Friday, June 1, 2012

Hari Raya dan Pilihan Raya



Peace Upon You. Di Malaysia sekarang ini heboh mengatakan tentang Pilihan Raya Umum yang bakal menjelang tiba. Dari kedai nasi lemak cik kiah hingga ke kedai wantan mak mar, suma orang berjumpa jaa  akan membincangkan tarikh PRU yang akan datang. Jadi saya pon tak nak terlepas peluang “bergossip” perihal pilihan raya. *Kalau PRU dibuat june, sedih saye tak dapat mengundi.Yela walaupun muka ni na├»ve dan nampak muda seperti baru 16 tahun, hakikatnya saya dah nak masuk 21 tahun*

Kali ini saya akan cuba bawakan contrast suasana antara umat Islam di Malaysia membuat pilihan semasa persediaan menyambut hari raya dan juga suasana sebelum pilihan raya umum di lansungkan. Kenapa saya memilih dua setting suasana ini? Sebab bagi saya, kedua-duanya melibatkan seseorang untuk membuat keputusan dengan harapan agar hari kelak mereka akan merasa senang hati. Yela kalau salah pilih parti, nanti di perintah oleh kerajaan zalim, pastu kalau salah pilih saiz baju raya plak, gonjeng kau pergi solat sunat raya. *Seluar saye selalu gonjeng! Baju raya beli siapkan, bukan tempah*

Iklan

Hari Raya : Selepas Buletin Utama, semua orang akan ternanti-nanti iklan Petronas yang sedih-sedih tapi menusuk kalbu!

Pilihan raya : Dalam semua berita iklannya apa? “Skandal seks!”, “Sumpah laknat” and “Rasuah dari pihak XXX”

Akhbar

Hari Raya : Semua orang seronok tengok page Salam Perantauan. Yela melihat anak watan di luar negara mengucapkan Selamat Hari Raya kepada keluarga di tanah air *Ade jugak yang post salam perantauan, tapi still balik beraya kat Malaysia.Dah tu siap tunggu bila Salam Perantauan dia nak keluar kat paper*

Pilihan raya : Salam muzakarah. Selama berpuluh-puluh tahun bertegang urat, time-time nak pilihan raya lah nak salam muzakarah ye? Cee buat setahun sekali instead of 4 tahun sekali pilihan raya, mungkin akan ada muzakarah setiap tahun kot?

Promotion 

Hari Raya : Semua orang mesti teringat atau pernah melalui pengalaman bulan-bulan puasa, kene ikut mak ayah pergi ke Jalan TAR untuk shopping baju raya. Berjalan kaki sepanjang Jalan TAR melihat deretan-deretan kedai menjual pakaian raya kemudian dah penat shopping, berbuka puasa di Restoran Nasi Kandar Insaf. Tapi apa yang bagusnya, walaupun berpuluh-puluh kedai pakaian di satu tempat, mereka hanya mempromosikan barangan mereka, tidak pulak kutuk mengutuk gerai sebelah contohnya “Jualan hebat! Jualan Hebat! Harga Runtuh! Kedai sebelah jual barangan Siam, mahai nak mampus!”

Pilihan raya : Macam biasa, dalam kempen-kempen pilihan raya, untuk menunjukkan mereka benar, mereka memburukkan parti lawan. Tidak tahukah wahai sekalian politician, kalau kamu semua membela rakyat tidak kira masa berdekatan pilihan raya atau tidak, rakyat akan nampak siapa yang layak menyuarakan suara mereka ke pihak atasan. Sebagai contoh, sudah menjadi trend kalau ada masalah alam sekitar rakyat terus call Karam Singh Walia. Tak payah pon die memburukkan TV 1 or TV2 untuk membuatkan orang memilih dia sebagai tempat membuat aduan.

Ketua

Tokey  Kedai Hari Raya : Semua tokey kedai akan sibuk, menguruskan stocks kain yang baru sampai, stocks tudung, dan memikirkan cara untuk menarik pelanggan dan juga menetapkan harga yang murah. Tak pulak nampak tokey Gulatis pergi depan Kamdar promosikan barang mereka.

Calon Pilihan Raya : Semua calon pemimpin sibuk mencari salah pihak lawan, kalau tidak mencari salah pun, mereka akan sibuk defend diri mereka dari fitnah pihak lawan. Ada yang buat ceramah, the same date, same time dan khemah berhadapan. Saya tak tahulah apa yang sebenarnya mereka cuba lakukan.

Berkumpul

Hari Raya : budak-budak turun ke jalanan untuk BERKUMPUL membawa mercun dan bermain ramai-ramai. Ada yang berlawan meriam! Ada yang just duduk dalam compound rumah, maen bunga api pusing-pusing je *Anak sorang, parent mesti la jaga*. Tak pon ada yang mak ayah tak bagi keluar rumah, tak bagi maen bunga api, anak dia depa dapat main mercun pop-pop jela baling kat dinding.

Pilihan Raya : budak-budak, para remaja semuanya termasuk mak dan bapak budak turun ke Dataran Merdeka BERKUMPUL SECARA AMAN memakai baju bertema kuning. Hehehe! If you know what I mean


Habis sudah compare and contrast suasana antara hari menjelang hari raya serta pilihan raya. Ada sedikit perkongsian dari rakan saya tentang kepemimpinan yang mungkin kita boleh spark our mind kejap untuk berfikir

Desire for leadership without understanding the serious responsibility involved. This is what the Messenger of Allaah (peace and blessings of Allaah be upon him) warned us against when he said, “You will be very keen to be leaders, but you will regret it on the Day of Resurrection, for although it seems easy in the beginning, it becomes a hardship later on [literally: the breastfeeding is a luxury but weaning is miserable].” (The meaning is that at the beginning, leadership brings wealth, power and enjoyment, but later it brings the risk of being assassinated or deposed, and one will be brought to account on the Day of Resurrection). (Reported by al-Bukhaari, no. 6729). The Prophet (peace and blessings of Allaah be upon him) also said: “If you wish, I could tell you about leadership and what it is. Firstly, it is blame; secondly, it is regret; and thirdly, it is punishment on the Day of Resurrection – except for one who is just.” (Reported by al-Tabaraani in al-Kabeer, 18/72; Saheeh al-Jaami’, 1420). If it were the case that a man wanted to carry out duties and responsibilities, where there is no one better for the job than him, with the intention of doing his best and being sincere and just, as Yusuf (peace be upon him) did, then we could say that this is fair enough. But in most cases it is the matter of a strong desire to lead and put oneself forward although there is a better person, denying the opportunity of leadership to those who are qualified and wanting to be the only one to issue instructions and prohibitions.

Apa-apapun, buatlah pilihan yang bijak agar syiar Islam berdiri tegak di tanah tumpah darahku Malaysia.Kadang-kadang keputusan yang kita ambil adalah baik untuk kita tapi tidak tentu baik untuk generasi yang akan datang.Istikarahlah, jangan lupa ye. Dan jangan kita terlalu fanatic dengan mana-mana parti ataupun pemimpin, kerana sejarah telah membuktikan, dek kerana terlalu fanatikkan seorang pemimpin, Khalifah Uthman bin Affan mati terbunuh, kerana fanatiknya kepada pegangan sendiri, syiah itu muncul. Ini semua terpalit dalam sejarah Islam, tolonglah..belajar dari apa yang telah berlaku.

Maaf di pinta sekiranya post ini ada menyakiti mana-mana pihak. Saya hanya berniat untuk membuat pembaca berfikir tapi “Kalau sesiapa singgah di Wet World Pedas, pasti dia terasa keriangannya!”.

2 comments:

fikrahuddin said...

rasa macam nak RT je sebab semat. haha

ariff haikal said...

malam nanti aku post kat twitter kau RT ye?haha