Peace Upon You. Sebelum ini saya berkongsi tentang menjadi guru, kasih sayang, kemudian
post hadith Qudsi apa semua, tetiba terdetik di hati ketika menaiki tangga
rumah “Pernahkah aku berbangga menjadi Umat Nabi Muhammad S.A.W?”
Pergh! Penangan soalan tuh sangat kuat kot! *Ketaq lutut
cheq nak naik tangga*. Saya terbaca satu article yang mengatakan orang yang
terbaik untuk menjadi guru berkaitan rohani dan hati atau secara khususnya yang
menjadi Duta Islam ialah orang yang melakukan setiap perkara bersandarkan
kepada As-Sunnah dengan niat kerana Allah taala.
Pernah ke terjumpa seorang guru yang dari cara bercakap,
kepada cara minum, pemilihan diet makanan, style pemakaian, penampilan semuanya
bersandarkan kepada Sunnah RasulAllah?
inilah pembimbing sejati yang boleh dijadikan ikutan insyaAllah. Saya
ni..tengok cara minum pon tau dah..kantoi.
Kadang-kadang ada orang menyatakan “Manusia ni tak perfect,
ada cacat cela, kalau nak tunggu perfect baru nak tegur. Memang tak la menegur
orang”. Tapi cuba kita fikirkan, sekiranya seseorang yang menegur rakannya yang
lain, tapi penegur tuh dok celup-celup ala-ala cokolat celup je dalam
beribadah, nak ke kawan yang ditegur tadi menerima dia sebagai pemimbing? "Actions speak louder than words"
Saya bukan mintak seseorang itu menjadi maksum, cukuplah
pembimbing itu tadi benar-benar berusaha mengamalkan sunnah RasulAllah, ikhlas
dalam beribadat serta BANGGA menjadi seorang muslim. Dalam satu video Habib Ali
al-Jufri dia mengatakan “Kalau orang bertanyakan kepada kamu kenapa kamu makan
menggunakan tangan? Mampukah kamu menjawab dengan bangganya kepada penyoal tadi
yang kamu sedang mengamalkan sunnah
RasulAllah?” Uuu..terasa tak?
Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu
contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan)
Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati
Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)
Surah Al-Ahzab : 21
Sama-sama kita perbaiki rukun iman kita yang ke-4
No comments:
Post a Comment