Sunday, February 10, 2013

Bercakap seorang diri


Peace Upon You. Alhamdulillah! Saya dan rakan-rakan diizinkan Allah untuk bercuti, merehatkan minda sambil bertadabbur dengan keindahan ciptaan Yang Maha Esa. Ramai rakan-rakan yang keluar negara semasa musim sejuk di Mesir ni, Yela..kami ni mampu percutian berkos rendah tapi berbaloi. Lagipun Mesir ni mana best duduk time musim sejuk, tak de salji. Mesir Sesuai duduk time musim panas je agaknya. Huahuahua! Tapi siapa nak sangka, yang saya akan ketemu dengan salji di MESIR!!! First time in my life pegang salji selepas cendoi mamak.


Namun apa yang dicari oleh si musafir-musafir winter break ini sebenarnya? Sudah tentu untuk mengisi jiwa-jiwa kosong dengan tanda-tanda ke-Esa-an Allah. Rahmat Allah melimpah-ruah..bila pulang daripada bercuti, saya menyertai satu majlis ilmu di mana penceramahnya Hj Mohammad Jaafar atau lebih dikenali sebagai Abu Faiz menerangkan tentang definisi ilmu dan bahasa


Saya ingin kongsikan tentang bahasa kerana definisi ilmu sudah ditulis dalam entry yang lepas.  Tapi untuk recap,  ilmu dapat disimpulkan dalam satu perkataan iaitu makna. Bila sesuatu perkara ataupun info ini memberi makna dalam hidup anda, ataupun anta tahu makna sesuatu, itu dikatakan ilmu.


Bahasa pula disimpulkan dalam satu perkataan sebagai “tanda” yang digunakan untuk menyampaikan ilmu. Perkataan tanda dalam bahasa arab adalah Alamat. Plural bagi perkataan Alamat dalam bahasa arab pula adalah Alamin… Jadi Nampak tak? Dalam surah Al-fatihah ayat kedua menerangkan Alamin itu adalah Sekalian Alam.


Apa yang dapat kita faham dari ini? Yang hendak disampaikan ialah, apa sahaja disekeliling kita adalah tanda ataupun bahasa Allah. Cuba kita lihat kecantikan sunrise di atas sebuah Gunung. Alangkah indahnya sekiranya hati kita terdetik, itu adalah tanda kebesaran Allah. Dari situ kita akan ucapkan SubhanAllah  tetiba. Tak ke gila?,Yela bercakap sorang-sorang. Tapi sebenarnya kita tidak gila, sebenarnya Allah bercakap dengan kita melalui ciptaan-Nya, dan oleh itu kita perlu membalasnya. Kau gilo kalau boss kau bercakap ngan kau, kau buat dek je. Mau kene potong gaji.


Bahasa ini mudah, ia adalah tanda yang boleh diproses oleh 5 panca indera manusia iaitu Penglihatan, Pendengaran, Hidu melalui bau, Rasa melalui lidah dan sentuhan melalui kulit. Jadinya bahasa itu tidak perlu pon dituturkan tapi sekiranya bola di fahami manusia melalui antara 5 sense ini, itu sudah dianggap bahasa. Sebab tu ada orang mengkaji tentang body language, serta sign language.


Dalam kehidupan berpasangan pula, bila mana si suami menjaga dan menyuap makanan ketika isteri sedang dalam pantang, itu dikira sebagai tanda kasih sayang suami terhadap isteri. Kalau isteri pula selalu quotekan ”Jealous itu tanda sayang” . #Untunglaa..kalau jealousnya nak di semua tempat kan?


Tahukah anda tanda Allah paling berharga itu apa? Cuba lihat sekeliling…apa yang membuatkan anda tidak berhenti berzikir sekilas memandangnya? Scan..scan..tak jumpa? Cuba tengok cermin. Its YOU! We are the best creation of Allah and also the best signs(alamat) of Allah existence. Percaya atau tidak? Khususnya medical student yang melihat sendiri ciptaan Allah sebagai contoh kidney yang boleh dianggap machine dialysis. Harga sebuah machine dialysis tuh berjuta, tapi Allah ciptakan kidney yang ada lebih daripada 1.5 million micro dialysis machines dalam sebuah kidney

Tapi selama mana, bahasa atau sesuatu tanda ini akan kekal? Adakah perlu kita membina Taj Mahal untuk menunjukan tanda cinta dan sayang kita kepada pasangan seperti yang dilakukan Maharaja Shah Jehan kepada Mumtaz isterinya? *Siapa baru balik jejalan India tuh paham2 la ye? Ehem2!*.

Tanda apa yang paling bermanafaat dan boleh kekal lama serta mampu untuk dibawa berhadapan dengan Allah? Itulah dia 3 perkara yang dapat membantu kita selepas meninggal dunia iaitu amal yang soleh, sedekah jariah dan akhirnya doa anak yang soleh mahupun solehah. Persoalannya mampukah amal soleh serta sedekah jariyah kita tadi menjadi bukti semasa di padang masyar nanti? Adakah ketika berbuat kebajikan serta menderma niat di hati itu hanya kerana Allah? Recheck balik..

Dalam kelas Talaqi Tajwid saya, ketika seorang rakan membacakan ayat ke-127 Surah Al-Na’am, Sheikh yang mengajar memberhentikan bacaan rakan tersebut dan mula bersyarah mengatakan, Saiditina Nafisah iaitu antara wali Allah dari kalangan perempuan yang terkenal menghembuskan nafas terakhir ketika membacakan ayat tersebut, Dan insyaAllah ketika di padang masyar kelak, ayat tersebut akan menjadi saksi kepada amal soleh yang telah dilakukan oleh Saiditina Nafisah. Wuuu…kita ni? Apa bukti untuk ditunjukkan kepada Maha Hakim sebagai bukti mengatakan kita tidak bersalah dan tak perlu masuk ke penjara neraka?


No comments: