Thursday, June 7, 2012

Kalau benci, bilang benci, kalau sayang, bilang 143!


Peace Upon You. Di Egypt sekarang ini, ada satu eventpenting yang sedang berlaku, iaitu Pilihan Raya Presiden dan satu lagi titiksejarah yang telah berlaku adalah hukuman penjara seumur hidup kepada bekasPresident Egypt ke-4 Hosni Mubarak. Banyak respond dilemparkan oleh masyarakatdunia kepada keputusan itu, antaranya :

Anti-Mubarak
“Hanya ibubapa para syuhada revolusi tahu betapa pedihnya keputusan tadi”, “Syaitan itu tidaklayak hidup”, “Orang yang zalim perlu mati”, “Mubarak sepatutnya dikenakanhukuman gantung”, “Sepatutnya Hosni Mubarak dikenakan hukuman qisas”.

Pro-Mubarak
“Darah pejuang syahid seperti Mubarak tidak akan mati dalam keaiban”, “Alhamdulillah, inilah keadilan mahkamah Egypt”,

Itu antara reaksi yang dapat dilihat. Namun ada juga beberapa user yang comment dalam article BBC, CNN serta seorang rakan Egyptian mengatakan, undang-undang di Mesir, kepada banduan yang berumur 85 tahun keatas, mereka kebanyakkannya tidak akan duduk di dalam penjara namun banyak menghabiskanmasa di hospital penjara kerana keuzuran mereka dan itu adalah atas sebab hak kemanusiaan.Jadinya apakah nasib Husni yang masuk penjara pada umur 83 tahun?

Sebenarnya bila di lihat revolusi yang sedang berlaku dinegara-negara Islam ketika ini, saya rasakan, Revolusi Egypt adalah yang paling aman, dan Hosni Mubarak turun dengan rela hati. Jika dilihat apa yang telah Muammar Gaddafi lakukan kepada Libya? Hanya kerana ego dalam diri dia sanggup membunuh rakyatnya sendiri. Dan kini pula berlaku perkara lebih kurang sama, di Syria.Setiap hari ada je orang update gambar penghapusan ummat sunni di Syria. Baby mati dengan kesan tembakan, kepala kanak-kanak terburai sehingga meleleh otakkeluar dan macam-macam lagi.

Saya ucapkan syabas kepada mereka yang prihatin akan isu-isu umat Islam semasa, kemudian kongsikan kepada rakan taulan yang lain. Tapi sebenarnya apa yang kita sebagai umat Islam cuba lakukan?
Dalam isu Palestin jika kita lihat, Isu ini sudah lama dicanang, tapi apakah kesannya? Paling terbaru bila ramai orang yang PRIHATIN menukar profile picture mereka kepada profile picture hunger strike. Be Brown katanya..haha. Tapi selepas semuanya selesai, banduan mendapatkan haknya, semua orang menukar kembali kepada profile picture gambaq bunga-bunga, gambaq lompatsana-sini, gambaq depan cermin toilet. Ye dak? Eh? Mana keprihatinan anda semua tadi? Adakah bersifat sementara ataupun adakah Islam sudah menang di Palestine?

Dalam kebanyakan kempen Palestine, selalu ditekankan “Israel Laknatullah”, “Boikot Israel”, “Israel patut dihapuskan”. Tak kurang pula yang menonton  “The Arrival” kemudian menyalahkan FreeMason.Wah! Semangat benar ye kita membenci Israel.
Persoalannya di sini, wajarkan perjuangan kita berlandaskankebencian ataupun kasih sayang? Saya memilih kasih sayang. Kenapa?

Sekiranya membenci yang disemai, kemudian tiada sudah sebab untuk dibenci,apa yang kita akan lakukan?. Kalau betul kita bencikan Israel dan sebagainya,yang patut dibenci bukanlah mereka, tapi diri sendiri yang lalai dengan tugas kita sebagai hamba Allah di atas muka bumi ini, dan adalah salah kita tidak menyayangi saudara-mara kita di Palestin. Yela, Tukar profile picture hunger strike, lepas tuh, hilang focus, lalai dengan nikmat dunia, nampak cantik ckit picture time round-round Europe, terus tukar profile picture dengan menara Eiffel Tower.

Kalau kita semaikan kasih sayang terhadap saudara mara kita di Palestine, dalam suapan nasi teringat mereka yang kebuluran di sana. Ketika shopping nak beli kasut mahal-mahal teringat para syuhada yang perlukan bantuan dari kita. Nabi mengajar umatnya untuk berkasih sayang, lihat bagaimana Baginda menyayangi ahli baitnya, sahabat-sahabatnya dan juga ummatnya. Mana mungkin kebencian bisa disaingkan dengan kasih sayang? Yang dibenci itu maksiat, tapi yang disayangi itu insan.

1 comment:

Nurulhuda Shukry said...

salam.
daebak entry ni. good point. :)

semoga perjuangan itu bukan bermusim.insyaAllah smga terus istiqamah. *ni ketepek kat diri ku sndrik*