Wednesday, June 20, 2012

Habang Sasa-Sasa Dinasour

tanah tandus tapi banyak keajaiban

Peace Upon You. Sekarang ni bila sebut je AaronAziz..fuh..ramai wanita menjerit walaupun tahu dia sudah beristeri. Tidak kurang juga Fahrin Ahmad! Ada peminat yang tweet tak berbalas dengan Fahrin Ahmad pon sanggup keep on twitting him. Kenapa agaknya ya perkara ini berlaku? Adakah kerana ketegapan badan mereka? Haha

Mungkin ada yang mengimpikan bakal suami yang sasa, ala-ala habang-habanggym Jacob tuh kan. Secara umumnya ataupun bak kata omputeh, "kalau menghakimi buku dari luar", mungkin wanita-wanita di luar sana merasakan mereka akan bahagia dapat husband begitu. Yela, feel save gitu…kan? tapi siapa yang tahu di sebalik ketegapan mereka itu, terselit satu diet yang sangat ketat. Kene diet protein tinggi, carbohydrate tinggi, dan kurangkan fat contain dalam pemakanan. Jangan terkejut la nanti dah kahwin, masak tak ikut portion yang dikehendaki suami,ada yang suami tak makan then isteri plak makan hati ye?. Sebabnya jujur saya katakan,mereka yang disiplin sahaja dapat mencapai bentuk badan berketul-ketul sebegitu. Kalau jenis dok balun semua makanan..haa..bukan six packs la namanya (macam aku je?).

Kepada habang-habang pagan!  kalau badan dah tegap, tapi ke hulu ke hilir pimpin tangan anak dara orang yang bukan muhrim tak best jugak kan? Alang-alang nak tegap tuh, biarlah macam Uwais al-Qarani yang training angkat anak lembu selama 8 bulan then gendong ibu kesayangan ke Mekah untuk menunaikan haji. Kita ni..tak kesah lah yang badan tough ke, badan keding ke, nak pimpin tangan mummy masing-masing lintas jalan pon belum tentu (T_T)

Sekarang saya cuba kupaskan pulak betapa cynicalnya umat Islam sesame mereka sendiri. Sebagai contoh, saya pulang dari Egypt semasa cuti summer tahun satu dan melawat ke sekolah. Berjumpa seorang guru, dia terus mengatakan “Awak belajar kat Mesirkan? Sayangnya pakaian tak nampak macam student dari Mesir je”. *Haha! Saya memang tak kesah pon. Time tuh memang pakaiskinny jeans tapi tak la ketat, dengan baju topman and coat*.  Lepas tuh ketika bulan ramadhan dalam cuti yang sama, saya memakai jubah hitam berkopiah ke solat tarawikh. Solat dibahagian belakang2, tak la 10 saf pertama. Habis solat tarawikh beberapa orang budak lelaki berusia lingkungan 13-15 tahun datang salam cium tangan. *Dalamhati..eh..aku bukan orang alim2 pon.pakai jubah je la hadek oi..*.

Itu pengalaman saya, di mana kita dapat lihat, individu yang sama, tapi pandangan masyarakat kepada dia itu berbeza hanya kerana pakaian yang diletakkan atas  tubuhnya. Yeah say aada reason saya tersendiri kenapa saya memakai skinny jeans di luar, di masjid berjubah. Yelah saya ni dulu bukannya minat pon tentang Islam, kalau orang nak berdakwah datang pakai kopiah, memang 10KM nampak dah larikan diri. So saya cuba kurangkan jurang judgemental orang yang hendak didakwah itu terhadap pendakwah. Dan kenapa saya memakai jubbah ke masjid, just simply its a sunnah.Pakai handsome2, berjubah, semboq minyak wangi ckit. And kalau nk berdakwah dengan berjubah di masjid pon. Memang tak salah? Itu perkara biasa kan? Kau hado nampak Imam pakai jeans ngan t-shirt jadi imam tarawikh? Haha!

Sikap cynical yang wujud dalam umat Islam itu bukanlah perkara yang baik, namun kita ada kuasa untuk mengubahnya untuk menjadi lebih baik bukan? Ramai pendakwah di luar sana, pemakaiannya macam rock2, berdakwah kepada pelacur dan sebagainya. Tidak kurang juga golongan berjubah yang memantapkan lagi iman saudara sesama muslim.

Kadang-kadang ada umat Islam yang bersifat cynical terhadap agama Islam sendiri. Pelik kan? Perumpamaannye macam seekor ikan yang phobia dengan air, padahal mereka hidup di dalam air. Ke ade ikan yang jalan kat daratpakai water tank ke hulu ke hilir? Haha.

Senang saya menulis apa yang berlaku di sekeliling saya.Semalam baru tamat pilihan raya Presiden Mesir. Satu dunia tertanya-tanya siapakah bakal memimpin Mesir. Yela bak kata orang, Mesir ni penting, kunci menyelamatkan Gaza la ape semua. Dalam pilihan raya tersebut 2 calon bertandingiaitu seorang dari wakil Muslim Brotherhood iaitu Mohamed Morsi (My UniversityProfesor!)and seorang lagi bekas Perdana Menteri Mesir semasa pemerintahan Hosni Mubarak iaitu Ahmed Shafik.

Tiba-tiba semasa pilihan raya berlansung penuh timelimetwitter dan facebook penduduk dunia menyokong Morsi terutama penuntut-penuntutMalaysia di Mesir. Yelah kamikan sangat prihatin dan menyokong Muslim Brotherhood. (Time dah official nilah ah baru nak sokong, time under ground dulu, semua caci.) . Tapi mengapa Shafik masih memberi saingan yang hebat kepada Morsi yang dikatakan calon paling layak menduduki jawatan Presiden?.Bila di tanya kepada penduduk Mesir sendiri, ramai antara mereka takut,sekiranya Morsi menang, Egypt akan jadi seperti Arab Saudi, di mana perempuan perlu berniqab, kemudian banyak lagi aktiviti mereka akan terbatas dan seterusnya kemungkinan besar undang-undang Islam akan di daulatkan di bumi Anbia ini.

Itu yang ditakuti mereka, undang-undang Allah. Tapi mereka mengaku Islam tapi tak mau apply. Haa..Bagi saya mereka ini bukannya menolak hukum Allah, Cuma mereka tidak faham dan tidak hadam apa yang telah Allah perintahkan. Cuba kalau di terangkan elok-elok, di masukkan dalam sylibus pelajaran di sekolah-sekolah, insyaAllah umat Islam di Egypt akan makin utuh!

Akhir kata, kalau tak tahu, jangan buat-buat tahu. Kalau tak kenal, rapat lah dahulu, kenali dahulu apa yang cuba di sampaikan. Kalau tak cinta selepas kenal, tak pa, mereka ada jalan mereka sendiri, kita ada jalan Islam kita sendiri. Tapi pastikan kedua-duanya sampai kepada Allah. Kalau baru baca buku 2 -3 kitab dah nak kafirkan orang or  baru tengok video youtube Ustaz Azhar Idrusrasa dah beriman. Haa..simpan lah dulu. Belajar, belajar dan terus belajar siapa itu Allah.

O mankind, you arethose in need of Allah , while Allah is the Free of need, the Praiseworthy
Surat Fatir [35:15]

No comments: