Thursday, April 12, 2012

Kuku kaki kakakku kekok



Peace Upon You. Pelikkan tajuknye? Haha! Itu tongue twister je. Apa yang nak disampaikan tak la berkaitan sangat sebenarnya.

Pada bulan lepas, Alhamdulillah saya sempat bersolat isyak di sebuah masjid. Jarang ke masjid tu. Al kisahnye, bila menjadi musafir ni, lepak di masjid awal la sikit untuk melepaskan lelah. (kalau tak, dah iqomat baru nak turun tangga ke masjid. Bad2!).

 Bila saya sedang duduk bersandar ke dinding, iqomat berkumandang memanggil Jemaah untuk mula menunaikan solat. Tetiba dari belakang masjid dengar tapak kaki orang berlari, dalam hati dok kata “pehal la orang dok lari-lari dalam masjid ni”, tiba-tiba yang melintas sambil berlari sebelah saya itu seorang kanak-kanak kecil berumur lingkungan 5 tahun. Tak cukup dengan time nak mula solat. Selepas memberi salam, budak tu berlari lagi ke hadapan untuk bersalam dengan imam.
Wah..time tuh tertunduk kepala.

 Ya Allah..aku kecik-kecik dulu umur macam ni, solat ntah ke mana, ni dah besar pon tak pernah teruja sampai berlari nak menunaikan solat. Kot- kot berlari nak p solat sebab dah lambat solat jumaat. 

Itulah pengajaran yang saya dapat dari seorang kanak-kanak kecil dalam dia cuba mendekatkan diri dengan Allah. Yela, kan Allah sudah berjanji,

Narrated Abu Huraira : The Prophet Muhammad said : Allah says ; I am in accordance with the thoughts of My slave about Me; and I am with him, when he remembers Me. If he remembers Me in his heart, I also remember him in My heart. If he remembers Me in a group, I remember him in a better group. If he draws near Me by span of a palm, I draw near him by a cubit. If he draws Me by a cubit, I draw near him by the space covered by two hands. If he walks towards Me, I go to him running
(This hadith is sound and reported by Bukhari and Muslim)

Kadang-kadang kita lupa akan nikmat kaki yang Allah berikan, tambah-tambah musim exam. Tiba-tiba setiap detik terasa begitu berharga, sampai nak turun masjid bawah rumah pon payah contohnye la or kawan minta tolong teman pergi hospital, padahal esok exam ni, haa..saya muhasabah diri saya sendiri..yelah, kita sering saja ingat usaha kita itu melambangkan result kita, kita percaya dengan setiap detik yang kita gunakan untuk membaca buku itu, akan membolehkan kita menjawab soalan exam sampai kita lupa peranan Allah. Dia pemberi rezeki hanya kepada Dia kita layak beriman bukannya menambah rukun iman ke-7 iaitu percaya dengan diri sendiri. 

Verily Allah will not change the good condition of a people as long as they do not change their state of goodness themselves
A part of Surah Ar-ra’d – 13 

Tafseer Al- Jalalayn : Allah deprives not them of His favours and blessing if they still committing sins and by being ungreatful and disobedient to Allah.

Ya benar Allah mengatakan, kita manusia perlu berubah ke arah kebaikan, dan selepas kita berubah, barulah Dia akan membantu kita. Meaning apa-apa pon masih kuasa di tangan Dia. Jadinya, mari kita sama-sama duduk di luar beranda ataupun atas buaian di tiup angin sepoi-sepoi bahasa, fikir sejenak, dimana rukun iman kita yang pertama.

No comments: