Peace Upon You
Alhamdulillah Allah murahkan rezeki saya untuk melangkah ke
tahun 4 Perubatan. Secara logicnya, seharusnyalah sekarang ini saya sudah
master ilmu-ilmu perubatan secara on the surface dan kini tahun 4 hingga tahun
6 hanyalah practical years, di mana kami perlu menimba pengalaman secara hands
on ataupun mempraktikkan knowledge yang sedia ada. SEPATUTNYA!
Semasa cuti summer yang lepas, kumpulan charity saya di
offer untuk mengadakan sebuah program homestay kesihatan, ala-ala duduk dengan
keluarga angkat di sebuah kampong, kemudian memberi nasihat kesihatan dan
membuat medical check-up kepada keluarga angkat.
Nak katanya, bila di offer tuh, fuh! Peluh tetiba menitip di
dahi muda ini, lemak-lemak di sekitar abdomen pecah seperti baru lepas minum
alpha lipid, diri ini sahaja tahu betapa nipis ilmu di dada, yang seronoknya
plak kami adalah pelajar perubatan dari Mesir, so public expectation bukan
sahaja mengharapkan kami untuk memberi nasihat kesihatan, tetapi mereka juga
pasti mengharapkan santapan rohani dari kami. Tapi apakah yang mampu disajikan
oleh si fakir ilmu ini?
Bila dimuhasabahkan diri ini, saya dapati sepanjang 3 tahun
berada di Mesir, saya sibukkan diri dengan hal-hal masyarakat dan sedikit
menimba ilmu. Impiannya untuk menjadi seorang doctor untuk ummah. Jadi bermula
dari sekaranglah saya kene practice untuk menyumbang kepada ummah. Tapi
silapnya saya mungkin bila menyumbang lebih dari menimba ilmu.
Terkesan bila mendengar kata-kata Prof. Muhaya “Kalau yang
datang untuk minta kerja dengan saya, saya tak kan tanya awak pernah jadi
presiden itu ini ka? Yang saya tengok CGPA dia”. Betul juga apa yang diperkatakan. Kalau
belajar Doctor-Patient Relationship, once the doctor say he/she want to help
that patient, he/she have to treat the patient with all the knowledge that
he/she have until the patient recover or refer to specialist.
Kalaulah saya sendiri menjadi patient, mestilah saya akan
mencari Dr yang paling bagus, specialist most likely, bukannya mencari Dr. yang
selalu bagi talk pasal kejayaan etc tapi resultnya hanya moderate kan? Boleh la
share experience dan ilmu, tapi kalau patient tidak dapat di rawat..Are you a
DOCTOR?
Dalam satu temu ramah Dr Zakir Naik ditanyakan soalan “How
to overcome problems like The Innocent of Muslims from repeated again?” dan
beliau menjawab “Maybe we as a Muslim must be the best among others, for
example if there any brilliant lawyer who can protect Islam in the court, so
for sure there wont a man who dare to do the same thing again because they will
be sue.”
Sememangnya Islam itu menyuruh umatnya untuk menuntut ilmu
dan menjadi yang terbaik dalam kalangan mereka. After all muslim itu khalifah
di muka bumi right?
Mungkin sebelum ini saya hidup dalam awangan yang menjadi Dr
itu sudah pasti, namun saya tidak nampak yang menjadi Dr itu tidak memadai
untuk Islam, Saya perlu menjadi Dr Terbaik untuk Islam. Sekiranya berperang, dan Islam
ada technology to heal the wound faster than normal human rate, bukankah itu
beruntung? Tapi adakah perkara ini dapat dicapai oleh Dr or Scientist yang
biasa-biasa saja? Haa..
Ramai yang dihamparkan dilemma untuk active berpersatuan
ketika belajar, dan saya tak tipu. Saya juga seperti anda. Result saya setiap
tahun bukanlah dari usaha saya. Semuanya rezeki dari Allah. Cumanya saya rasakan
kita as mahasiswa ada 3 pilihan. Pertama untuk memberi kepada ummah sehabisnya,
dan hanya moderate dalam menuntut ilmu, ataupun tidak memberi langsung manafaat
kepada masyarakat ketika belajar, kerana anda percaya yang ilmu tertinggi perlu
dicapai untuk menyumbang kepada msyarakat selepas belajar dan option terakhir,
berpada-pada memberi ketika belajar, menuntut ilmu sebagai priority dan
menyumbang tanpa sempadan selepas belajar. Make a decision! Jangan tidak mahu
memberi manafaat langsung sudah ye!
2 comments:
:)
*tekan butang like*
wow amazing. keep it up dude :)
Post a Comment