Peace Upon You. Cuti musim sejuk 2012 saya habiskan dengan percutian ke Sinai dan Dahab. *Cuti la sangat..macam sakit je lebih*. Jujur saya katakan, 2 hari sebelum bertolak ke Sinai, saya diuji dengan sakit demam.Ingatkan biasa saja, tapi teruk la pulak, sampai tidak dapat membantu rakan-rakan yang lain untuk membuat persediaan ke Sinai.Sebenarnya saya di amanahkah untuk menjadi AJK Makanan bagi program ini. Dalam masa itu, saya tidak makan sebutir nasi pun, tenaga hanya dibekalkan dengan chocs.
Hendak dijadikan cerita, sakit demam masih belum sembuh tapi saya masih mengagahkan diri untuk ke Sinai. Kesian melihat rakan-rakan yang lain bertungkus-lumus menjadi AJK Makanan atau nama glamour Unit Osem. Sampai sahaja di Sinai, kami Unit Osem prepare makanan lunch dan dinner. Habis tuh, sepatutnya buat persediaan untuk breakfast pagi esok, namun rakan-rakan yang prihatin menyuruh saya tidur berehat sebab depa kata muka saya macam nak mati.
Tengah tidur ada seorang rakan kejut, “Haikal tak nak tengok budak-budak nie naek bas? Bangunlah atleast tengok dorang bertolak untuk mendaki gunung Sinai” kata Bell. Saya pon bingkas bangun, mendengar taklimat akhir sebelum mereka bertolak. Dalam hati pasrah sebab tak dapat mendaki. Peserta yang lain pon berjalan menuju ke bas. Tiba-tiba hati saya terdetik
“Aku pernah post something about Nabi Musa di gunung Sinai, itu sebabnya aku ada kat sini. Kalau tunggu tahun depan, takut umur pendek pulak”
Tanpa berfikir panjang, sarung satu skinny jean, dan lagi 2 lapis jeans. Capai beg dan bagi tahu Unit Osem lain yang saya ingin mendaki. Inilah sebenarnya post yang saya tulis semasa di tahun satu ;
“ketika ku keluar sebentar di jendela..memijak lantai..fuh!macam pijak atas ketul ais.tetapi merenung sejenak ke langit..melihat gugusan awan yang nipis disinari cahaya rembulan, terdetik dihati ku, tanah yang ku pijak ini adalah tanah para anbia.begitu suci tanah ini..lalu terdetik hati ku, wahai RasulAllah Musa, bagaimana keadaan mu di pergunungan Sinai, menyendirikan diri untuk beribadat kepada yang Maha Esa..sungguh cekal hati mu..akhirnya laungan azan subuh menyentak diri ku yang sedang mengelamun”
Jadinya, saya mendaki gunung Sinai untuk merasa sendiri apa yang Nabi Musa rasakan dahulu. Semua maklum yang puncak Gunung Sinai tiada air dan sangat sejuk. Kamu perlu menjaga wudhuk ataupun bertayamum di atas puncak nanti untuk solat.
Setibanya di puncak, sangat sejuk! Angin kuat, walaupun memakai bajuk sejuk 3 lapis, tidak dapat tertahan kesejukkan di atas sana. Bagi sesiapa yang ingin mengambil wudhuk, memang hilang akal la gamaknya. Saya hanya mampu bertayamum sebab terkentut awal pendakian. Itulah kali pertama selama 20 tahun hidup, saya bertayamum. Pengalaman bersolat subuh di atas sebuah batu dan di atas Gunung Sinai, itu pengalaman yang tidak dapat saya gambarkan
Akhirnya, saya ingin mengaku saya tewas kepada Nabi Musa, tidak mungkin saya sanggup naik ke atas itu secara regular untuk mengasingkan diri, tidak mungkin saya dapat beribadat dengan selesa di atas sana, namun Baginda dapat menemui ketenangan di atas sana. Owh..aku tertewas
No comments:
Post a Comment