saban tahu raya aidil adha di sambut dengan titisan darah suci haiwan qurban sebagai tanda pengorbanan dan simbolik bagi sebuah kisah cinta tiga segi antara seorang ayah kepada anaknya, seorang hamba kepada Penciptanya dan seorang anak kepada ayahnya. itulah yang kerap di ulang dalam ceramah sempena sambutan hari raya aidil adha.masih tercari-cari sudut pandangan lain tentang sambutan aidil adha ini, mungkin ada yang boleh dikongsi bersama
tahun ini raya haji di sambut secara sentimental bukannya materialistik. cuba untuk mendalami setiap perbuatan di hari raya haji. pertamanya persiapan hari raya. selalunya saya akan mencari baju atau jubah baru untuk di pakai pada pagi raya, tetapi tahun ini saya hanya memakai jubah tahun lepas.
mummy bertanya "kenapa tak beli jubah baru?ade lagi duit dalam bank".
saya hanya menjawab "saje nak try rase orang susah beraya.diorang tak beli pon baju baru"
saya mengambil keputusan sebegini kerana agak terasa bila mejalankan program kebajikan semasa cuti musim panas yang lalu apabila melihat keluarga miskin yang serba kedaifan. tetapi di pagi raya perasaan ku tetap sama, bersyukur dapat menunaikan solat sunat dan berkumpul ramai-ramai saling bermaafan.
kemudian menu di pagi raya hanyalah kuih raya chipsy (keropok kegemaran) dan cucur udang segera adabi.ini semua di sebabkan pergi ke mahattoh untuk membeli daging tetapi terlupa wallet. kali ini agak terasa kerana biasanya di pagi raya pasti akan terhidap rendang tok buatan mummy tersayang.
hari yang di tunggu telah tiba, hari untuk ibadah qurban dilaksanakan. bila tiba di tempat penyembelihan dan melihat 4 ekor unta yang bakal di sembelih hati ku terdetik 'sekiranya pisau di leherku, adakah aku masih akan mengatakan aku ini Islam?'. mungkin anda boleh bertanya soalan yang sama kepada diri sendiri.
'bukan semua manusia yang diberi anugerah akal boleh menggadaikan nyawa demi Allah, tetapi haiwan berjaya melakukannya setiap tahun'
2 comments:
salam haikal.selamat hari raya..terasa nak makan unta
waalaikumsalam cikgu.selamat hari raya.mai la datang egypt.insyaAllah ade rezeki cikgu
Post a Comment