Peace Upon You. Recently, Rancangan "Lau Kana
Bainana" (Sekiranya Rasulullah Berada di Antara Kita) menjadi
fenomena, berjaya menitiskan air mata ramai orang melalui satu respond seorang
wanita berpurdah menangis bila ditanya apa yang kamu akan buat sekiranya
Rasulullah berada di antara kita. Hati mana tidak tersentak, bila mana diingatkan tentang
sunnah Rasullullah, kemudian dilihat keadaan masyarakat kini.
Wahai Tuhanku, kami
telah lalai lupa.
Namun setiap orang
daripada kami tetap tamakkan.
Keampunan-Mu, dan
sifat pemurah-Mu,
Dan kebebasan daripada api neraka-Mu,
Dan juga syurga bersama Penghulu seluruh manusia.
Kami mohon...Kami mohon pada-Mu,
Wahai Tuhanku dari sudut hati yang paling dalam.
Andainya Kekasih-Mu (Muhammad) masih berada bersama-sama kami,
Akan terlunaslah segala hutang dan semakin hampirlah,
Dengan haruman baginda sebelum hilangnya
Rasa yang meronta-ronta untuk berada hampir dengan kekasih-Mu.
Berada berhampirannya jiwa turut menjadi harum
Dan apa jua yang kalian doakan kepada Allah akan diperkenankan.
Cahaya Nabi Muhammad tidak akan pernah sirna.
Sempatkanlah kami bertemu dengan Baginda,
Wahai Tuhan yang Maha Merperkenankan doa hamba.
Hidayahmu kepada alam merata luas
Tanda hampirnya kasih sayang Tuhan Pemberi Hidayah.
Hadis-hadismu ibarat sungai mengalir jernih.
Berada disisimu bagaikan dahan yang tumbuh segar dan basah.
Dan kebebasan daripada api neraka-Mu,
Dan juga syurga bersama Penghulu seluruh manusia.
Kami mohon...Kami mohon pada-Mu,
Wahai Tuhanku dari sudut hati yang paling dalam.
Andainya Kekasih-Mu (Muhammad) masih berada bersama-sama kami,
Akan terlunaslah segala hutang dan semakin hampirlah,
Dengan haruman baginda sebelum hilangnya
Rasa yang meronta-ronta untuk berada hampir dengan kekasih-Mu.
Berada berhampirannya jiwa turut menjadi harum
Dan apa jua yang kalian doakan kepada Allah akan diperkenankan.
Cahaya Nabi Muhammad tidak akan pernah sirna.
Sempatkanlah kami bertemu dengan Baginda,
Wahai Tuhan yang Maha Merperkenankan doa hamba.
Hidayahmu kepada alam merata luas
Tanda hampirnya kasih sayang Tuhan Pemberi Hidayah.
Hadis-hadismu ibarat sungai mengalir jernih.
Berada disisimu bagaikan dahan yang tumbuh segar dan basah.
Kutebus diriku dengan dirimu wahai Kekasihku.
Nabi Muhammad yang mulia lagi asing
Berada berhampiranmu jiwa menjadi harum
Wahai yang diutuskan sebagai tanda kasih sayang,
Tuhan kepada seluruh Alam
Wahai Kekasihku Wahai Muhammad
Wahai pengubat hatiku Wahai yang terpuji
Dirimu memiliki kelebihan yang diakui
Oleh Tuhan yang turut berselawat kepadamu.
Di atas adalah lirik lagu Lau Kana Bainana. Sedih kan?
Nampak sangat kita mendayu-dayu mengaku kesalahan serta mengharap belas kasihan
dari dua cinta paling atas kita iaitu Allah dan Rasul-Nya.
Tapi kita selalu terperangkap memikirkan “sekiranya
Rasulullah bersama kita”. Dengan perasaan ini, ia hanya membawa kita kepada
regret instead of repent.
Kenapa tidak kita memikirkan “Sekiranya Aku hidup di Zaman Rasulullah”.
Mengapa saya bangkitkan persoalan ini? Kerana bagi saya, dengan cara ini kita
dapat berfikir kelebihan kita sebagai Ummat Nabi Muhammad dan cabaran sekiranya
kita hidup di Zaman penyebaran dakwah Islam.
InsyaAllah ini akan meningkatkan penghargaan Islam genetic yang Allah
kurniakan kepada kita ini. Baru kita tahu value betapa beruntungnya kita
diberikan nikmat Islam ketika lahir lagi. Baik, mari kita patah balik dan
bayangkan kita hidup di zaman awal Rasullullah menyampaikan dakwah.
Di awal dakwah Nabi Muhammad S.A.W, Islam ini hanya
diterima oleh 5 orang penduduk Makkah
ketika itu. Kemudian berkembang menjadi banyak .Namun walaupun bertambah, tetapi
tidak ramai. Adakah kita akan tergolong dalam golongan yang diberikan hidayah
oleh Allah untuk memeluk Islam ketika itu?
Sekarang ini, Islam itu dianuti 1/3 daripada penduduk dunia,
kita rasa selesa untuk mengamalkan pegangan kita di mana-mana tanpa rasa malu.
Kalau kita hidup di zaman RasulAllah? Mereka di berikan tekanan yang sangat
teruk.
Pertamanya, sekiranya hamba, mereka akan di seksa jika memeluk Islam.Bukti keluarga Sumayyah iaitu syuhada pertama. Kemudian
Bilal bin Rabah. Tidak cukup dengan itu, sekatan ekonomi dikenakan kepada pedagang islam
pulak, musyrikin Makkah tidak akan melalkukan urusan jual beli dengan peniaga
yang memeluk Islam. Habis suda diseksa, urusan perniagaan disekat, pergi pula
kepada wanita Islam yang ramai tidak dapat berkahwin kerana dipulaukan.
Begitulah tekanan, seksaan serta kepayahan umat Islam ketika
di awal penyebaran dakwah RasulAllah. Adakah kita mampu menahan segala
permasalahan tersebut dan memeluk Islam? Cukupkah iman kita? *Sekarang pon
segala apa berkaitan duit, kita sudah rabun mata, tak Nampak dah halal dan
haram*
Kemudian alasan musyrikin Makkah tidak mahu memeluk agama
Islam, bila mana mereka rasakan amalan nenek moyang mereka itu sudah cukup
sempurna dan mereka terus tidak mahu menerima satu ilmu yang baru. Atau dengan
kata lain badak bebal. Haha. Sifat tidak mahu mencari ilmu baru, dan merasakan
diri sudah cukup sempurna.
Sejujurnyalah, pernah atau tidak kita terfikir, sekiranya
aku hidup di zaman RasulAllah, kemudian baginda datang mengatakan amalan aku
lakukan selama ini salah, apakah respond aku? Adakah terus naik angin dan
menghalau baginda? Ataupun duduk sejenak mendengar penjelasan baginda?
Persoalan ini saya kira boleh dijawab melalui cara kita
menerima dakwah ataupun ditegur dewasa ini. Yelah sekarang Ilmu Islam merata.
Di facebook, di twitter bagai. Bila kita di tegur seseorang, kita melenting!
Dan berkata “helleh dia tu, baru belajar agama ckit, dah nak poyo. Aku baca gak
pasal agama kot kat facebook. Aku tahu la mana halal dan haram”. Sekiranya
sikap ini ada pada kita iaitu tidak mahu menerima nasihat kebaikan, apa akan
jadi jika kita hidup di zaman Rasulullah?
Kadang-kadang kita berdoa untuk bertemu RasulAllah sebab
masyarakat punyai satu pemikiran, sesiapa yang pernah berjumpa RasulAllah itu,
mereka orang yang kuat imannya. Ya benar, tapi jangan kita lupa, tentang Abu
Jahal, yang hidup sebelum RasulAllah, hidup ketika RasulAllah berdakwah tapi
tidak terpanggil untuk memeluk Islam malah menentang dakwah Rasullullah
Seorang lelaki terkenal kerana kemustajaban doanya yang
hidup di zaman RasulAllah tapi tak mampu berjumpa dengan baginda iaitu Uwais
al-Qarni. Beliau hanya mendapat dakwah Islam sama macam kita, tanpa bertemu
dengan RasulAllah, tapi pegangan imannya sangat kukuh. Harapnya kita mampu jadi
begini kerana kita ini juga pernah disebut oleh RasulAllah diakhir nyawa
baginda iaitu “Ummati, ummati, ummati”
Konklusi yang saya cuba bawakan, cuba kenang balik betapa
bertuahnya kita dikurniakan nikmat Islam walaupun RasulAllah sudah mangkat,
namun betullah Sabda RasulAllah, bahawa
baginda sudah tinggalkan dua wasiat agung iaitu Al-Quran dan Sunnah untuk
dijadikan pedoman. Sesungguhnya kerja baginda sudah sempurna, terpulang kepada
kita untuk mengaplikasikan.