Friday, February 8, 2013

Tau-Buat




Peace Upon You. Teringin saya nak share tentang satu fakta iaitu, semasa sakit, 1/3 dari pesakit hanya akan buat don’t know dengan kesakitan itu, kemudian 1/3 lagi akan merawat diri sendiri dengan berbagai-bagai cara (mostly medical student sebab depa suka bajet dah jadi Dr.) dan akhir sekali 1/3 yang last ini akan berjumpa dengan Dr untuk mendapatkan nasihat kesihatan. Kemudian daripada 1/3 yg berjumpa Dr tadi tu, lebih daripada 50% tidak mengikut nasihat Dr antaranya tidak makan antibiotic sampai habis. (Haa..terasakan? pastu siap bebel *Dr ni asyik bagi antibiotic je, dah banyak dah kat rumah*)Itulah Lumrah manusia.

Dalam subject Community Medicine, kami sebagai pelajar Perubatan perlu belajar dan mengkaji cara terbaik untuk mengenal pesakit agar kami dapat membantu pesakit pada tahap optimum. Ada satu subtopic dalam buku yang bertajuk Communication and Health Behavior. Bab ini ada menerangkan tentang stage of changing health behavior. Semasa belajar topic ini, terkesan saya seorang diri.

Stage Pre Comtemplatation : tahap dimana kita tidak sedar dan tidak mahu ambil tahu. Senang kata zaman jahil kita.

Stage Contemplation : Bila mana kita mula terfikir untuk berubah ataupun Allah sudah merahmati kita dengan hidayah belum taufiq lagi ye

Stage Commitment : Ini stage awal-awal nak berubah, yela contohnya, “Saya sedar saya gemok! Rasa nak diet! Tapi ada makanan lebih. Takut membazir jadi saye skip diet kadang2 dan hanya tweet kata nak diet.”

Stage Action : Dimana terbit satu tekad yang mengatakan “YES! Aku sudah terlalu gemok sampai tak de duit nak beli jeans baru. So DIET!!!” . Di stage ini kita sangat bersemangat untuk melakukan perubahan dalam diri menuju ke stage super saiya ke-7!

Stage Maintance and Relapse :Kadang-kadang kita sudah berubah, tapi yang paling susah adalah untuk mantainkannya. Ramai yang gagal dalam process ini dan tidak dapat keluar dari cycle ini lalu kita akan melalui stage relapse

Stage Exit : Ini lah pengakhiran ataupun kemanisan yang dipinginkan oleh setiap insan iaitu dapat keluar dari belenggu masalah dengan jayanya.

Kalau dilihat, kita sering melalui stage2 diatas semasa cuba bertaubat. Syarat bertaubat adalah membenci maksiat yang telah dilakukan, bertaubat tidak akan melakukannya lagi dan akhir sekali adalah meninggalkan terus perbuatan maksiat. Hmmm..

Sedapkan orang kata, salah, taubat, salah taubat, salah tau-buat. Tak pe, selagi mana belum kiamat, jangan putus asa bertaubat,  tapi jangan lupa plak cuba sedaya upaya untuk tinggalkan maksiat yang lama tuh. Cadangannya saya dapat melalui Hadis pertama dalam buku 40 Hadis nukilan Imam Nawawi ataupun lebih fofular dengan nama Hadis Arbain.
Hadis ini membincangkan tentang niat. Sure bosan orang kata perbaharui niat, perbaharui niat. Kali ni saya nak kata, tak perlu perbaharui niat, tapi lafazkan niat dalam setiap pergerakan. Dalam hati sebutkan “Aku buat perkara ini kerana Allah”. Cuba dahulu, even kamu melompat, kamu menggaru, kamu pegang cawan, memengang pen. Bila terbiasa, nanti hati akan terdetik sendiri untuk mengucapkannya. So bila kita nk buat maksiat tanpa sedar hati akan mengatakan “Aku buat perkara ini kerana Allah”. Kalau dah perkara mungkar, mesti kita akan terstop sendirikan? Melainkan anda tidak berakal. So lets! (Buat sampai melatah pon tercakap “Aku buat ni kerana Allah”). InsyaAllah. Yok sama-sama berubah, saya pon tengah cuba benda ni.

2 comments:

LailaAlfisyahr. said...

thanks for the reminder. memang tepat mengena!

to keep being istiqamah is the true test

fikrahuddin said...

kau update blog!
:0