Wednesday, March 21, 2012

Mummy tite bekal hot dog je


Life’s Brief Candle

To-morrow, and to-morrow, and to-morrow,
Creeps in this petty pace from day to day
To the last syllable of recorded time,
And all our yesterdays have lighted fools
The way to dusty death.
Out, out, brief candle!
Life's but a walking shadow,
a poor player
That struts and frets his hour upon the stage
And then is heard no more:
it is a tale
Told by an idiot,
full of sound and fury,
Signifying nothing

by William Shakespeare

Peace Upon You. Pasti ramai yang kenal dengan poem di ataskan? Basicly apa yang ingin disampaikan oleh penulis adalah betapa singkatnya hidup ini. Itu adalah pandangan dari orang bukan muslim. Kita yang muslim ini, sedarkah yang hidup itu singkat? Hanya sebuah persinggahan? Ini sudah diterangkan dalam Al-Quran

Allah (Yang Menguasai Segala-galanya), Ia mengambil dan memisahkan satu-satu jiwa dari badannya, jiwa orang yang sampai ajalnya semasa matinya, dan jiwa orang yang tidak mati: dalam masa tidurnya; kemudian Ia menahan jiwa orang yang Ia tetapkan matinya dan melepaskan balik jiwa yang lain (ke badannya) sehingga sampai ajalnya yang ditentukan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir (untuk memahaminya).

(Az-Zumar 39:42)

Kalau hendak dikupaskan yang hidup ini hanyalah sebuah persinggahan, memang apa yang akan disentuh adalah, kehidupan seorang pengembara ataupun musafir. Yang berhenti di sesuatu tempat hanya untuk seketika, berehat dan mungkin makan sedikit kemudian mencari bekal simpanan untuk digunakan sebelum tiba ke destinasi seterusnya. Tak la bosan mana, Cuma itu macam direct translation. Pergi mana-mana masjid atau surau akan disentuh perkara yang sama. Ye dak?

Saya dapat ilham untuk menulis entry ini melalui pengalaman lepas. Cuti musim sejuk yang lepas, mummy saya whatsapp kepada saya “Seronok mummy tengok kawan-kawan haikal pergi jalan Turkey la, Europe la. Sian anak mummy duduk kat Egypt je. Tak pa nanti mummy bagi duit nak p jalan-jalan”. Saya just reply “Tak pa la mummy, saya ada satu tempat yang saya nak pergi, tapi saya nak kumpul duit sendiri. ” *Dimanakah tempatnya? Secret2!*.

Bagi saya, sebenarnya ada satu lagi konsep bermusafir yang best atau dengan kata mudahnya, berjalan-jalan cuci mata!. Wah! Seronok kan bunyinya? Tambah-tambah kalau dapat p luar negara, tak kesah la negara jiran ka, Europe ka, mana-mana pon ok. Dapat tengok culture, buildings and history.Kan bagus kalau dapat berjalan-jalan then mendekatkan diri dengan Allah, mengagumi ciptaan ilahi.

Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertakwa (Dialah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya) dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa)

(Al-Baqarah 2: 21-22)

Kata-kata “ hidup ini seperti bermusafir”, bagi saya adalah kata-kata semangat untuk membuatkan kita kurangkan cinta dunia dan selalu sedar akan megumpul bekalan akhirat kita dengan melakukan ibadat. Saya tertarik dengan bagaimana Imam Nawawi membahagikan ibadat itu kepada 3 jenis,

1.Ibadah Hamba – Ibadah yang dilakukan kerana takut kepada Allah

2.Ibadah Saudagar – Ibadah orang yang hendak mendapatkan syurga dan pahala.

3.Ibadah Merdeka - Ibadah yang sebenar kerana menunaikan tanggungjawab, rasa syukur dan berasa malu dengan Allah

Bermusafir dengan niat yang baik dikira sebagai ibadah. Jadinya ditangan kita kini ada beberapa pilihan. Pilihlah niat yang terbaik dalam melakukan ibadat agar bekal kita di akhirat kelak tidaklah kosong macam bawak Tupperware p skolah, tapi orang sebelah ade nuggets, drumsticks and chilli sauce, kita tak kan nak ada hot dogs ayamas ketot je?itupon 2 ketul.kan?kan?

No comments: