dari gelap terbitnya fajar,
terbuka pintu seluasnya,
limpahnya rezeki dan pahala,
namun siapa yang menyambutnya??
sekiranya perperangan akhir zaman berlaku di waktu subuh,apakah tentera Islam akan menang?sekiranya tentera Islam di serang ketika subuh,berapa ramaikah yang dapat melawan?jika tentera Islam menyerang sewaktu subuh,berapa ramaikah yag akan hadir?
persoalan ini timbul setiap kali diri yang lemah ini bersolat subuh.pabila turun menunaikan solat jemaah subuh.yang pastinya hanya golongan veteran sahaja berada di saf hadapan.adakah mereka ini juga yang akan menjadi barisan hadapan mempertahankan satu-satunya agama yang diredhai Allah?wajarkah tulang yang telah digunakan selama 60 tahun,jantung yang sudah berdegup 50 tahun pergi berperang?di mana pemuda-pemuda gagah Islam?mengapa mereka masih hanyut dalam kemanisan dunia?bangkit!bangkit lah berjuang!
jika di lihat dari strategi perperangan.menyerang musuh ketika mereka leka adalah yang cara paling mudah untuk menang.dan umat Islam seharusnya bangun ketika fajar terbit.adakah tentera kafir akan berjaga ketika itu?
ingatlah,ketika engkau(muhammad)mengatakan kepada orang-orang beriman,"Apakah tidak cukup bagimu bahawa Allah membantu kamu dengan 3000 malaikat yang diturunkan(dari langit)???"(Surah Ali Imran-124)
"Ya".
jika kamu bersabar dan bertakwa ketika mereka datang secara tiba-tiba,nescaya Allah akan menolongmu dengan 5000 malaikat yang memakai tanda.(Surah Ali Imran-125)
Dan Allah tidak menjadikannya (pemberian bala bantuan itu)mekainkan sebagai khabar gembira bagi(kemenangan) mu, dan agar hatimu tenang kerananya. Dan tidak ada kemenangan itu, selain dari Allah Yang Maha Perkasa, Maha Bijaksana.(Surah Ali Imran-126)
Allah sudah berjanji akan menolong tentera yang menegakkan agamanya.dan janji itu adalah benar kerana ia di sebut dalam Al-Quran.tetapi janjinya hanya untuk orang yang sabar dan bertakwa.dimanakah kita?