Peace Upon You. Ro
Mim Dal adalah kata dasar untuk perkataan Ramadhan yang bermakna panas. Saja
letak tajuk macam tuh, kalau tulis ramadhan, too mainstream la kan? Haha.
Alhamdulillah Allah ketemukan saya dengan ramadhan lagi, istimewanya kali ini,
saya di murahkan rezeki untuk menyambut ramadhan di Egypt!
Lazimnya kita dapat melihat, ramai update status “Selamat
datang ke University Ramadhan”. Bunyi macam..uuuu…University kot. Baguslah sekiranya
seorang muslim itu mempunyai pemikiran seperti mahasiswa yang matang dalam
menyambut ramadhan.Yela, mereka tahu apa harga sebuah ramadhan dan mengkaji
bagaimana untuk melipatgandakan ibadat di bulan yang penuh barakah ini.. Ada
bezanya pemikiran mahasiswa dan pelajar sekolah. Mahasiswa, mereka tahu apa
yang mereka mahu, tahu apa yang sedang mereka lakukan, faham mengapa mereka
lakukan, manakala pemikiran pelajar sekolah pula hanyalah, melakukan apa yang
disuruh. Ibu bapa suruh dapat result elok, mereka study elok-elok, cikgu bagi
kerja rumah, mereka tak mahu kene marah, jadi selesaikan kerja rumah.
Tapi percaya atau tidak, jika saya katakan ramai muslim
tidak layak masuk ke University Ramadhan mahupun sekolah ramadhan. Selayaknya
mereka masuk ke Tadika Ramadhan sahaja. Kanak-kanak di tadika, mereka hanya
lakukan apa yang menyeronokkan dan apa yang menyenangkan mereka. RasulAllah telah mengatakan “Permudahkan, jangan menyulitkan”. So post ni akan berkisarkan
pengalaman saya berpuasa di perantauan dalam suhu 38˚-40˚ yang saya anggap satu
perspektif baru.
Puasa
Berpuasa di Egypt ni, haa..bukan 12 jam tapi 17 habaq hang. Nampak beratkan? Tapi bila
berada di Mesir, tak terasa pon. Majoriti Islam, tak lah terliur tengok chinese
dok sedut Starbucks ataupun rakan india makan chapati cicah kuah dal ngan
sambal ikan bilis kan. Tapi perlu
diingatkan, puasalah kamu 3 tahun tanpa skip pon, tapi kalau tak solat, tak
guna jugak tau hadek-hadek. Dalam Islam kan ada rukun, selesai mana yang
dahulu. Solat 5 waktu itu rukun kedua, kalau tak buat kedua, macam mana nak
yang ketiga kan?. Sama macam kalau kita tidak mengucap syahadah iaitu rukun
Islam pertama, sah kah kita solat?..so tak mau dengar “aku penat lah puasa,tak mau
lah solat”
Sahur
Alhamdulillah, semalam baru selesai sahur secara Jamaie dengan
rakan-rakan batch saya. Seronok rupanya sahur ramai-ramai. Senang kat Egypt ni,
tarawih habis dalam pukul 9.30 paling lewat, relax-relax then pukul 2 pagi dah
boleh sahur. Subuh 3.20. First time sahur terasa sangat ringan. Kalau di Malaysia..haa..sahur lah paling berat nak bangun. Dari baring,
dikejut, menonggeng plak, di tarik selimut, meniarap balik. Macam-macam ragam
time sahur. So mungkin kita boleh tuka style lepas ni sahur beramai-ramai.
Berbuka
Umum mengetahui fadilat memberikan sedekah ataupun memberi
makan orang berpuasa *bagi makan ketika tiba masa berbuka lah, jangan bagi tengah hari
suruh orang buka puasa*. Suasana di Egypt ni, meriah sangat! kalau lah stuck
dalam jam kat Malaysia, kita tak bawa bekal air, memang tunggulah kau sampai
rumah baru dapat berbuka, tapi kalau di Egypt, tak perlu risau, ada orang akan
agihkan makanan dan minuman di tengah jalan *itu yang buat jam kalau kat Egypt.
Haha!*. Semalam saya berbuka di garage seorang
tuan rumah berbangsa arab. Dia seorang Dr. Sangat pemurah, dibuka garage
rumah sendiri, kemudian menjamu lebih kurang 60 orang untuk berbuka puasa.
Mudahkan? *Tak susahkan?*Ada ke di Malaysia buka garage ajak orang makan time berbuka? Kalau tidak
pon, masak jelah bubur bagi kat rukun tetangga.
Tarawih
Selepas berbuka ayam golek, murtabak, roti john, air yoes
cincau, kena pulak nasi kerabu. Pergh..memang beratlah badan nak bangun solat
maghrib, inikan lagi melangkah kaki ke Masjid menunaikan solat tarawih berjemaah
yang lama. Kalau di Egypt, tarawih dia dalam 30-40 minutes je. Ada yang 20 minutes, Percaya atau tidak?
Pelik kan? Macam mana dorang ni solat tarawih?. Mudah jah..pertama.. tidak ada
bacaan diantara dan selepas solat sunat tarawikh. Habis bagi salam, naik balik.
Kalau kat Malaysia dengan wirit panjangnya sehinggakan kalau tak ada wirit
panjang-panjang tersebut, ada yang merasakan mereka tidak melakukan solat
tarawih dengan sempurna walhal itu adalah sunat sahaja. Kemudia mereka membaca
surah pendek-pendek. Dah witir satu rakaat kat Malaysia nak baca 3 kul, kat
Egypt? Surah al-Ikhlas je. Bagi saya, dengan cara ini, mungkin dapat menarik
golongan muda untuk datang ke masjid bersolat tarawih. Yang sunat itu solat
tarawih, tak pulak kata solat tarawih satu juzuk satu malam kan?
Itulah serba sedikit perkongsian pengalaman menyambut
ramadhan di Egypt. Ayuh kita menghiaskan ramadhan tahun ini seperti tadika,
ceria, mudah dan menyeronokkan. Kembali kepada Islam pangkal yang sangat mudah
dan tidak membebankan mana-mana pihak.
No comments:
Post a Comment