Peace Upon You. Teringin saya nak share tentang satu fakta
iaitu, semasa sakit, 1/3 dari pesakit hanya akan buat don’t know dengan
kesakitan itu, kemudian 1/3 lagi akan merawat diri sendiri dengan berbagai-bagai
cara (mostly medical student sebab depa suka bajet dah jadi Dr.) dan akhir
sekali 1/3 yang last ini akan berjumpa dengan Dr untuk mendapatkan nasihat
kesihatan. Kemudian daripada 1/3 yg berjumpa Dr tadi tu, lebih daripada 50%
tidak mengikut nasihat Dr antaranya tidak makan antibiotic sampai habis. (Haa..terasakan?
pastu siap bebel *Dr ni asyik bagi antibiotic je, dah banyak dah kat
rumah*)Itulah Lumrah manusia.
Dalam subject Community Medicine, kami sebagai pelajar
Perubatan perlu belajar dan mengkaji cara terbaik untuk mengenal pesakit agar
kami dapat membantu pesakit pada tahap optimum. Ada satu subtopic dalam buku
yang bertajuk Communication and Health Behavior. Bab ini ada menerangkan
tentang stage of changing health behavior. Semasa belajar topic ini, terkesan
saya seorang diri.
Stage Pre Comtemplatation : tahap dimana kita tidak sedar
dan tidak mahu ambil tahu. Senang kata zaman jahil kita.
Stage Contemplation : Bila mana kita mula terfikir untuk
berubah ataupun Allah sudah merahmati kita dengan hidayah belum taufiq lagi ye
Stage Commitment : Ini stage awal-awal nak berubah, yela
contohnya, “Saya sedar saya gemok! Rasa nak diet! Tapi ada makanan lebih. Takut
membazir jadi saye skip diet kadang2 dan hanya tweet kata nak diet.”
Stage Action : Dimana terbit satu tekad yang mengatakan
“YES! Aku sudah terlalu gemok sampai tak de duit nak beli jeans baru. So
DIET!!!” . Di stage ini kita sangat bersemangat untuk melakukan perubahan dalam
diri menuju ke stage super saiya ke-7!
Stage Maintance and Relapse :Kadang-kadang kita sudah
berubah, tapi yang paling susah adalah untuk mantainkannya. Ramai yang gagal
dalam process ini dan tidak dapat keluar dari cycle ini lalu kita akan melalui
stage relapse
Stage Exit : Ini lah pengakhiran ataupun kemanisan yang
dipinginkan oleh setiap insan iaitu dapat keluar dari belenggu masalah dengan
jayanya.
Kalau dilihat, kita sering melalui stage2 diatas semasa cuba
bertaubat. Syarat bertaubat adalah membenci maksiat yang telah dilakukan,
bertaubat tidak akan melakukannya lagi dan akhir sekali adalah meninggalkan
terus perbuatan maksiat. Hmmm..
Sedapkan orang kata, salah, taubat, salah taubat, salah
tau-buat. Tak pe, selagi mana belum kiamat, jangan putus asa bertaubat, tapi jangan lupa plak cuba sedaya upaya untuk
tinggalkan maksiat yang lama tuh. Cadangannya saya dapat melalui Hadis pertama
dalam buku 40 Hadis nukilan Imam Nawawi ataupun lebih fofular dengan nama Hadis
Arbain.
Hadis ini membincangkan tentang niat. Sure bosan orang kata
perbaharui niat, perbaharui niat. Kali ni saya nak kata, tak perlu perbaharui
niat, tapi lafazkan niat dalam setiap pergerakan. Dalam hati sebutkan “Aku buat
perkara ini kerana Allah”. Cuba dahulu, even kamu melompat, kamu menggaru, kamu
pegang cawan, memengang pen. Bila terbiasa, nanti hati akan terdetik sendiri
untuk mengucapkannya. So bila kita nk buat maksiat tanpa sedar hati akan
mengatakan “Aku buat perkara ini kerana Allah”. Kalau dah perkara mungkar,
mesti kita akan terstop sendirikan? Melainkan anda tidak berakal. So lets!
(Buat sampai melatah pon tercakap “Aku buat ni kerana Allah”). InsyaAllah. Yok
sama-sama berubah, saya pon tengah cuba benda ni.
2 comments:
thanks for the reminder. memang tepat mengena!
to keep being istiqamah is the true test
kau update blog!
:0
Post a Comment