Peace Upon You. Alhamdulillah, syukur saya sudah tamat
peperiksaan akhir tahun 3. Paper last hari tu merupakan subjek Parasitology. Belajar
worms, nyamuk, kutu, pijat and many more! *Bayangkan, punyala banyak benda kene
tau kalau nak jadi doctor je pon*. Tapi yang paling menarik minat saya ialah
Musca Domestica. Apakah? Haha. Sebenarnya tuh keturunan House flies ataupun
just simply lalat hok hurung area tudung saji hangpa tuh.
Bila berkata perihal lalat, for sure semua orang akan cakap
“eeww..hurung sampah pastu nak hurung kita pulak. Eeww..eeww..” *saje buat over
gedik*. Yeah lalat ni memang itulah tempatnye, sampah ataupun najis etc. Semua
orang menghina lalat, kalau lalat hurung badan, mula lah keluar sumpah seranah
kat makhluk Allah yang kerdil tuh. Jarang kita nak membuka minda untuk melihat
ciptaan Allah ini yang telah disebut dalam Al-Quran sebagai salah satu
Keagungan ciptaan Allah.
O mankind! (meaning, O People of Makkah!) A similitude has
been coined, so listen to it (carefuly): Verily! Those on whom call beside
Allah (meaning, the idols to which they used to devote their own selves in
worship), cannot create (even) a fly (meaning even one fly, be it male or female),
even though they combine together for the purpose (meaning creating it), And if
the fly snatched away a thing from them (such as the perfume and crocus which
they are applying) they wound have no power to release it from fly (meaning,
owing their weakness, Hence how come that they ascribe others along side Allah
in worship? This indeed is something strange for which Allah set forth the
parable of ) So weak are (both) the seeker and the sought (meaning, the
worshiper and worshipped)
Surah Al-Hajj -73 (Source Tafsir Al-Jalalayn)
Ayat di atas menceritakan betapa manusia ini lemah
sehinggakan tidak boleh mencipta seekor lalat pon. Bukanlah kita minta untuk
mencipta seekor lalat, manusia tidak mungkin mampu mencabar technology yang
Allah telah kurniakan kepada mata lalat. Mata lalat adalah gabungan beribu-ribu
lens. Ini membuatkan mereka boleh melihat 360˚ dan detect banyak lebih
banyak spectrum cahaya dari mata manusia. Kita manusia ada sepasang lens je kan?
Dengan izin Allah, Nabi Muhammad S.A.W juga pernah menyebut
tentang lalat dalam hadisnya
If a housefly falls in the drink of anyone of you,he should
dip it (in the drink), for one of its wings has a disease and the other has the
cure for the disease
Sahih Bukhari
Kenapa Nabi Muhammad tidak menyuruh ummatnya untuk membuang
minuman yang dikatakan telah dicemari oleh lalat? Reason pertama melalui
pembacaan saya dalam Tibb Nabawi karangan Imam ibn Qayyim Al-Jauziah ialah,
seperti yang tertera dalam hadis, pada salah satu wing houseflies tuh ada
penawarnya dan reason kedua kerana keadaan lalat itu masih intact, meaning
darah haiwan tersebut masih berada dalam badan, tidak bercampur dengan minuman. Maybe benda ni kurang interesting buat “kaki
pembaca hadis”, tapi tahukah anda, beberapa kajian telah dilakukan berdasarkan
hadis ini, dan menunjukkan penawar yang terdapat di wing lalat itu boleh
digunakan untuk sengatan lebah dan kala jengking jugak.
Kenapa saya tertarik untuk menulis perihal mahkluk Allah
ini? Sebab melalui pembacaan saya*baca buku teks Parasitology je pon*, jangka hayat seekor lalat hanya 2 minggu. 2
minggu itupun kalau tak mati kene spray or kene tepuk dengan newspaper. Dengan
jangka hayat begitu singkat, lalat mampu memberikan impak dalam kehidupan
manusia seperti Forensic entamology.
Dimana mereka menggunakan life cycle lalat, untuk menentukan anggaran tarikh
kematian mayat. Mesti selalu tengok dalam CSI kan?
Jadi nak katanya, seekor lalat, yang kita dok hina-hina
masih memberi manafaat kepada manusia walaupun hidup hanya untuk 2 minggu. Kita
yang berusia 20 tahun di atas muka bumi jika ditarik nyawa oleh Allah, apakah
sumbangan kita untuk Islam?
*Saya perlu sedikit respond berkenaan terjemahan Quran
tafsir, adakah membantu ataupun lebih baek hanya bagi terjemahan Al-Quran dari
berikan sekali tafsir. Sila respond di comment*
2 comments:
tafsir sekali pun tiada masalah
tafsir sekali lagi bagus kot
Post a Comment