Tuesday, March 20, 2012

Systemic and Portal Circulation


Peace Upon You. Umumnya kalau pelajar yang mengambil matapelajaran Sains pasti akan “recall” dengan blood circulation in human body. Sebenarnya Allah telah menciptakan manusia dengan dua blood circulation iaitu Systemic circulation yang tugasnya untuk “pump” oxygenated blood to the whole part of the body dan juga satu lagi portal circulation yang diamanahkan untuk menerima semua deoxygenated blood from whole part of the body and change it into oxygenated blood.

Systemic circulation beroperasi dengan jantung manakala portal circulation menjalankan modus operandi berpusat di hati. Ramai orang yang kurang sedar akan kepentingan portal circulation dan hanya mengatakan “systemic circulation ni penting.tak de dia, tak sampai darah ke seluruh badan, macam mana nk perform action? ” *kalau ayat doctor ckit, no blood supply to the organ will lead to ischemia thus infarction leading to necrosis or other severe manifestation*.

Kenapa kita sering lupakan portal circulation? Walhal tanpa oxygenated blood, there wont be any metabolism action. Maksudnya tak da oxygen dalam darah, kesannya lebih kurang sama sahaja dengan tidak sampai darah ke organs.

Konsep ini dapat dilihat dalam kehidupan seharian kita, cuba nilai diri sendiri ketika di puji. CONTOH JE..“Wah! Bagus la kamu buat program anak yatim”. Adakah hati kita berasa bangga ataupun fe-feeling retis? Adakah setiap kali kita dipuji kita ucapkan Alhamdulillah? Pernahkah kita score goal time main futsal, kita p sujud syukur atleast selepas habis main? Wah3! Muhasabah diri kembali, kerana semua itu ada permulaannya, ada yang mengizinkan perkara itu berlaku. *ce fikir, ce fikir*.

Saya terilham untuk menulis entry ini bila terbaca sebuah sirah berkaitan Nabi Sulaiman, seorang nabi yang menjadi Raja dan memerintah dunia dengan aman.

Dan sesungguhnya kami telah mengurniakan ilmu pengetahuan kepada Nabi Daud dan Nabi Sulaiman; dan mereka berdua bersyukur dengan berkata: “Segala puji tertentu bagi Allah yang dengan limpah kurniaNya memberi kami kelebihan mengatasi kebanyakan hamba-hambaNya yang beriman” -15


Dan Nabi Sulaiman mewarisi (pangkat kenabian dan kerajaan) Nabi Daud; dan (setelah itu) Nabi Sulaiman berkata: “Wahai umat manusia, kami telah diajar mengerti bahasa pertuturan burung, dan kami telah diberikan serba sedikit dari tiap-tiap sesuatu (yang diperlukan); sesungguhnya yang demikian ini adalah limpah kurnia (dari Allah) yang jelas nyata”- 16


Dan dihimpunkan bagi Nabi Sulaiman bala tenteranya, dari jin dan manusia serta burung; lalu mereka dijaga serta diatur keadaan dan perjalanan masing-masing - 17


(Maralah angkatan itu) hingga apabila mereka sampai ke “Waadin-Naml”, berkatalah seekor semut: “Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing, jangan Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu, sedang mereka tidak menyedari” - 18


Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu, dan berdoa dengan berkata:” Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku – dengan limpah rahmatMu – dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh” – 19

Surah An-Naml : 15-19

Dalam ayat ke-19 kita dapat melihat bagaimana seorang Raja yang begitu humble dengan dirinya dan walaupun baginda seorang nabi, tetap berdoa agar tidak lupa untuk bersyukur walaupun mempunyai kuasa.

Kepada hati-hati yang sudah lama tidak melihat yang berada di atas, yang menciptakan sekalian alam, mungkin sedikit pengajaran dapat di ambil dari sini. Semoga hati-hati kita tunduk sujud mengenangkan nikmat yang dikurniakan ilahi. Hargailah ia dan gunakan sepenuhnya anugerah tersebut tanpa lupa bersyukur.

No comments: