Peace Upon You. “Bismillahirrahmanirrahim” ungkapan yang cukup sinonim dengan hidup Muslim, ringan mulut mengucapkan namun apakah kita benar-benar sedar akan maksudnya yang sangat indah lagi permai *dah macam lagu desa tercinta plak*. Maksud ialah Bismillah = Dengan nama Allah, Ar-rahman =Yang Maha Pemurah, Ar-rahim = Lagi Maha Mengasihani.
Masih segar dalam ingatan ketika saya di tingkatan satu, ustaz suruh menghafal sebuah surah pendek dan akan bertanya tentang surah tersebut dalam kelas berikutnya. Hari yang di nanti telah tiba, ustaz memanggil saya kehadapan untuk menuliskan perkataan “Bismillahirrahmanirrahim” di whiteboard. Ya Allah,..ketika itu saya lebih rela menulis kesemua surah dari menulis satu perkataan ini kerana diri ini sering alpa untuk betul-betul memerhatikan perkataan tersebut. Hanya senang dengan menyebutnya tetapi tidak menulis.
Jujur saya katakan, saya selalu melihat perkataan Bismillah di tulis di merata tempat, di white board kelas, di dewan makan tetapi yang benar-benar membuatkan saya sedar yang saya perlu mendalami kalimah ini bila saya berada di Mesir. Pada tahun satu, banyak saya terlihat buku pelajar arab yang dihadapan sekali mereka tidak menulis nama dahulu seperti culture pelajar di Malaysia, tapi kebanyakkan dari mereka menulis perkataan “Bismillahirrahmanirrahim” dahulu.
Sedar atau tidak sedar ayat Al-Quran yang pertama diturunkan oleh Allah ialah,
ٱقۡرَأۡ بِٱسۡمِ رَبِّكَ ٱلَّذِى خَلَقَ
"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk)"
Bacalah, dengan Nama Tuhanmu, siapa lagi kalau bukan Allah yang Maha Esa kan? . Jadinya mungkinlah before kita seronok dan eager nak membaca buku, kalau tidak membaca doa sebelum belajar pon, atleast ringankanlah mulut menyebut “Bismillahirrahmanirrahim”.
Tadi dalam study, mungkin ada yang agak ego kata, aku sebelum ni tak baca pon “Bismillahirrahmanirrahim”. Elok je resultnya. Haa..kesan perbezaan dengan ada sebutan “Bismillahirrahmanirrahim” atau tidak dapat di lihat dalam proses penyembelihan.
Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), dan yang disembelih atas nama berhala;
Surah Al-Maidah : 3
Itulah bezanya dengan hadirnya perkataan “Bismillahirrahmanirrahim” dalam penyembelihan ataupun tidak. Makanan itu boleh menjadi haram ataupun halal. Dan mengapa pula kita perlukan makanan yang halal? Ada diterangkan dalam hadis di bawah
Maksudnya: Daripada Abu Hurairah ra ia berkata, Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah memerintahkan orang-orang mukmin dengan apa yang telah diperintahkannya kepada sekelian rasul, maka Allah telah berfirman, ‘wahai para rasul, makanlah daripada yang baik-baik dan beramallan akan yang baik.’ Dan dia berfirman: ‘makanlah daripada segala yang baik-baik yang Kami telah rezekikan kepada kamu. Ada seorang lelaki yang jauh perjalanan, kusut masai, berdebu, menadahkan kedua belah tangannya kelangit. ‘Wahai Tuhanku! Sedangkan makanannya haram, minumannya haram, dan dahulunya ia telah disuapkan dengan haram, maka bagaimanakah akan diperkenankan doanya itu?
Surah Al-Maidah dan hadis yang dikemukakan di atas ada di dalam buku Teks Tingkatan 4 Pendidikan Islam. Harapan saya, sama-samalah kita menghayati ucapan “Bismillahirrahmanirrahim” yang sering diungkapkan, jangan biarkan ia menjadi kalimah kosong bila diucapkan. Faham dan beramallah walaupun ianya mudah.