak berdekah-dekah! tapi tak pa. selepas semua selesai.makan pon dah.slurppy pon suda. kami menuju di masjid. tiba di sana seorang rakan menyuarakan, 'eh kita kene tido dulu, baru bley buat solat sunat tahjud.'.kami pon, cari 'port' belakang-belakang ckit, and landing kat situ.seronok ade aircond..lalu tertidur. jaga-jaga, bangun untuk berqiamulai, ku lihat pak cik-pak cik dan mak cik-mak cik sudah mahu pulang. dekat pukul 5 pagi sudah! aiyo!! kami pon bergegas pulang.tak jadi pon qiamulai!

rekod disiplin saya bersih selama 5 tahun. hanya ada 2 kesalahan dan kesalahan tersebut bukanlah fly.hehe. tapi inilah reality saya dahulu yang bergelar pelajar sekolah berasrama penuh.

4 comments:

Xeno said...

ko gile pe 7-11 kt situ, tu rumah org dowh..cuba cek btul2

the cerebro said...

salah2.aku tau.sory la mat fly.haha

LailaAlfisyahr. said...

haha terbaik!
buat jahat pandai cover.

tc tu short form taman cempaka utk bdk2star eh?

the cerebro said...

haha.budak star mmg mcm tuh.
eh mane tau psl tc tuh short form for taman cempaka?
org ipoh ek?