Friday, October 1, 2010

raya!

Ramadhan sudah meninggalkan kita 23 hari, jarang dapat di lihat status update seperti 'i miss ramadhan' atau 'bila kamu mahu kembali lagi ramadhan?'.dalam keriangan kita menyambut hari raya yang dikatakan hari kemenangan, pernahkah kita terfikir, apakah yg kita telah menangi atau apa sebenarnya yang kita raikan?

Saya sangat menunggu hari raya puasa tahun ini, kerana mungkin akan terjawab persoalan saya di akhir ramadhan.persoalan yang bermain di benak hati ketika tiba bulan ramadhan ialah 'mengapa aku berpuasa di bulan ramadhan?'.pernahkah soalan sebergini di tanya kepada diri sendiri?

Maksud puasa dari buku teks di sekolah dulu ialah menahan diri dari lapar dan dahaga, serta dari melakukan perkara yang membatalkan puasa dari terbitnya fajar sehingga terbenam matahari.

Justeru, jika di tanya mengapa berpuasa, jawapan pertama kita ialah untuk menahan diri dari lapar dan dahaga.itu sahajakah?mengapa perlu kita mengikat perut sampai sebegitu sekali?

Mungkin bagi yang berfikir panjang, mereka akan membalas, 'sebab Allah nak bagi kita rasa, apa yang orang miskin rasa.mereka tidak dapat makan'.kepada siapa yang menjawab seperti ini, boleh saya bertanyakan satu soalan 'adakah lauk berbuka kamu sama dengan lauk berbuka fakir miskin?'.

Bagi saya mengapa saya perlu berpuasa adalah kerana ia merupakan rukun islam yang ketiga.jika tidak melaksanakannya..haha.fikir lah sendiri.

Kedua adalah untuk menunjukkan islam adalah agama yang adil, Allah tidak memandang harta atau pangkat, semua umat islam perlu berpuasa.cuma yang membezakannya adalah bagaimana kita mengimarahkan bulan ramadhan dan juadah berbuka.adakah kita dapat menahan nafsu dari membazir di ketika berbuka.

Sebab terakhir mengapa sape perlu berpuasa adalah kerana ia merupakan 'The Ultimate Test ' kepada diri sendiri kerana telah dinyatakan berulang kali di dalam Al-Quran yang syaitan adalah musuh kita yang nyata,

"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan , dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan, Sungguh, ia musuh yang nyata bagimu"

Surah Al-Baqarah : 208

tetapi pada bulan ramadhan mereka di rantai oleh Allah.ini adalah platform terbaik untuk saya melihat diri saya, muhasabah kembali bagaimana diri saya tanpa gangguan syaitan.adakah sama?ataupun lebih teruk.

so find your own reason why are you fasting.

No comments: