Tuesday, April 24, 2012

Jadi macam pokok


Peace Upon You. Di Malaysia hangat membincangkan isu Hapuskan PTPTN, then bloggers pon ramai memberi respond tentang perihal ini. Tapi saya di sini bukan nak bagi memberi pandangan atau apa, Cuma saya mahu kita semua kembali kepada akar, iaitu isu menghargai dan meraikan ilmu dalam kalangan umat Islam secara khususnya. Kerana bagi saya, orang yang layak berkata atau berdemonstrasi kerana ilmu itu, adalah mereka yang sedar apakah nilai secebis ilmu

Pertama sekali apa yang dimaksudkan dengan ilmu dari sudut perspective cendiakawan Islam? Saya tertarik dengan perkongsian seorang rakan berkaitan pentakrifan ilmu oleh Syed Muhammad Naquib Al-Attas yang mentakrifkan ilmu iaitu :

The arrival of knowledge to a soul, and the soul have to acknowledge the knowledge.

Bukannya nak poyo speaking ke ape, saya sendiri pening memikirkan bagaimana hendak simplifykan takrifan llmu oleh Prof. Syed Naquid al- Attas dalam bahasa melayu. Sangat panjang dan complex. Akhirnya Alhamdulillah kalau di himpunkan perkataan demi perkataan, ianya menjadi mudah jika diungkapkan ke English. Daripada pentakrifan di atas, sejujurnya kita dapat lihat apakah kesan ilmu itu kepada setiap individu. Ilmu itu bukan sahaja maklumat, tapi ia dicerna untuk dijadikan pegangan nurani seterusnya akan terbit niat yang ikhlas di hat. Kerana ilmu itu tadi, menghasilkan satu perbuatan. Ilmu inilah yang diguna pakai untuk menjadi tangga antara kita dan Pencipta kita. Itulah kelebihan ilmu dari sudut Islam yang tidak ada dalam ilmu secular.

Jika dilihat, ilmu yang dimiliki umat Islam ketika ini bagi saya hanya sedikit,malah sangat sedikit.Namun tokoh-tokoh Islam ketika ini masih optimistic meletakkan target yang umat Islam akan berjaya suatu hari nanti. Ya target ini bisa tercapai kalau kita benar-benar menghargai ilmu. Mengapa saya berkata begini?
Kembali kepada lipatan sejarah, umat Islam sangat bangga dengan sejarah silam. Kita sering canangkan yang segenap ilmu di barat itu adalah ilmu umat Islam yang telah di rompak ketika kejatuhan kerajaan Islam Abbasiyah iaitu zaman kemuncak kegemilangan ilmu Islam. 

Bila jatuh kerajaan Islam ketika itu, Eropah melalui zaman Renausance ataupun dengan kata lain “Zaman menghargai ilmu”. Ramai cendiakawan-cendiakawan Eropah lahir ketika itu dan mereka semua ini sangat menghargai nilai secebis ilmu. Bukan sahaja cendiakawan menghargai ilmu, malah masyarakat sekeliling mereka juga turut meraikan orang berilmu dan sangat berminat untuk menjadikan ilmu itu sebagai satu budaya.

Bandar-bandar besar di Eropah sewaktu Zaman Renaissance seperti Venice, Florentina mahupun Milan di kepalai oleh golongan Patron(tuan tanah). Golongan Patron ini adalah golongan yang kaya, dan mereka mengupah cendekiawan untuk membangunkan bandar-bandar mereka. Sehingga kini, seluruh penduduk dunia mengkagumi dan menikmati hasil dari usaha yang telah mereka lalukan demi menghargai ilmu sebagai contoh seperti architecture bangunan dan banyak lagi hasil seni mahupun falsafah. 

Namun dimana kelemahan Zaman Renaissance kalau kita dapat lihat? Kelemahannya bila mana mereka mengasingkan antara ilmu dan agama atau dengan kata lain sekular. Walhal dalam Islam, semua ilmu itu milik Allah. Dan sebetulnya setiap orang yang berilmu itu akan pulang ke satu titik iaitu kepada Pemilik Ilmu itu sendiri.

Nah disini saya dapat simpulkan, sekiranya umat Islam menghargai ilmu, kita akan dapat melahirkan satu masyarakat berilmu dan lengkap dengan akhlak-akhlak mulia serta tambahan bonus, rahmat dari Yang Maha Esa.

Siapa penggerak kepada reformasi penghargaan ilmu ni? Tentulah bermula dari seorang guru ataupun orang yang berkongsi ilmu. Saya sangat admire golongan ini. Even ayah saya seorang pendidik. Beliau banyak mengajar saya apa erti menghargai ilmu dan saya memuji semangat ayah yang tengah buat thesis Phd. (Good luck! Ayah). Kalau pergi ke shopping complex mana-mana, masuk je pintu gerbang besaq ada air-cond terus dia akan kata “Haikal teman mummy, dah habis semua nanti cari ayah dekat MPH or Borders”. (tak tau la tuh kalau tuh reason ayah nak escape dari teman mummy shopping lama-lama.haha!).

Kenapa saya hormat golongan pendidik ni? Pertamanya sebab mereka adalah sebuah golongan yang tahu nilai ilmu. Keduanya jika kita lihat pendidik ataupun orang berilmu ini, kehidupan mereka lain. Hidup mereka itu datangnya dari kefahaman yang sangat mendalam tentang sesuatu perkara dan apa yang dipamirkan kepada orang sekeliling semestinya ikhlas dari hati dan dengan niat menyampaikan. Teringin tak berjumpa pendidik atau orang berilmu sebegini? Kalau ada keinginan sebegitu, berdampinglah dengan mereka.

Percaya atau tidak, buruk baik sesebuah masyarakat itu bermula dari pendidik? Kan ada pepatah “Guru kencing berdiri, murid kencing berlari”.Kalaulah seorang berilmu, tidak berjaya ataupun salah menyampaikan ilmu kepada orang sekeliling, rosak masyarakat.Jadinya jika kita hendak menjadi penyampai ilmu, lengkapkan diri dahulu, ajarkan perkara bermanafaat dan dalam masa yang sama praktikan juga ilmu di dada. The Ultimate Perfect Mahaguru mestilah RasulAllah Muhammad S.A.W. Lihat bagaimana baginda menjadi penunjuk kepada kita semua. Sollu Alan Nabi

Sudah penat menulis panjang-panjang, kesimpulannya yang saya cuba sampaikan disini adalah, semangat menghargai ilmu itu perlu hadir dalam diri kita setiap muslim kerana ia akan membantu kita untuk lebih memahami dan mengenali pencipta kita. Saya berharap, suatu hari nanti, masyarakat Malaysia dapat menghidupkan satu atmosphere suka membaca, bercakap menggunakan akal dan fakta serta suasana yang sangat dahagakan ilmu. Untuk melahirkan masyarakat sebegini rupa, kita boleh pilih untuk menjadi salah seorang dari penggerak reformasi ini ataupun hanya menjadi penyokong atas pagar. Kita mahu berada di barisan hadapan, lakukan satu perubahan. Hanya satu, insyaAllah kemudian akan disusuli dengan perubahan-perubahan yang lain dengan mudah.

No comments: