Lelaki itu,
lahir sebagai anak yatim tapi berperibadi tinggi
bagaimana pula kita yang lahir beribu dan ayah?
Lelaki itu,
Hidup mengembala kambing dari kecil tapi masih berjaya,
Apakah yang kita dapat lakukan walaupun baru berumur 3 tahun sudah di hantar ke tadika
Lelaki itu,
Mengasingkan diri untuk berfikir berkenaan ummah sehingga ke dalam gua
Tapi kita yang lepasan university, pernahkan terpikir perihal ummah?
Lelaki itu,
Kematian ramai orang tersayang termasuk anak-anak dia, tapi masih berjuang
Apakah boleh dibandingkan kita yang menangisi dan meratapi seumur hidup pemergian orang tersayang walaupun seorang
Lelaki itu,
Menggeletar demam dan ketakutan mendapat tanggungjawab,
Bagaimana pula kita yang berlumba-lumba mendapatkan jawatan?
Lelaki itu,
Mendapat mukjizat dan di bersihkan hati oleh Allah
Wajarkah kita yang baru berbuat baik sedikit merasakan diri sudah maksum?
Lelaki itu,
Berdakwah selama 23 tahun penuh dengan penuh sabar,
Apakah kita yang baru setahun jagung berdakwah sudah mahu melenting?
Lelaki itu,
Muhammad bin Abdullah.
Penerang Dunia dan Akhirat
1 comment:
Assalam...:)
Selawat dan Salam buat
Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW...;)
Pekerti Baginda tiada tandingan!!:)
Post a Comment