Tuesday, February 28, 2012

Anak Malaysia di Ejip


Peace Upon You. Saya tahu, ramai yang bila melihat kelibat rakyat Indonesia di Malaysia, kita rasa macam “err..low class” or “tak sama taraf kot kita ni”. Tipu kalau saya pun tidak terdetik begitu, kerana bagi kita mereka ini datang ke Malaysia untuk menjadi buruh kasar, pembantu rumah dan semua kerja-kerja lain yang rakyat Malaysia yang dikatakan bermaruah tidak mahu buat.

Kita bangga dengan Malaysia, dikatakan sebuah negara membangun. Antara negara Dunia Ketiga yang menjadi contoh, kita ada Industri Automobil sendiri, kita ada Menara Berkembar Petronas, kita antara pengeluar minyak kelapa sawit yang besar di dunia dan banyak lagi pencapaian Malaysia. Saya Bangga menjadi Anak Malaysia.

Tapi cuba anda datang ke Mesir. Semua itu akan berubah, kita yang sebelum ini berjalan kepala mendongak ke atas, sampai ke Mesir, kepala menunduk.Kerana apa? Kerana rata-rata rakyat Mesir menganggap yang Malaysia itu adalah negara yang mundur, lebih mundur dari mereka. Kadang-kadang orang Malaysia di Mesir menjadi bahan ketawa ataupun ejekan kepada kanak-kanak di sini.

Seriously, Rakyat Malaysia di anggap bodoh je bila berada di Mesir. Sudahlah saiz badan kecil *saya hanya memperkatakan saiz badan sahaja ya. Saiz lain namo cakap*, kemudian tidak reti berbahasa arab. Bagi mereka tidak dapat berbahasa arab, kemungkinan besar kita bukan Islam. Dan yang paling hebat, Rakyat mesir menganggap semua orang Asia adalah rakyat China. Bayangkan knowledge yang ada pada mereka tentang outside world

Macam-macam reaksi orang Malaysia bila diperlekehkan sebegitu, ada yang menyumpah seranah orang arab, ada yang mengatakan “aku letak seketul KLCC sini baru dorang tahu”, ada juga yang melawan tidak kurang jugak bertindak secara fizikal kepada kanak-kanak yang mempersendakan mereka.

Pernahkah kita terfikir, sekiranya mereka ini berpendidikan, mereka tidak akan memandang kita sedemikian rupa. Setiap kali saya di ejek, terlintas sedih di hati saya “Kesian kau nie, tak di beri peluang melihat dunia luar. Tapi nak berlagak Mesir gempak”. Ramai penduduk Mesir yang tidak berpendidikan, bagi saya negara ini sangat daif dan jauh jurang antara yang berada dan yang miskin. Namun majoritinya pastilah golongan miskin. Golongan inilah yang boleh dilabel sebagai bodoh sombong, selalu mempersedakan rakyat Malaysia. Tapi seperti saya katakan tadi, kita tidak boleh salahkan mereka, ini kerana mereka sebenarnya jahil tentang dunia luar.

Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun, dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini;

Surah Al-Furqan : 63

(And the slaves of theMost Benificient are those who walk on the earth in humility ad sedateness) meaning, the slaves of Allah are those who walk with serenity and modesty with no pride or arrogance (and when the foolish address them) meaning with bad words (they reply back with mild words of gentleness) meaning when the ignorant people have offended the wth bad words, but they forgive and overlook, saying nothing but what is good; the words they are which evade them their being with burden of erring laden

Tafseer Al – Jalalayn Surah Al- Fulqan : 63

Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang tidak menghadiri tempat-tempat melakukan perkara-perkara yang dilarang, dan apabila mereka bertembung dengan sesuatu yang sia-sia, mereka melaluinya dengan cara membersihkan diri daripadanya.

Surah Al-Furqan : 72

(and those who do not witness falsehood) meaning, they never attend where falsehood takes place, ( and if they pass by some evil play or evil talk, they pass by it with dignity) meaning, and if it happens that they pass by it, they turn their faces in aversion.

Tafseer Al- Jalalayn Surah Al-Furqan : 72

Selepas ini, mungkin kita boleh mengambil pengajaran dari ayat di atas, ucaplah kembali kata-kata yang baik kepada mereka, terangkan bagaimana keadaan di Malaysia ataupun boleh ambil iktibar dari ayat ke dua, tinggalkan segera tempat itu kerana mungkn ia dapat mengelakkan kita daripada tidak dapat mengawal perasaan amarah.

Friday, February 24, 2012

Korean Songs


Peace Upon You. Saya ni baru kena virus “Korea”. Sejujurnya sebelum ini kurang suka dengan movie-movie korea, tapi Family outhing telah merubah segalanya! Hahaha. Walaupun saya kurang berminat dengan movie-movie korea ataupun retis-retis jambu korea, namun tidak dapat di sangkal, saya sangat mengkagumi lagu-lagu dari negara tersebut yang berentak slow balada. Kalau lagu jiwangya, sangat jiwang dan menusuk kalbu. Lirik-liriknya yang lembut dialunkan dengan rhythm lagu yang slow..fuh! . Saya juga pernah terfkir, kalaulah lagu-lagu korea ini di’ google translate’ kan ke bahasa melayu, for sure meletop lagu tu. Tengok saja lagu Sonata Musim Salju by Hazami and Pergi by Aizat. Kedua-dua lagu tersebut sangat memberi impak dalam hati sanubari rakyat Malaysia.

Tutup buku pasal lagu korea, kita beralih kepada penyanyi-penyanyi yang diaugerahkan Allah dengan suara yang sedap, mendengar mereka merintih di dalam lagu, menyampaikan kasih sayang di dalam lagu dan juga merayu-rayu di dalam lagu. Seriously saya sangatlah jealous dengan mereka. Iyelah, saya ni tahap dok nyanyi dalam toilet sambil basuh dulang-dulang boleh la. Itupon orang complaint kata tak sedap. *ade aku kesah? Flip hair*.

Alhamdulillah saya dikurniakan kawan sekeliling yang boleh menyanyi, azannya sedap, bacaan ketika mejadi imam sedap, kalau bab nasheed apatah lagi kan? Mereka ini yang membuatkan saya terasa “Wah, untungnya, ada suara sedap dan menggunakan anugerah dari Allah tu untuk kembali kepada-Nya”. Kadang-kadang lepak dengan dorang, dapat dengar nyanyi lagu-lagu nasyid yang rare. *mungkin rare bagi saya je kot sebab mana pernah layan nasyid selain Raihan and Rabbani ckit2*.

Namun hendak di relatekan di sini antara lagu korea plus lagu nasheed yang mendayu-dayu , sebenarnya ada satu lagu pintu dalam Islam berkaitan seni suara iaitu Qasidah. Qasidah ni sebenarnya adalah poem yang dijadikan lagu dalam bahasa mudahnya dan antara Qasidah yang fofular ialah Qasidah Burdah yang di tulis oleh Imam Al-Busuri seorang Sheikh yang menetap dan dimakamkan di Alexandria, Egypt.

Untuk pengetahuan umum, Imam Al-Busuri selesai menulis 10 chapter Qasidah burdah dengan menggunakan hanya sebelah tangan dan otak. Hehe. Kenapa saya berkata begitu? Kerana beliau menulis Qasidah Burdah ini sewaktu beliau mengalami angin ahmar di separuh badan ataupun dalam medical terms hemiplesia. Dan satu lagi kisah, setelah selesai beliau menulis kesemua Qasidah Burdah, beliau bermimpi berjumpa RasulAllah dan dengan izin Allah, bangkit dari tidur, beliau sihat seperti sedia kala.

2 tahun lepas baru saya sedar akan kewujudan Qasidah ini selepas melawat Makam Sheikh Imam Al-Busuri, tapi dalam cuti winter yang lepas, ketika saya menyertai lawatan ke Sinai-Dahab, saya diperkenalkan dengan satu lagi Qasidah oleh Haziq Aiman iaitu Qasidah Imam Rusli. Saya dah la tengah demam teruk, dok selubung badan dengan selimut tetiba Haziq masuk bilik kata “Haikal, aku nak bukak madih boleh? Tak ganggu kau rehat ke?”, Saya pon just reply “Pasanglah, aku pon nak dengar,”. Sambil pasang tu haziq terangkan serba sedikit tentang Qasidah itu. Mari kita lihat bait-bait lagu Qasidah Rusli ini ;

Ya Imam segala Rasul, engkaulah sandaran ku,
Engkau itu selepas Allah muktamad bagi ku,
Sesungguhnya demi dunia dan akhirat ku,
Ya Rasulullah sambutlah tangan ku

Smartkan? Boleh lawan tak lagu-lagu jiwang melayu? Mungkin kita boleh lebih menerokai Qasidah-qasidah sedia ada, dan melihat bagaimana ada segolongan umat Nabi Muhammad S.A.W menyalurkan cinta kepada manusia mereka untuk orang yang selayaknya iaitu Nabi Muhammad S.A.W.

Tidaklah saya katakan yang kita perlu dengar Qasidah yada..yada..yada. No, lagu-lagu sedia ada sudah memadai untuk merawat hati ataupun menjadi santapan rohani masing-masing, Cuma saya ingin memperkenalkan, lagi satu cabang untuk menyampaikan rindu di hati yang tidak terkata ini boleh juga dilakukan melalui Qasidah. Kepada yang berminat, silakan terokai sendiri apa itu Qasidah. Type kat youtube Qasidah Imam Rusli. Atau tekan Qasidah Imam Rusli

Thursday, February 16, 2012

Aku Yang Tertewas


Peace Upon You. Cuti musim sejuk 2012 saya habiskan dengan percutian ke Sinai dan Dahab. *Cuti la sangat..macam sakit je lebih*. Jujur saya katakan, 2 hari sebelum bertolak ke Sinai, saya diuji dengan sakit demam.Ingatkan biasa saja, tapi teruk la pulak, sampai tidak dapat membantu rakan-rakan yang lain untuk membuat persediaan ke Sinai.Sebenarnya saya di amanahkah untuk menjadi AJK Makanan bagi program ini. Dalam masa itu, saya tidak makan sebutir nasi pun, tenaga hanya dibekalkan dengan chocs.

Hendak dijadikan cerita, sakit demam masih belum sembuh tapi saya masih mengagahkan diri untuk ke Sinai. Kesian melihat rakan-rakan yang lain bertungkus-lumus menjadi AJK Makanan atau nama glamour Unit Osem. Sampai sahaja di Sinai, kami Unit Osem prepare makanan lunch dan dinner. Habis tuh, sepatutnya buat persediaan untuk breakfast pagi esok, namun rakan-rakan yang prihatin menyuruh saya tidur berehat sebab depa kata muka saya macam nak mati.

Tengah tidur ada seorang rakan kejut, “Haikal tak nak tengok budak-budak nie naek bas? Bangunlah atleast tengok dorang bertolak untuk mendaki gunung Sinai” kata Bell. Saya pon bingkas bangun, mendengar taklimat akhir sebelum mereka bertolak. Dalam hati pasrah sebab tak dapat mendaki. Peserta yang lain pon berjalan menuju ke bas. Tiba-tiba hati saya terdetik

“Aku pernah post something about Nabi Musa di gunung Sinai, itu sebabnya aku ada kat sini. Kalau tunggu tahun depan, takut umur pendek pulak”

Tanpa berfikir panjang, sarung satu skinny jean, dan lagi 2 lapis jeans. Capai beg dan bagi tahu Unit Osem lain yang saya ingin mendaki. Inilah sebenarnya post yang saya tulis semasa di tahun satu ;

“ketika ku keluar sebentar di jendela..memijak lantai..fuh!macam pijak atas ketul ais.tetapi merenung sejenak ke langit..melihat gugusan awan yang nipis disinari cahaya rembulan, terdetik dihati ku, tanah yang ku pijak ini adalah tanah para anbia.begitu suci tanah ini..lalu terdetik hati ku, wahai RasulAllah Musa, bagaimana keadaan mu di pergunungan Sinai, menyendirikan diri untuk beribadat kepada yang Maha Esa..sungguh cekal hati mu..akhirnya laungan azan subuh menyentak diri ku yang sedang mengelamun”

Jadinya, saya mendaki gunung Sinai untuk merasa sendiri apa yang Nabi Musa rasakan dahulu. Semua maklum yang puncak Gunung Sinai tiada air dan sangat sejuk. Kamu perlu menjaga wudhuk ataupun bertayamum di atas puncak nanti untuk solat.

Setibanya di puncak, sangat sejuk! Angin kuat, walaupun memakai bajuk sejuk 3 lapis, tidak dapat tertahan kesejukkan di atas sana. Bagi sesiapa yang ingin mengambil wudhuk, memang hilang akal la gamaknya. Saya hanya mampu bertayamum sebab terkentut awal pendakian. Itulah kali pertama selama 20 tahun hidup, saya bertayamum. Pengalaman bersolat subuh di atas sebuah batu dan di atas Gunung Sinai, itu pengalaman yang tidak dapat saya gambarkan

Akhirnya, saya ingin mengaku saya tewas kepada Nabi Musa, tidak mungkin saya sanggup naik ke atas itu secara regular untuk mengasingkan diri, tidak mungkin saya dapat beribadat dengan selesa di atas sana, namun Baginda dapat menemui ketenangan di atas sana. Owh..aku tertewas

Friday, February 3, 2012

Khalifah menawan Gunung Sinai


Peace Upon You. Saya pernah menulis tentang bagaimana Para Anbiya boleh bangun di 2/3 malam untuk mengambil wuduk ketika di musim sejuk. Saya sangat kagum dengan mereka. Kerana bukannya mudah untuk hidup di musim winter ini. Kalau nak kentut pon tahan sebab nak jaga wudhuk. Sejuk sangat!

Kali ini saya diberikan peluang oleh Allah untuk mendaki Gunung Sinai. Sebuah gunung di semenanjung Sinai yang terletak border line antara Israel dan Mesir. Umum mengetahui, puncak gunung tersebut sangat sejuk! Dan disitulah sebenarnya tempat Nabi Musa A.S pergi mengasingkan diri dari pengikutnya.

Apa yang istimewanya Gunung Sinai ini sebenarnya? Tahukah anda yang Gunung Sinai ini disebut beberapa kali dalam Al-Quran. Di dalam Surah Al-Baqarah, Al-Imran dan banyak lagi. Antara Figure penting di sebalik Gunung Sinai ini ialah Duo terhebat sepanjang Zaman iaitu Nabi Musa dan Nabi Harun. Mereka diberikan tugas untuk menyampaikan khabar Islam kepada satu-satunya manusia yang mengatakan dia itu tuhan.

Antara peristiwa yang berlaku di Gunung Sinai ialah, Tempat di mana Nabi Musa menerima wahyu Taurat dari Allah, tempat berlakunya penyembahan Samiri oleh pengikut Nabi Musa, Makam Nabi Harun serta pancutan 12 mata air dari batu iaitu mukjizat Nabi Musa.

Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.

Surah Al-Ahzab : 72

Jika kita lihat, manusia sangat seronok dapat mendaki Sinai, ada yang bangga dengan diri sendiri “Wah! Aku berjaya mendaki Gunung yang banyak sejarah serta sejuk tak tertahan gini!”, itulah sifat manusia. Satu-satunya hamba Allah yang dengan penuh yakin menerima tanggungjawab Khalifah.

Tidakkah engkau mengetahui bahawa segala yang ada di langit dan di bumi tunduk sujud kepada Allah dan (di antaranya termasuklah) matahari dan bulan, dan bintang-bintang, dan gunung-ganang, dan pokok-pokok kayu, dan binatang-binatang, serta sebahagian besar dari manusia? Dan banyak pula (di antara manusia) yang berhak ditimpa azab (disebabkan kekufurannya dan maksiatnya); dan (ingatlah) sesiapa yang dihinakan oleh Allah maka ia tidak akan beroleh sesiapapun yang dapat memuliakannya. Sesungguhnya Allah tetap melakukan apa yang dirancangkanNya.

Surah Al-Hajj : 78

Kita ini sebagai Khalifah di bumi Allah, memijak Gunung Sinai, menawan Gunung tersebut, namun dapatkah kita menandingi gunung yang kita pijak itu bertasbih kepada Allah? Semua makhluk Allah sentiasa bertasbih kepada-Nya. Dimana amalan khalifah Dunia? Yang diangkat darjatnya oleh Allah? Dimana kita?

Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun.

Surah Al-Isra’ : 111.

Jadinya kepada sesiapa yang diberikan peluang untuk mendaki gunung tidak kiralah Gunung Sinai atau apa pun, dari kita mengeluh mendaki gunung, why not kita tukar kepada bertasbih kepada-Nya yang Maha Esa dalam setiap langkah mendaki. Semoga amalan kita diterima Allah insyaAllah.