Friday, February 3, 2012

Khalifah menawan Gunung Sinai


Peace Upon You. Saya pernah menulis tentang bagaimana Para Anbiya boleh bangun di 2/3 malam untuk mengambil wuduk ketika di musim sejuk. Saya sangat kagum dengan mereka. Kerana bukannya mudah untuk hidup di musim winter ini. Kalau nak kentut pon tahan sebab nak jaga wudhuk. Sejuk sangat!

Kali ini saya diberikan peluang oleh Allah untuk mendaki Gunung Sinai. Sebuah gunung di semenanjung Sinai yang terletak border line antara Israel dan Mesir. Umum mengetahui, puncak gunung tersebut sangat sejuk! Dan disitulah sebenarnya tempat Nabi Musa A.S pergi mengasingkan diri dari pengikutnya.

Apa yang istimewanya Gunung Sinai ini sebenarnya? Tahukah anda yang Gunung Sinai ini disebut beberapa kali dalam Al-Quran. Di dalam Surah Al-Baqarah, Al-Imran dan banyak lagi. Antara Figure penting di sebalik Gunung Sinai ini ialah Duo terhebat sepanjang Zaman iaitu Nabi Musa dan Nabi Harun. Mereka diberikan tugas untuk menyampaikan khabar Islam kepada satu-satunya manusia yang mengatakan dia itu tuhan.

Antara peristiwa yang berlaku di Gunung Sinai ialah, Tempat di mana Nabi Musa menerima wahyu Taurat dari Allah, tempat berlakunya penyembahan Samiri oleh pengikut Nabi Musa, Makam Nabi Harun serta pancutan 12 mata air dari batu iaitu mukjizat Nabi Musa.

Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.

Surah Al-Ahzab : 72

Jika kita lihat, manusia sangat seronok dapat mendaki Sinai, ada yang bangga dengan diri sendiri “Wah! Aku berjaya mendaki Gunung yang banyak sejarah serta sejuk tak tertahan gini!”, itulah sifat manusia. Satu-satunya hamba Allah yang dengan penuh yakin menerima tanggungjawab Khalifah.

Tidakkah engkau mengetahui bahawa segala yang ada di langit dan di bumi tunduk sujud kepada Allah dan (di antaranya termasuklah) matahari dan bulan, dan bintang-bintang, dan gunung-ganang, dan pokok-pokok kayu, dan binatang-binatang, serta sebahagian besar dari manusia? Dan banyak pula (di antara manusia) yang berhak ditimpa azab (disebabkan kekufurannya dan maksiatnya); dan (ingatlah) sesiapa yang dihinakan oleh Allah maka ia tidak akan beroleh sesiapapun yang dapat memuliakannya. Sesungguhnya Allah tetap melakukan apa yang dirancangkanNya.

Surah Al-Hajj : 78

Kita ini sebagai Khalifah di bumi Allah, memijak Gunung Sinai, menawan Gunung tersebut, namun dapatkah kita menandingi gunung yang kita pijak itu bertasbih kepada Allah? Semua makhluk Allah sentiasa bertasbih kepada-Nya. Dimana amalan khalifah Dunia? Yang diangkat darjatnya oleh Allah? Dimana kita?

Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun.

Surah Al-Isra’ : 111.

Jadinya kepada sesiapa yang diberikan peluang untuk mendaki gunung tidak kiralah Gunung Sinai atau apa pun, dari kita mengeluh mendaki gunung, why not kita tukar kepada bertasbih kepada-Nya yang Maha Esa dalam setiap langkah mendaki. Semoga amalan kita diterima Allah insyaAllah.

4 comments:

ilyana yuzzini said...

nice one Dr.Haikal :)
even sedih xdapat pegi pon atleast baca ni dapat imagine sket2

Farah Liyana/ said...

ohh baru tau sejarah sinai :)

ariff haikal said...

thank you! jangan sedih, ada perancangan yang lebih baik dari Dia. inbtwn nie search more bout sinai ok?

ariff haikal said...

banyak lagi sejarah die la farah. same2 search ok?