Wednesday, October 10, 2012

Blueprint



Malaysia Education Blueprint yang baru saja dilancarkan oleh kerajaan dilihat sangat berbeza dengan zaman saya belajar di sekolah kerajaan dahulu *bunyi macam lama, padahal baru je tinggalkan sekolah menengah 5 tahun*. Sekarang pelajar boleh menamatkan sekolah menengah pada umur 16 tahun. Ada pelajar yang boleh ambil 0 level terus instead of SPM. Dan macam-macam lagi peluang pendidikan yang boleh dikatakan diluar tarbii. *muahaha! Bunyi macam benda tak elok je*. Yelah semenjak merdeka, pendidikan Negara terikat, yang pelajar wajib menghabiskan sekolah rendah dan menengah kemudian baru boleh buat kursus persediaan. Sekarang tidak lagi.

* Blueprint focuses on six student attributes - Knowledge, Thinking Skills, Leadership, Bilingual Proficiency, Ethics and National Identity

* To achieve desired student outcomes, reform of education system to be approached in 11 shifts

* Shift 1: Provide equal access to quality education of an international standard. Initiatives under Shift 1 - revised curriculum for schools in 2017 and option for high achieving students to finish school earlier.

* Shift 2. Ensure every child is proficient in Bahasa Malaysia and English language. Under Shift 2, 70,000 English teachers to sit for Cambridge Placement Test and be given training to improve language proficiency.

* Standard Bahasa Malaysia curriculum for all both government and vernacular primary schools - goal to abolish 'remove' class in secondary schools by 2017

*Shift 3: Develop values-driven Malaysians - plans of expanding the Student Integration Plan for Unity (RIMUP) programme for students

* Shift 4: Transform teaching into profession of choice. Only top 30% of graduates will be recruited for teaching. Also new career package and reduced administrative duties for teachers.

* Shift 5: Ensure high-performing school leaders in every school

* Shift 6: Empower state and district Education Departments and schools to customise solutions based on need - they can tailor their approach for different schools.

* Shift 7: Leverage ICT to scale up quality learning across Malaysia. Ministry to expand 1Bestari (Wifi) to all schools.

* Shift 8: Transform Education Ministry delivery capabilities and capacity so that there is no overlap of function and more streamlined.

* Shift 9: Partner with parents, community and private sector at scale. Parents will be able to monitor student progress online through School Examination Analysis System (SAPS) system. Five hundred trust schools to be set up

* Shift 10: Maximise student outcomes for every ringgit. To ensure "outcome-based budgeting" with government spending on education

* Shift 11: Increase transparency for direct public accountability. Blueprint and progress of its goals will be made public

Adakah pembaharuan ini bagus dilakukan? Dan sudah bersediakah murid-murid untuk mengisi peluang-peluang yang disediakan kerajaan ini? Mampukah dasar ini melahirkan pelajar yang berdaya saing seterusnya melahirkan modal insan bertaraf antara bangsa? Cewah!

Saya tidak mahu comment apa-apa perihal blueprint tersebut, sekiranya semua pihak berganding bahu betul-betul untuk merealisasikannya, insyaAllah dasar ini mampu membawa Malaysia ke satu tahap akademik yang lebih jauh.

Kerajaan sudah berusaha, tapi kita? Adakah hanya berlepas tangan? Sekarang ini sekolah maahad tahfiz sains dibangunkan bak cendawan tumbuh selepas hujan . Dari satu sudut, seronok melihat ramai ibu bapa ada kesedaran untuk menghantar anak mereka belajar menghafaz Quran menjadi al-hafiz mahupun hafizah  dalam masa yang sama mengejar juga ilmu sains untuk melahirkan professional yang celik agama.

Tapi apakah dengan usaha mereka untuk menghantar anak ke sekolah agama itu sudah memadai? Anak belajar baca doa di sekolah, balik rumah ibu bapa bersorak anak sudah reti baca doa makan, tapi ilmu itu tidak diamalkan pula di rumah. Anak dihantar ke maahad tahfiz, menghafaz quran, tapi solat jemaah di rumah tidak dilazimkan. Jadi untuk apa hafalan itu tadi? Anak berjaya menyambung pelajaran di IIUM, tapi pulang ke rumah, ibu ayah tidak endahkan nasihat anak.

Sebenarnya, masyarakat kita perlu sedar, yang pembelajaran ataupun sekolah yang terbaik itu adalah di rumah. Di rumah itulah tempat untuk mengasuh, berlatih, mengamalkan ilmu yang diperoleh dari luar tanpa segan silu. Sepatutnya untuk melahirkan khalifah Islam yang unggul, semuanya bermula dari rumah, hidupkan suasana kondusif ataupun atmosphere islamik agar bakal pemimpin Islam itu sedar, yang mereka sebenarnya boleh rasa tenang, tidak akan lemas dalam kehidupan yang berteraskan Islam.

Jadinya, kepada bakal ibu dan bapa ataupun kalau lah uncle2, aunty sudi mendengar padangan saya ini, ayuh kita sama-sama timba ilmu tak kira duniawi ataupun akhirat, dan cuba mengajar zuriat kita sendiri. Lain penyampaian seorang bapa kepada anaknya berbanding seorang guru kepada anak murid. Walaupun kita tidak pakar, setidaknya hidupkan semangat untuk mencari ilmu dalam diri bakal pemimpin-pemimpin Islam. Kalau kita sanggup menghantar anak kita ke tuition back to back, tanpa mengira penat lelah pelajar berkenaan, kenapa kita manjakan diri dengan berkata “Owh saye balik kerja, penat nak mengajar”.  NO! saya sarankan, ibu bapa yang pergi ke tuition belajar. Tak faham balik tanya anak,  biar satu keluarga menikmati manisnya ilmu. *Tapi mengajar itu bukannya mudah, susah whoa! Ajar adik PMR pon sangat-sangat perlu mengawal kesabaran*

No comments: