Thursday, October 21, 2010

Degawan

Ini adalah sebuah entry khas untuk “pak guard” STAR. Semuanya bermula semasa jamuan akhir tingkatan 5 di STAR Ipoh. Selepas semua guru pulang, kami menjemput pak guard untuk duduk semeja dan bersantai sambil menikmati jamuan.untuk pengetahuan umum pak guard STAR mempunyai kuasa immunity yang kuat dari warden untuk tangkap pelajar ‘fly’ or even rampas handphone.

Namun di malam-malam terkahir.Kata disusun rapi, pendahulan makanan di berikan. Kemudian terus ke agenda sebetulnya

“pak cik, kami nak mintak maaf sebab banyak menyusahkan pak cik”

Untuk keluar perkataan maaf dari pelajar STAR bukannya mudah,mesti ada sebab di sebaliknya

Pertama. Kami pernah menyorokkan kunci motor Degawan (pak guard mempunyai muka seiras dengan watak dalam Susuk). Ceritanya, setiap malam pak guard akan round block pada pukul 11.45 malam. Tetapi malam tersebut ada hamba Allah mana ntah menjerit “DEGAWAN BOTAK!!”. Degawan pon apa lagi, terus parking motor di corridor dan naik ke block form 5. Masuk ke dalam dorm dia menjerit “Sapa yang berani sangat tadi?”. Tanpa di hidu oleh Degawan, ada sebuah pasukan infrantri telah di hantar untuk misi menyembunyikan kunci motor degawan. Kunci hanya di sembunyikan di bawah seat motor. Selapas penat degawan di dalam dorm mengamuk orang memanggilnya botak. Di turun untuk kembali ke post pak guard. Alangkah “bahagianya” melihat motor yang sebentar tadi belum di matikan enjin kini sudah senyap. Mungkin sudah penat mengamuk tadi, di hanya menjerit-jerit di sekitar koridor mencari kunci yang di sorok.

Kedua. Degawan and the geng selalu curi tidur di bawak block academic atau lebih tepat anjung tamu.anjung tamu ini sebuah tempah yang sungguh indah kerana di hadapannya terbentang luas padang besar yang memuatkan 3 padang rugby dan 2 padang hoki. Sambil degawan and the geng menikmati tidur mereka ditiupi dengan bayu padang, kami yang baru pulang dari stay up di class mengammbil torch light(bende nie besa weyh.torch light yang battery besar penumbuk) mereka dah suluh tepat kemuka mereka satu per satu. Macam-macam ragam muka yang dapat di lihat. Tiba-tiba..seorang dari pak gurad terjaga dan menjerit ‘hoi!’.lintang pukang kami lagi ke arah padang sambil membawa torch light. Bukan niat nak mencuri, tapi terlupa. Terdengar sayup-sayup pak guard menjeri “lampu aku!”. Baru lah kami campak torch light tersebut di tengah padang dan meneruskan larian marathon sebentar tadi.

Itu lah antara sebab musabab kami memintak maaf kepada pak guard. Tetapi bila kata maaf di ucapkan, tanpa di sangka degawan membalas

“Aku suka dengan hangpa semua nie. Aku ni bekas komando. Pak cik sebelah aku nie pon komando. Yang lagi satu plak pasukan khas komando payung terjun. Kami dah bersara. Lama tak” in action”.dapat jaga hang pa nie. Seronok pulak kami main-main.”

WHAT!!! All this time kitorang kacau rupanya komando??. Selamat malam last baru tau.kalau awal-awal tau, kami mesti jadi budak yang baik!

Thanks pak guard for everything. Jaga kami tidur, kejot kami subuh, main kejar-kejar sekitar STAR dan juga main police and thieves sewaktu kami ‘fly’.

2 comments:

zhafran AT said...

hebat ah kite, bergurau senda dgn komando! aha :D

Zaidi Sarifuddin said...

haha.. komando rupenye degawan.. mantap2.. haha