Peace Upon You. Alhamdulillah pada 9/3 yang lepas, telah berlangsung sebuah Charity Program bersama Anak Yatim di Zagazig. Seronok, sungguh seronok! Iyelah, sebelum ini semua program kebajikan yang saya sertai di Malaysia, tapi kini di Mesir. Bak kata orang, Lain Padang, Lain Belalang. Ye dak? Memang banyak pengalaman berharga dan baru yang saya terima. Namun salah satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan adalah bermain bola sepak bersama anak-anak yatim arab. Bila score goal, WAH! Menjerit satu team. Celebrate ramai-ramai, tak de barrier kau Malaysia, aku Egypt. Tak dak. Cuma ada kisah lucu bila main bola, nak mintak pass bola, ada seorang rakan menjerit “Pass Tengah! Pass Tengah!”, padahal budak arab tu bukan paham bahasa melayu pon.
Salah satu perkara yang saya tertarik dengan program ini adalah, AJK Pelaksana Program berjaya mengumpul kutipan derma sebanyak 22 000 Egyptian Pound bersamaan RM11 000 Malaysia. Tapi yang patut dibanggakan bukan figure tuh, kerana itu rezeki Allah untuk anak-anak yatim, namun yang patut dipuji adalah sikap prihatin dan suka melakukan kebajikan dalam kalangan masyarakat Melayu sama ada di Mesir mahupun Malaysia. Ada seorang penderma, sanggup travel 2 jam untuk ke Zagazig semata-mata ingin menghantar 70 Jubah baru untuk disedekahkan kepada anak yatim. Memang diluar jangkaan. Semoga Allah membalas jasa baik setiap penderma.
Tadi semasa di dalam kelas Pathology, lecturer menerangkan tentang penyakit berkaitan Blood. Saya tertarik dengan satu penyakit iaitu Polycythemia ataupun kata mudahnya increase haemoglobin content above normal level ataupun nk lagi mudah, darah dalam badan terlebih. Mesti pelik kan, awatnya kalau darah banyak? Baguslahkan? Kalau darah banyak, sat lagi darah pekat sangat, payah nak pump! Lepas tuh senang nk tersumbat. Itulah contoh yang mudah saya dapat berikan.Tapi ada banyak lagi medical complications yang lain seperti gout etc.
Kenapa saya tertarik dengan penyakit ini? Sebab penyelesaiannya sangat mudah, doctor saya mengatakan, “In Saudi Arabia, the polycythemia patient will donate their blood every 6 months”. Hah! Mudah kan? Sambil menderma sambil beramal. Tapi adakah kita perlu jadi seperti pesakit polycythemia ini? Bila ada banyak darah, dah merosakkan badan baru nak p menderma darah?
Konsep ini dapat diaplikasikan dalam hidup. Kadang-kadang kita ada banyak sangat harta, sampai terfikir, “ohoi..banyaknya duit aku. Simpan lagi, nak bagi banyak. Kot-kot nanti satu hari duit ni boleh jadi lapik kubur aku ka, tak lah keras sangat baring dalam liang lahad nanti “ . Tak pon ada yang masih berseronok dengan rezeki Allah berikan sampai lupa akan tanggungjawab mereka kepada umat Islam lain. Uuu.. tak takutkah harta yang kita belanjakan selama ini itu adalah Istidraj dari Allah? (Istidraj membawa erti setiap kali hambaNya menambah kesalahan yang baru maka setiap kali itu juga Allah akan menambah nikmatNya ke atas hambaNya itu. Dan setiap itu juga Allah membuatkan hambaNya itu lupa untuk memohon ampun atas dosa yang dilakukan terhadapnya dan setiap itu juga Allah akan mengambilnya sedikit demi sedikit)
Bagi Muslim yang otak berniaga, otak nak untung dan juga memandang masa hadapan *macam sorang kawan saya yang tahu semua tempat menjual barang murah.Respect sama dia*, kalau dia mempunyai harta lebih, dia akan berfikir yang hartanya boleh dibuat investment. See2!! Islam pon mengajar umatnya dalam investment kot. Pertamanya investkan untuk duniawi, ikutlah nak buka kedai ka, beli tanah ka apa pon then investment kedua ialah invest ke saham akhirat dengan menderma. Tak molek begitu? Dunia dapat, akhirat pon dapat. Jadinya harta yang berkepuk dalam bank tuh, jangan lah tunggu sampai ia memudaratkan kita baru kita nak menderma, salurkanlah juga ia ke jalan Allah.
Narrated by Abu Huraira that Allah’s Messenger said : Spend , O son of Adam! And I shall spend on you,
(This hadiths is sound and reported by Bukhari and Muslim)
Just imagine, tara kita tak buat apa pon Allah dah bagi macam-macam rezeki, ni pulak hang menggunakan rezeki Allah itu untuk kembali kepadanya dan di dalam hadis Qudsi di atas Allah telah berjanji akan membalas segala amalan baik yang kita kerjakan.
No comments:
Post a Comment