Wednesday, May 9, 2012

Tompokan hitam di Jubah puteh



Peace Upon You. Sekarang ni menular banyak quotes yang saya katakan sebagai jiwang Islamic. Mungkin ini salah satu method menyampaikan Islam dengan cara lebih romantis ataupun lebih puitis. Sebagai contoh “Tidak semua perempuan free hair itu tidak baik, tapi perempuan bertudung pasti adalah perempuan yang baik.” Itu mungkin cara halus menegur untuk wanita yang bertudung. Bagi pihak lelaki pula “Tidak semua lelaki yang tidak berjemaah di masjid itu jahat, tetapi lelaki yang berjemaah di masjid semestinya lelaki yang baik”. Uuu..macam-macam lagi la quotes yang dikeluarkan.

Saya tertarik untuk membincangkan tentang perihal lelaki yang berjemaah di masjid. Rata-rata orang bila mendengar, melihat atau mengetahui seorang lelaki itu ke masjid, Wah! Terus tersemat di dalam minda, “Mesti alim budak ni..”. Ini saya ingin berkongsi sedikit buah fikiran dan pandangan.

Persiapan ke Masjid

Ramai lelaki yang hanya sempoi-sempoi untuk ke masjid, kalau bukan setiap waktu, time seminggu sekali seperti solat jumaat pon mereka hanya memakai pakaian ala kadar. Saya sendiri pernah mengatakan kepada ayah “Alah..buat pe pakai songkok.sempoi-sempoi dah la”. 

Saya sendiri sering lupa, tempat yang dituju itu rumah Allah, kenapa tidak kita berhias sedikit? Pakai handsome-handsome*Untung-untung melekat anak imam kat kita* .First and foremost kita perlulah membersihkan diri dari hadas besar, ye dak? Hehe. Then pakaian pula perlu suci dari najis. And apa salahnya sembur sedikit wangian..sunnah kan?

Kita boleh beli kasut Zara, sewa coat CK beratus sebab nak pergi Gala Dinner*Sanggup sewa tuh! Bukan beli*, ini nak pergi ke masjid tak kan tak boleh pakai kain bersih-bersih, baju gosok then bau harum..tak la menggangu Jemaah lain dengan bau yang kurang menyenangkan.

Memilih masjid

Tadi dah pakai handkesem-handkesem dah. Pakai selipar, nak menuju masjid mana pulak? Ada yang memilih masjid ade air-cond, ada pilih masjid ada makanan free, ada pilih masjid toilet lawa and ada jugak yang pilih masjid yang ada Unifi! Hehe. Pilih lah sesuka hati kamu lagi jauh berjalan, insyaAllah Dia akan beri balasan yang setimpal.

 Tapi yang cannot-go-lah ada yang memilih masjid berdasarkan warna parti, “Owh masjid jemaahnye ramai orang biru..tak nak la pergi”, “Owh Jemaah sini ramai orang hijau, dok sembang bende tuh..je..menyampah”.

Come on guys..berlainan pegangan politik tidak patut menjadi isu untuk kita bersatu dalam beribadah. Sedangkan mazhab pon seperti Sunni dan Syiah bersatu di Masjidil al-Haram. Tak pulak masing-masing buat Ka’abah sendiri? Inikan kita alahai berbeza pegangan politik ckit nak boikot masjid sana sini

Memilih imam

Tadi dah harum semerbak, masjid pon dah sampai. Parking kereta bawah pokok redup. Ni part masuk masjid nak solat. Kadang-kadang ada yang saja masuk masjid lambat bila tengok tak dak orang sampai lagi. Sebab apa? Takut kena tolak jadi imam *Macam skill aku je*. Itu tak pa lagi, ada pulak kadang-kadang dipilih untuk menjadi imam, sebab dia paling tua dalam kalangan Jemaah tersebut.

Bukan nak kata imam tua tak bagus sebab ada imam muda. Hehe. Cumanya kalau lah imamnya baca surah sambil terbatuk-batuk, semput-semput, nak rukuk pon kuaq bunyi macam-macam..kenapa tak gantikan dengan seseorang yang lebih berkudrat dan baik bacaannya?

Actually syarat nak menjadi imam mudah jah
Syarat Imam
1.       Imam bukanlah seorang ummi yang tidak betul bacaan al-fatihah, cacat dari segi sebutan, ketiadaan syaddah dan sebagainya, sedangkan ma’mum lebih baik daripadanya.
2.       Imam bukan dari kalangan wanita jika ma’mumnya lelaki.
3.       Imam yang hendak diikuti itu bukanlah sebagai pengikut kepada imam lain.

Ketika Solat berjemaah
Kadang-kadang orang ada orang akan kata “Solat di masjid lambatlah..aku ade hal ni.”, haa..sebenarnya tuan-tuan dan puan-puan, cee solat berjemaah kat Egypt. Masa antara Adhan dan Iqomat tuh..fuh..seriously sempat p mandi, shampoo kepala bagi bau strawberry, gosok gigi, and shaving sempat. Lama whoa..

Tapi kepada imam pula, janganlah syok sendiri, dok baca surah panjang-panjang. Yela Al-Hafizkan..bacaan biar sesuai dengan makmum. Macam saya dulu di STAR, setiap hari jumaat subuh mesti akan dibacakan Surah As-Sajjadah dalam rakaat pertama. Time tu..Ya Allah..ngan mata separa terbukaknya, ada yang terlelap pon ada..orang lain sujud, dia dok diri sorang-sorang. Cuma satu benda yang saya tidak akan lupa ialah perasaan bila mendengar seorang imam ni membaca dengan penuh semangat dan lunak suaranya sehinggakan membuat saya tak jadi nak tido time solat tuh, dia adalah Inche gabbana *Time tu saya Form 1 dia Form 5 (Ketua Umum kot)*

Seorang lelaki telah datang menemui Rasulullah s.a.w lalu berkata,”Sesungguhnya aku melambat-lambatkan dari sembahyang subuh disebabkan imam itu memanjangkan bacaannya ketika bersembahyang bersama kami.” (Abu Mas’ud berkata) aku tidak pernah melihat Nabi s.a.w marah ketika memberikan nasihatnya lebih dari marahnya pada hari ini. Sabdanya, “Wahai sekelian manusia, sesungguhnya antara kamu semua ada (melakukan sesuatu) menyebabkan orang lain lari, sesiapa antara kamu yang menjadi imam kepada orang ramai hendaklah ia memendekkan bacaannya kerana sesungguhnya makmum dibelakangnya terdiri daripada orang tua, kanak-kanak kecil dan orang yang hendak menguruskan keperluannya dengan segera”.
Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Selesai solat

Kalau anda tidak tergolong dalam golongan-golongan di atas, mungkin anda boleh menarik nafas hampir lega. InsyaAllah hati anda bersih sehingga tidak terganggu dengan permasalahan di atas. Cuma akhirnya adalah…melihat gelagat orang selepas solat.

Kadang-kadang terdetik di hati melihat orang yang selepas solat tidak berdoa ataupun menunaikan solat sunat rowatib “Iskh..orang ni, pakai je serban bagai, ingat sempurna sangatlah solat dia tadi? Sampai berdoa pon tak mau. Solat rowatib ntah hilang ke mana la” or “Hek ele..nama ja budak sekolah agama, aku yang tak sekolah agama ni tau buat solat sunat rowatib.”. 

Dah tu, keluar masjid pulak dengan hati yang bangga sebab pergi ke masjid dapat solat berjemaah kot,tiba-tiba ternampak couple dok seronok sembang-sembang dalam kereta. P ketuk cermin macam nak pecah cermin! Pastu marah-marah depa tak p solat. Marah semua orang la yang tak p solat, dari kanak-kanak yang sedang bermain bola sehinggalah kepada pak cik jual keropok yang tertidur di dalam van.

Sekiranya perkara ini pernah terdetik di hati-hati Jemaah masjid, didiklah hati kita kembali. Sedarlah kita ini hamba Allah, kita bertandang ke rumah-Nya untuk beribadat secara jami’e kerana kita tidak kuat berseorangan. Kita melangkah ke masjid kerana rasa cinta kita kepada Pencipta kita. Masuk dalam kalangan Jemaah masjid tidak membuatkan kita sedikit pon lebih baik dari orang sekeliling kita, ia hanya mendekatkan kita dengan Allah. Mungkin orang disekeliling kita ada cara lebih baik untuk mendekatkan diri kepada Allah.

Ingatlah, Orang yang bertakwa itu adalah seorang hamba yang patuh. Sifat seorang hamba pula ialah merendah diri. Dan mereka sedar yang mereka ini menjadi hamba kerana tidak tahu mampu atau tidak untuk membayar hutang yang dipinjam sebelum ini kepada Allah

Penulisan ini bukan untuk golongan yang baru hendak menggerakkan hati ke masjid, Jom ke masjid! Its fun! Just post ini untuk orang yang sudah ke masjid dan merasakan diri mereka perfect ataupun menjadi pujaan gadis-gadis jalanan sehingga membuatkan golongan ini terpesong niat suci mereka untuk bertemu Yang Maha Esa

6 comments:

athirah said...

Hmm,tak sangka pulak ada yang nak pi masjid pon nak ikut parti.haisyh.

the cerebro said...

berlaku je..cuba tengok musim berkempen nie. lagi la

Aishafarhana Radzi said...

artikel yang best..:)

the cerebro said...

makaseh..Alhamdulillah

rangjey said...

waaa~ko kenal inche gabbana ke??ehehehhe

the cerebro said...

InsyaAllah kenal kot. die ketua pengawas tme aku form 1 dulu. tp die form 5 la dat time.