Thursday, March 8, 2012

I believe in angel


'I Believe in angel, something good in everything i see' mesti semua ingat lirik lagu ni, Lagu boyband Westlife kot. Bila berkata tentang Islam, semua sibuk berkata tentang pembangunan Muslim, haram couple, bercinta selepas nikah dan sebagainya namun kita terlepas pandang salah satu dari rukun iman iaitu Percaya kepada Malaikat.

Siapa tahu mengenai malaikat? Asalnya, namanya, tugasnya atau sifat-sifatnya?. Nah..seronok berkata tentang Islam namun salah satu rukun iman tidak di benar-benar hadam.

Kenapa kita sering tidak mengendahkan malaikat? Mungkin sebab kita tidak boleh nampak siapa itu Malaikat, dan apa benefit yang dapat pon kalau tahu pasal Malaikat kan? Allah walaupun tidak boleh di lihat tapi Dia lah yang memberikan rezeki dan sebagainya kepada kita.

Kot-kot lah kita tahu pasal malaikat pon seperti Malaikat Jibril yang menyampaikan wahyu dan yang bertanyakan soalan agar kita lebih faham tentang Islam.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Pada suatu hari, ketika Rasulullah s.a.w berada bersama kaum muslimin, datang seorang lelaki kemudian bertanya kepada baginda: Wahai Rasulullah! Apakah yang dimaksudkan dengan Iman? Lalu baginda bersabda: Kamu hendaklah percaya iaitu beriman kepada Allah, para Malaikat, semua Kitab yang diturunkan, hari pertemuan denganNya, para Rasul dan percaya kepada Hari Kebangkitan. Lelaki itu bertanya lagi: Wahai Rasulullah! Apakah pula yang dimaksudkan dengan Islam؟ Baginda bersabda: Islam ialah mengabdikan diri kepada Allah dan tidak menyekutukanNya dengan perkara lain, mendirikan sembahyang yang telah difardukan, mengeluarkan Zakat yang diwajibkan dan berpuasa pada bulan Ramadhan. Kemudian lelaki tersebut bertanya lagi: Wahai Rasulullah! Apakah makna Ihsan؟ Rasulullah s.a.w bersabda: Engkau hendaklah beribadat kepada Allah seolah-olah engkau melihatNya, sekiranya engkau tidak melihatNya, maka ketahuilah bahawa Dia sentiasa memerhatikanmu. Lelaki tersebut bertanya lagi: Wahai Rasulullah! Bilakah Hari Kiamat akan berlaku؟ Rasulullah s.a.w bersabda: Sememangnya orang yang bertanyakannya lebih mengetahui dariku. Walau bagaimanapun aku akan ceritakan kepadamu mengenai tanda-tandanya. Apabila seseorang hamba melahirkan majikannya maka itu adalah sebahagian dari tandanya. Seterusnya apabila seorang miskin menjadi pemimpin masyarakat, itu juga sebahagian dari tandanya. Selain dari itu apabila masyarakat yang pada asalnya pengembala kambing mampu bersaing dalam menghiasi bangunan-bangunan mereka, maka itu juga dikira tanda akan berlakunya Kiamat. Hanya lima perkara itulah sahaja sebahagian dari tanda-tanda yang diketahui dan selain dari itu Allah sahaja Yang Maha Mengetahuinya. Kemudian Rasulullah s.a.w membaca ayat:

إِنَّ اللَّهَ عِنْدَهُ عِلْمُ السَّاعَةِ وَيُنَزِّلُ الْغَيْثَ وَيَعْلَمُ مَا فِي الْأَرْحَامِ وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ مَاذَا تَكْسِبُ غَدًا وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ بِأَيِّ أَرْضٍ تَمُوتُ إِنَّ اللَّهَ عَلِيْمٌ خَبِيرٌ

Yang bermaksud: Sesungguhnya Allah lebih mengetahui bilakah akan berlaku Hari Kiamat, di samping itu Dialah juga yang menurunkan hujan dan mengetahui apa yang ada di dalam rahim ibu yang mengandung. Tiada seorang pun yang mengetahui apakah yang akan diusahakannya pada keesokan hari iaitu samada baik atau jahat dan tiada seorang pun yang mengetahui di manakah dia akan menemui ajalnya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Amat Meliputi pengetahuanNya. Kemudian lelaki tersebut beredar dari situ. Rasulullah s.a.w terus bersabda kepada sahabatnya: Sila panggil orang itu kembali. Lalu para sahabat berkejar ke arah lelaki tersebut untuk memanggilnya kembali tetapi mereka dapati lelaki tersebut telah hilang. Lantas Rasulullah s.a.w bersabda: Lelaki tadi ialah Jibril a.s. Kedatangannya adalah untuk mengajar manusia tentang agama mereka.

Dan malaikat kedua paling famous ialah Izrael yang akan mencabut nyawa setiap umat Islam melainkan yang gugur syahid. Itu jelah yang selalu kita kenal.

Sedarkah kita yang Malaikat itu ada di mana-mana? Termasuk di bahu kita yang akan mencatit segala perbuatan baik mahupun buruk. Siapa tahu significant kita memberi salam ke kanan dan kiri di akhir solat? Sebenarnya ia adalah salam untuk kedua-dua malaikat yang berada di bahu kanan dan kiri kita.Mari sama-sama kenali, dalami dan beramallah dengan rukun iman yang kedua

No comments: