hari pertama mendaftarkan diri di STAR IPOH, hidung sudah dapat mengesan sejenis bau yang tidak dapat digambarkan oleh kata-kata .satu aroma yang tidak dapat dilupakan. Mungkin boleh digunakan sebagai anaestetic kerana 20-26 orang lelaki dalam satu ruang yang di panggil dorm.
Yang menariknya tentang aroma ini kerana ada yang mengatakan ini adalah aroma persahabatan ataupun dengan kata lain atmosphere ukhwah di bina bukan sahaja di bawah satu bumbung tetapi di dalam satu ruang kecil.
Bagaimanakah 20-26 orang pelajar semua lelaki dapat berdamai dan hidup seperti adik-beradik. Ingin saya ketengahkan semuanya di sini.
Kita mulakan dengan setiap pagi, warden akan masuk dan kejut untuk bangun subuh. bermacam-macam cara dan semuanya hard core. Ada yang tiup wisel, ada yang bawak kayu kriket, ada yang bawa rotan dan terus melibas pelajar. Kasihan pelajar yang katilnya berdekatan dengan pintu. Mestilah dia orang pertama yang akan kena libas*saya katil tengah2*.bila terdengar ngerangan rakan di libas satu dorm terjaga.pelajar yang berdekatan pintu seperti kambing hitam untuk dorm. Kasihan dia, hanya satu cara untuk mengelak dari dilibas dengan menggantung di hujung katil papan tanda “saya anak Dato’ Lukman”*hahahahaha!*. Kemudian ada warden yang datang dengan membawa air dan cebuk kemudian terus menyimbah semua pelajar. Memang terkejut bila bangun tetapi setiap kali saya dikejutkan dengan cara begini saya bangun dan tersenyum kerana saya hanya akan basah di bahagian dada dan rakan-rakan lain di muka terus! Bangun muka tak puas hati je semua.
Kemudian kisah tentang orang yang duduk di hujung dorm lagi, selalunya di hujung dorm lah terdapat suis kipas lampu dan soket elektrik. Apa lagi kerja mereka, tolong tutup lampu lah malam-malam. Kadang-kadang dapat sumpah seranah free bila tutup lampu dan ada sesetengah pelajar yang masih belajar contohnya “B*** LAA! ORANG TENGAH BUAT KERJA NIE.ESOK NAK HANTAR.AGAK-AGAK LA”. Tidak cukup dengan itu, kadang-kadang jika pada waktu malam, ada yang mahu cas handphone, orang hujung dorm la perlu menjaga phone tersebut.sampai ada yang memeluk handphone kawan sambil tertidur. Itu kira baik lagi, ada yang sanggup bila kawan hujung dorm sudah tidur mereka cas handphone kemudian meletakkan phone tersebut di tempat XXX. Cuba banyangkan kalau handphone tuh vibrate? Tak ke melompat kawan tadi tengah tidur sebab ada something dalam seluar.
Kemudian waktu ingin mandi pagi, macam-macam gelagat boleh Nampak, ada yang hanya bawak berus gigi dengan ber’boxer’ dan tuala di bahu kemudian sudah ada siap-siap secotek syampu di atas kepala. Ada yang memakai baju dan bertuala ke tandas. Ada yang hanya masuk buta-buta jah bilik mandi. Pinjam sabun orang sebelah kemudian keluar lari masuk dorm lap badan dalam dorm. Tak dilupakan juga waktu menunggu giliran mandi. Ada yang tertidur sambil berdiri. Untuk pengetahuan pintu bilik mandi STAR hanya setinggi 6 kaki. Jadi siapa ketinggian lebih kurang 6 kaki, jongket sedikit boleh Nampak apa didalam.haha!*tinggi saya 6 kaki!*
Kemudian waktu tidur malam, macam-macam karenah, ada yang tidur awal, ada yang tidur pukul 2 pagi, ada yang tidur lambat kemudian pergi geletek kaki kawan yang sedang tidur. Tetapi ada seorang pelajar yang sukar tidur waktu malam dan sering keseorangan dan dikatakan sering menumpang katil orang ketika tidak boleh tidur*tapi tak pernah naik katil saya*.Tapi memori yang tak dapat dilupakan, ketika itu saya sudah masuk dalam selimut *style tido selimut sampai kepala macam pocong*apabila saya nampak dia naik ke katil sebelah saya, duduk dihujung katil sahaja di menumpang, kemudian terdengar ‘PANG!!’ bunyi orang terjatuh katil. Rupanya di di tendang secara tidak sedar oleh tuan punya katil.sakit woo jatuh katil double decker.
Kehidupan dalam dorm banyak mengajar seseorang untuk bertoleransi dan bersabar, contohnya siapa di katil bawah mesti katilnya jadi port landing bila balik sekolah. Sebelum pergi sekolah tegang je katil sampai balik duit syiling pon melanting, balik-balik kawan dengan air liur basi dah sedap berehat. Kemudian berkongsi-kongsi maggi*a.k.a kene pau ngan senior*.itu semua lumrah biasa kehidupan dalam dorm.tidak lupa ada juga yang makan berdekatan dengan locker.kepala jah dalam locker.sebab tak mau di ‘PAU’ oleh rakan-rakan lain.
Kemudian jika ada yang sakit, rakan sedorm la akan teman ke hospital. siapa tak mahu peluang keluar sekali sekala di waktu malam secara official*rasa lain keluar dengan kereta cikgu dengan balik naik kereta cikgu sebab kena tangkap fly.*. tak pon teman rakan sakit ke sickbay, boleh dapat karipap free, donut free..niat hanya meneman rakan yang sakit.haha
Untuk sesiapa yang berperangai ‘pelik’ yang mana kurang bergaul dengan orang ataupun tidak boleh bertoleransi akan berubah menjadi lebih baik.mana tidaknya, balik-balik katil dah terbaik, balik2 locker pecah, balik-balik dorm tilam kat court takraw.lama-lama mereka akan berubah untuk lebih bertolerasi.
Saya kira semua faktor-faktor ini yang merapatkan hubungan kami satu batch dan melahirkan seorang insan yang tahu apa itu kehidupan bermasyarakat dan bagaimana untuk berinteraksi dengan orang-orang pelik.
11 comments:
hahahaha..tringat aku mase kat mtrx..korg mst pk pompuan tak se'dasyat' korang kan..but well, bia ia menjadi rahsia..hahaha
aku benci gila jogras tu je
hahahaha
kenangan tringat namji mat homesick dlu
kah kah kah
izzul-tuh mmg musuh ketat kau.6g mmg comel.hahaha
haha..woit!! agak2 la k gorie mgata gurl mcm 2:D
walawei... kenangan tu ... hepy brthday to 048... :)
ni terasa nk share gak cite dlu2 nih...
"Saya kira semua faktor-faktor ini yang merapatkan hubungan kami satu batch dan melahirkan seorang insan yang tahu apa itu kehidupan bermasyarakat dan bagaimana untuk berinteraksi dengan orang-orang pelik."
jap jap, adakah kak faz termasuk golongan 'pelik' ?
hahahha
:D
mal aku pon terasa nak buat entry mcm nie!
orang2 pelik di sini membawa maksud orang yang susah menerima pandangan orang lain dan sukar untuk bertoleransi
sgt rndu zmn hostel bla bca post ni,haha..
teruk mna msa hostel dlu,xble lwn ngn friendship yg kta dpt,hoho..sgt best!!
nk nanges pn ade lps bce nih..
kdg2 ade gak rse rndu nk blk dok asrama, sbb rndu nk 'menyetan'.. hakhak!
Post a Comment