Thursday, November 1, 2012

Dr. Ummah


Peace Upon You

Alhamdulillah Allah murahkan rezeki saya untuk melangkah ke tahun 4 Perubatan. Secara logicnya, seharusnyalah sekarang ini saya sudah master ilmu-ilmu perubatan secara on the surface dan kini tahun 4 hingga tahun 6 hanyalah practical years, di mana kami perlu menimba pengalaman secara hands on ataupun mempraktikkan knowledge yang sedia ada. SEPATUTNYA!

Semasa cuti summer yang lepas, kumpulan charity saya di offer untuk mengadakan sebuah program homestay kesihatan, ala-ala duduk dengan keluarga angkat di sebuah kampong, kemudian memberi nasihat kesihatan dan membuat medical check-up kepada keluarga angkat.

Nak katanya, bila di offer tuh, fuh! Peluh tetiba menitip di dahi muda ini, lemak-lemak di sekitar abdomen pecah seperti baru lepas minum alpha lipid, diri ini sahaja tahu betapa nipis ilmu di dada, yang seronoknya plak kami adalah pelajar perubatan dari Mesir, so public expectation bukan sahaja mengharapkan kami untuk memberi nasihat kesihatan, tetapi mereka juga pasti mengharapkan santapan rohani dari kami. Tapi apakah yang mampu disajikan oleh si fakir ilmu ini?

Bila dimuhasabahkan diri ini, saya dapati sepanjang 3 tahun berada di Mesir, saya sibukkan diri dengan hal-hal masyarakat dan sedikit menimba ilmu. Impiannya untuk menjadi seorang doctor untuk ummah. Jadi bermula dari sekaranglah saya kene practice untuk menyumbang kepada ummah. Tapi silapnya saya mungkin bila menyumbang lebih dari menimba ilmu.

Terkesan bila mendengar kata-kata Prof. Muhaya “Kalau yang datang untuk minta kerja dengan saya, saya tak kan tanya awak pernah jadi presiden itu ini ka? Yang saya tengok CGPA dia”.  Betul juga apa yang diperkatakan. Kalau belajar Doctor-Patient Relationship, once the doctor say he/she want to help that patient, he/she have to treat the patient with all the knowledge that he/she have until the patient recover or refer to specialist.

Kalaulah saya sendiri menjadi patient, mestilah saya akan mencari Dr yang paling bagus, specialist most likely, bukannya mencari Dr. yang selalu bagi talk pasal kejayaan etc tapi resultnya hanya moderate kan? Boleh la share experience dan ilmu, tapi kalau patient tidak dapat di rawat..Are you a DOCTOR?

Dalam satu temu ramah Dr Zakir Naik ditanyakan soalan “How to overcome problems like The Innocent of Muslims from repeated again?” dan beliau menjawab “Maybe we as a Muslim must be the best among others, for example if there any brilliant lawyer who can protect Islam in the court, so for sure there wont a man who dare to do the same thing again because they will be sue.”

Sememangnya Islam itu menyuruh umatnya untuk menuntut ilmu dan menjadi yang terbaik dalam kalangan mereka. After all muslim itu khalifah di muka bumi right?

Mungkin sebelum ini saya hidup dalam awangan yang menjadi Dr itu sudah pasti, namun saya tidak nampak yang menjadi Dr itu tidak memadai untuk Islam, Saya perlu menjadi Dr Terbaik untuk Islam. Sekiranya berperang, dan Islam ada technology to heal the wound faster than normal human rate, bukankah itu beruntung? Tapi adakah perkara ini dapat dicapai oleh Dr or Scientist yang biasa-biasa saja? Haa..

Ramai yang dihamparkan dilemma untuk active berpersatuan ketika belajar, dan saya tak tipu. Saya juga seperti anda. Result saya setiap tahun bukanlah dari usaha saya. Semuanya rezeki dari Allah. Cumanya saya rasakan kita as mahasiswa ada 3 pilihan. Pertama untuk memberi kepada ummah sehabisnya, dan hanya moderate dalam menuntut ilmu, ataupun tidak memberi langsung manafaat kepada masyarakat ketika belajar, kerana anda percaya yang ilmu tertinggi perlu dicapai untuk menyumbang kepada msyarakat selepas belajar dan option terakhir, berpada-pada memberi ketika belajar, menuntut ilmu sebagai priority dan menyumbang tanpa sempadan selepas belajar. Make a decision! Jangan tidak mahu memberi manafaat langsung sudah ye!

Wednesday, October 10, 2012

Blueprint



Malaysia Education Blueprint yang baru saja dilancarkan oleh kerajaan dilihat sangat berbeza dengan zaman saya belajar di sekolah kerajaan dahulu *bunyi macam lama, padahal baru je tinggalkan sekolah menengah 5 tahun*. Sekarang pelajar boleh menamatkan sekolah menengah pada umur 16 tahun. Ada pelajar yang boleh ambil 0 level terus instead of SPM. Dan macam-macam lagi peluang pendidikan yang boleh dikatakan diluar tarbii. *muahaha! Bunyi macam benda tak elok je*. Yelah semenjak merdeka, pendidikan Negara terikat, yang pelajar wajib menghabiskan sekolah rendah dan menengah kemudian baru boleh buat kursus persediaan. Sekarang tidak lagi.

* Blueprint focuses on six student attributes - Knowledge, Thinking Skills, Leadership, Bilingual Proficiency, Ethics and National Identity

* To achieve desired student outcomes, reform of education system to be approached in 11 shifts

* Shift 1: Provide equal access to quality education of an international standard. Initiatives under Shift 1 - revised curriculum for schools in 2017 and option for high achieving students to finish school earlier.

* Shift 2. Ensure every child is proficient in Bahasa Malaysia and English language. Under Shift 2, 70,000 English teachers to sit for Cambridge Placement Test and be given training to improve language proficiency.

* Standard Bahasa Malaysia curriculum for all both government and vernacular primary schools - goal to abolish 'remove' class in secondary schools by 2017

*Shift 3: Develop values-driven Malaysians - plans of expanding the Student Integration Plan for Unity (RIMUP) programme for students

* Shift 4: Transform teaching into profession of choice. Only top 30% of graduates will be recruited for teaching. Also new career package and reduced administrative duties for teachers.

* Shift 5: Ensure high-performing school leaders in every school

* Shift 6: Empower state and district Education Departments and schools to customise solutions based on need - they can tailor their approach for different schools.

* Shift 7: Leverage ICT to scale up quality learning across Malaysia. Ministry to expand 1Bestari (Wifi) to all schools.

* Shift 8: Transform Education Ministry delivery capabilities and capacity so that there is no overlap of function and more streamlined.

* Shift 9: Partner with parents, community and private sector at scale. Parents will be able to monitor student progress online through School Examination Analysis System (SAPS) system. Five hundred trust schools to be set up

* Shift 10: Maximise student outcomes for every ringgit. To ensure "outcome-based budgeting" with government spending on education

* Shift 11: Increase transparency for direct public accountability. Blueprint and progress of its goals will be made public

Adakah pembaharuan ini bagus dilakukan? Dan sudah bersediakah murid-murid untuk mengisi peluang-peluang yang disediakan kerajaan ini? Mampukah dasar ini melahirkan pelajar yang berdaya saing seterusnya melahirkan modal insan bertaraf antara bangsa? Cewah!

Saya tidak mahu comment apa-apa perihal blueprint tersebut, sekiranya semua pihak berganding bahu betul-betul untuk merealisasikannya, insyaAllah dasar ini mampu membawa Malaysia ke satu tahap akademik yang lebih jauh.

Kerajaan sudah berusaha, tapi kita? Adakah hanya berlepas tangan? Sekarang ini sekolah maahad tahfiz sains dibangunkan bak cendawan tumbuh selepas hujan . Dari satu sudut, seronok melihat ramai ibu bapa ada kesedaran untuk menghantar anak mereka belajar menghafaz Quran menjadi al-hafiz mahupun hafizah  dalam masa yang sama mengejar juga ilmu sains untuk melahirkan professional yang celik agama.

Tapi apakah dengan usaha mereka untuk menghantar anak ke sekolah agama itu sudah memadai? Anak belajar baca doa di sekolah, balik rumah ibu bapa bersorak anak sudah reti baca doa makan, tapi ilmu itu tidak diamalkan pula di rumah. Anak dihantar ke maahad tahfiz, menghafaz quran, tapi solat jemaah di rumah tidak dilazimkan. Jadi untuk apa hafalan itu tadi? Anak berjaya menyambung pelajaran di IIUM, tapi pulang ke rumah, ibu ayah tidak endahkan nasihat anak.

Sebenarnya, masyarakat kita perlu sedar, yang pembelajaran ataupun sekolah yang terbaik itu adalah di rumah. Di rumah itulah tempat untuk mengasuh, berlatih, mengamalkan ilmu yang diperoleh dari luar tanpa segan silu. Sepatutnya untuk melahirkan khalifah Islam yang unggul, semuanya bermula dari rumah, hidupkan suasana kondusif ataupun atmosphere islamik agar bakal pemimpin Islam itu sedar, yang mereka sebenarnya boleh rasa tenang, tidak akan lemas dalam kehidupan yang berteraskan Islam.

Jadinya, kepada bakal ibu dan bapa ataupun kalau lah uncle2, aunty sudi mendengar padangan saya ini, ayuh kita sama-sama timba ilmu tak kira duniawi ataupun akhirat, dan cuba mengajar zuriat kita sendiri. Lain penyampaian seorang bapa kepada anaknya berbanding seorang guru kepada anak murid. Walaupun kita tidak pakar, setidaknya hidupkan semangat untuk mencari ilmu dalam diri bakal pemimpin-pemimpin Islam. Kalau kita sanggup menghantar anak kita ke tuition back to back, tanpa mengira penat lelah pelajar berkenaan, kenapa kita manjakan diri dengan berkata “Owh saye balik kerja, penat nak mengajar”.  NO! saya sarankan, ibu bapa yang pergi ke tuition belajar. Tak faham balik tanya anak,  biar satu keluarga menikmati manisnya ilmu. *Tapi mengajar itu bukannya mudah, susah whoa! Ajar adik PMR pon sangat-sangat perlu mengawal kesabaran*

Wednesday, September 26, 2012

24/7 Guardian



Peace upon you.  To be honest  sambutan Hari kemerdekaan recently agak hambar. For the past 2 years Merdeka time Ramadhan lah, time raya lah. Memang tak lah nak meriah kan? Or simple masyarakat Malaysia dah bosan ngan merdeka? Setiap tahun merdeka, aman je Malaysia ni. Biasa je kan?

Kita mungkin lupa yang setiap hari, setiap saat ada pahlawan-pahlawan Negara menjaga perbatasan Negara dari diceroboh oleh anasir-anasir luar. Mereka tinggalkan keluarga di hari raya, hari-hari penting keluarga just untuk menyediakan suasana aman dan kondusif untuk Negara terus membangun!

Tetiba patriotic plak kan? Bukan apa, bila ada yang berkorban untuk menjaga negara dari dikucar kacirkan keamanannya, semuanya terletak kepada kita pulak untuk menjaga keselamatan diri dari pelbagai segi terutamanya menjaga diri dari melakukan maksiat. Yelah, Negara dah  aman, tak dak la yang dipaksa menjadi hamba sebab ada golongan pemberontak tangkap suruh korang jadi hamba pelacuran etc *over! Banyak sangat tengok movie*

Tapi persoalannya, siapahkah yang sanggup menjaga kita 24/7? Parent pon tak sanggup, gf/bf hang? Your b or honey? Erk!  The answer is..your skin! Walaupun saya belajar science since form1, tapi baru dapat tahu skin is the largest organ for human body lepas tengok iklan kat tv time darjah 4 kot.  Yela siapa nak baca fact kecik-kecik gituh?.

Bila berkata perihal skin, mesti semua orang terus tengok pada kulit, dan membezakan warna kulit *tetibe racist*, walhal skin itu merata.  Your palm, your feet and even our genital organs covered by skin.

Medically the function of skins  is to protect human body from foreign stuff.  Yelah, sebagai contoh, bila selumbar masuk dalam tangan, mesti akan rasa sakit. Sebab apa? Basicly bila benda asing yang tidak bersih masuk di bawah kulit and become contact with inner part, our immunity akan cuba react and neutralize all those bacteria ape semua, itu yang buat jadi pus. bila ada pus, it will exert pressure to surrounding, bila pressure increase in certain place, it will push nearest pain receptor, so kita rasa sakit *saya cuba sebaik mungkin terangkan for even non-medical student pon boleh faham*

Tanpa skin, semua benda even habuk kena kat isi kita pon, akan jadi issue besar for our body. Sebab itulah skin dikatakan sebagai first line of human body immunity. Itu yang tertulis dalam buku science. Tapi saya tertarik bila terbaca these verses in Holy Quran Surah al-Fusilat 19-24

19. And (remember) the Day that the enemies of Allah will be gathered to the Fire, then they will be driven.)
(20. Till, when they reach it, their hearing (ears) and their eyes and their skins will testify against them as to what they used to do.)
(21. And they will say to their skins, "Why do you testify against us'' They will say: "Allah has caused us to speak - as He causes all things to speak, and He created you the first time, and to Him you are made to return.'')
(22. And you have not been hiding yourselves (in the world), lest your ears and your eyes and your skins should testify against you; but you thought that Allah knew not much of what you were doing.)
(23. And that thought of yours which you thought about your Lord, has brought you to destruction; and you have become of those utterly lost!)
 (24. Then, if they bear the torment patiently, then the Fire is the home for them, and if they seek to please Allah, yet they are not of those who will ever be allowed to please Allah.)

Yang bestnye, kenapa ayat tuh diturunkan plak? Sebenarnya manusia cuba untuk menipu lagi walaupun Allah dihadapannya dalam hadith di bawah diterangkan

 Al-Hafiz Abu Bakr Al-Bazzar narrated that Anas bin Malik, may Allah be pleased with him, said, "The Messenger of Allah laughed and smiled one day, and said:

(Will you not ask about why I laughed)'' They said, "O Messenger of Allah, why did you laugh'' He said:

(I was amazed at how a servant will dispute with his Lord on the Day of Resurrection. He will say, "My Lord, did You not promise me that you would not treat me unjustly'' Allah will say, "Yes.'' The man will say, "I will not accept any witness against me except from myself.'' Allah will say, "Is it not sufficient that I and the angels, the noble scribes, are witnesses'' These words will be repeated several times, then a seal will be placed over his mouth and his organs (or limbs) will speak about what he used to do. Then he will say, "Away with you! It was only for your sake that I was arguing!'')'' It was recorded by him and Ibn Abi Hatim. It was also recorded by Muslim and An-Nasa'i.

Bila mana Allah berjanji di hari kiamat nanti, seluruh anggota badan dan specificnya our skin itself akan menjadi saksi kepada perbuatan kita. Sekiranya kita beriman dengan al-Quran dan percaya perkara ini akan berlaku, semestinya setiap kali kita ingin membuat perkara maksiat, pasti berfikir 2 kali, pertamanya berfikir, perkara yang kita akan lakukan itu akan di lihat Allah, keduanya Allah telah meletakkan saksi-Nya di badan kita untuk dijadikan bahan bukti sekiranya kita masih tidak mahu mengaku akan kesalahan diri. Yela mana ada orang nak pergi buat jahat, tetiba p tanggalkan kulit, pakai leather suit lembu plak kan then baru buat maksiat?

So conclusionnya, sekiranya kita dapat menjaga diri kita dari melakukan maksiat, Alhamdulillah, sekiranyanya, boleh lah tambah dalam list kesedaran yang kulit-kulit kita akan menjadi saksi Allah tentang apa sahaja yang kita sudah lakukan. So we can’t run from it. insyaAllah post ini dapat membuatkan kita sama-sama sedar akan ciptaan Allah serta kekuasaannya dan menjauhi kita dari maksiat. Peace!

Monday, July 23, 2012

Tadika Ro Mim Dal



Peace Upon You.  Ro Mim Dal adalah kata dasar untuk perkataan Ramadhan yang bermakna panas. Saja letak tajuk macam tuh, kalau tulis ramadhan, too mainstream la kan? Haha. Alhamdulillah Allah ketemukan saya dengan ramadhan lagi, istimewanya kali ini, saya di murahkan rezeki untuk menyambut ramadhan di Egypt! 

Lazimnya kita dapat melihat, ramai update status “Selamat datang ke University Ramadhan”. Bunyi macam..uuuu…University kot. Baguslah sekiranya seorang muslim itu mempunyai pemikiran seperti mahasiswa yang matang dalam menyambut ramadhan.Yela, mereka tahu apa harga sebuah ramadhan dan mengkaji bagaimana untuk melipatgandakan ibadat di bulan yang penuh barakah ini.. Ada bezanya pemikiran mahasiswa dan pelajar sekolah. Mahasiswa, mereka tahu apa yang mereka mahu, tahu apa yang sedang mereka lakukan, faham mengapa mereka lakukan, manakala pemikiran pelajar sekolah pula hanyalah, melakukan apa yang disuruh. Ibu bapa suruh dapat result elok, mereka study elok-elok, cikgu bagi kerja rumah, mereka tak mahu kene marah, jadi selesaikan kerja rumah.

Tapi percaya atau tidak, jika saya katakan ramai muslim tidak layak masuk ke University Ramadhan mahupun sekolah ramadhan. Selayaknya mereka masuk ke Tadika Ramadhan sahaja. Kanak-kanak di tadika, mereka hanya lakukan apa yang menyeronokkan dan apa yang menyenangkan mereka. RasulAllah telah mengatakan “Permudahkan, jangan  menyulitkan”. So post ni akan berkisarkan pengalaman saya berpuasa di perantauan dalam suhu 38˚-40˚ yang saya anggap satu perspektif baru.


Puasa
Berpuasa di Egypt ni, haa..bukan 12 jam  tapi 17 habaq hang. Nampak beratkan? Tapi bila berada di Mesir, tak terasa pon. Majoriti Islam, tak lah terliur tengok chinese dok sedut Starbucks ataupun rakan india makan chapati cicah kuah dal ngan sambal ikan bilis kan.  Tapi perlu diingatkan, puasalah kamu 3 tahun tanpa skip pon, tapi kalau tak solat, tak guna jugak tau hadek-hadek. Dalam Islam kan ada rukun, selesai mana yang dahulu. Solat 5 waktu itu rukun kedua, kalau tak buat kedua, macam mana nak yang ketiga kan?. Sama macam kalau kita tidak mengucap syahadah iaitu rukun Islam pertama, sah kah kita solat?..so tak mau dengar “aku penat lah puasa,tak mau  lah solat”


Sahur
Alhamdulillah, semalam baru selesai sahur secara Jamaie dengan rakan-rakan batch saya. Seronok rupanya sahur ramai-ramai. Senang kat Egypt ni, tarawih habis dalam pukul 9.30 paling lewat, relax-relax then pukul 2 pagi dah boleh sahur. Subuh 3.20. First time sahur terasa sangat ringan. Kalau di Malaysia..haa..sahur lah paling berat nak bangun. Dari baring, dikejut, menonggeng plak, di tarik selimut, meniarap balik. Macam-macam ragam time sahur. So mungkin kita boleh tuka style lepas ni sahur beramai-ramai.


Berbuka
Umum mengetahui fadilat memberikan sedekah ataupun memberi makan orang berpuasa *bagi makan ketika tiba masa berbuka lah, jangan bagi tengah hari suruh orang buka puasa*. Suasana di Egypt ni, meriah sangat! kalau lah stuck dalam jam kat Malaysia, kita tak bawa bekal air, memang tunggulah kau sampai rumah baru dapat berbuka, tapi kalau di Egypt, tak perlu risau, ada orang akan agihkan makanan dan minuman di tengah jalan *itu yang buat jam kalau kat Egypt. Haha!*. Semalam saya berbuka di garage seorang  tuan rumah berbangsa arab. Dia seorang Dr. Sangat pemurah, dibuka garage rumah sendiri, kemudian menjamu lebih kurang 60 orang untuk berbuka puasa. Mudahkan? *Tak susahkan?*Ada ke di Malaysia buka garage ajak orang makan time berbuka? Kalau tidak pon, masak jelah bubur bagi kat rukun tetangga. 


Tarawih
Selepas berbuka ayam golek, murtabak, roti john, air yoes cincau, kena pulak nasi kerabu. Pergh..memang beratlah badan nak bangun solat maghrib, inikan lagi melangkah kaki ke Masjid menunaikan solat tarawih berjemaah yang lama. Kalau di Egypt, tarawih dia dalam 30-40 minutes je.  Ada yang 20 minutes, Percaya atau tidak? Pelik kan? Macam mana dorang ni solat tarawih?. Mudah jah..pertama.. tidak ada bacaan diantara dan selepas solat sunat tarawikh. Habis bagi salam, naik balik. Kalau kat Malaysia dengan wirit panjangnya sehinggakan kalau tak ada wirit panjang-panjang tersebut, ada yang merasakan mereka tidak melakukan solat tarawih dengan sempurna walhal itu adalah sunat sahaja. Kemudia mereka membaca surah pendek-pendek. Dah witir satu rakaat kat Malaysia nak baca 3 kul, kat Egypt? Surah al-Ikhlas je. Bagi saya, dengan cara ini, mungkin dapat menarik golongan muda untuk datang ke masjid bersolat tarawih. Yang sunat itu solat tarawih, tak pulak kata solat tarawih satu juzuk satu malam kan?

Itulah serba sedikit perkongsian pengalaman menyambut ramadhan di Egypt. Ayuh kita menghiaskan ramadhan tahun ini seperti tadika, ceria, mudah dan menyeronokkan. Kembali kepada Islam pangkal yang sangat mudah dan tidak membebankan mana-mana pihak.

Sunday, July 22, 2012

Kerdil pada saiz, besar pada manafaat



Peace Upon You. Alhamdulillah, syukur saya sudah tamat peperiksaan akhir tahun 3. Paper last hari tu merupakan subjek Parasitology. Belajar worms, nyamuk, kutu, pijat and many more! *Bayangkan, punyala banyak benda kene tau kalau nak jadi doctor je pon*. Tapi yang paling menarik minat saya ialah Musca Domestica. Apakah? Haha. Sebenarnya tuh keturunan House flies ataupun just simply lalat hok hurung area tudung saji hangpa tuh.

Bila berkata perihal lalat, for sure semua orang akan cakap “eeww..hurung sampah pastu nak hurung kita pulak. Eeww..eeww..” *saje buat over gedik*. Yeah lalat ni memang itulah tempatnye, sampah ataupun najis etc. Semua orang menghina lalat, kalau lalat hurung badan, mula lah keluar sumpah seranah kat makhluk Allah yang kerdil tuh. Jarang kita nak membuka minda untuk melihat ciptaan Allah ini yang telah disebut dalam Al-Quran sebagai salah satu Keagungan ciptaan Allah.

O mankind! (meaning, O People of Makkah!) A similitude has been coined, so listen to it (carefuly): Verily! Those on whom call beside Allah (meaning, the idols to which they used to devote their own selves in worship), cannot create (even) a fly (meaning even one fly, be it male or female), even though they combine together for the purpose (meaning creating it), And if the fly snatched away a thing from them (such as the perfume and crocus which they are applying) they wound have no power to release it from fly (meaning, owing their weakness, Hence how come that they ascribe others along side Allah in worship? This indeed is something strange for which Allah set forth the parable of ) So weak are (both) the seeker and the sought (meaning, the worshiper and worshipped)

Surah Al-Hajj -73 (Source Tafsir Al-Jalalayn)

Ayat di atas menceritakan betapa manusia ini lemah sehinggakan tidak boleh mencipta seekor lalat pon. Bukanlah kita minta untuk mencipta seekor lalat, manusia tidak mungkin mampu mencabar technology yang Allah telah kurniakan kepada mata lalat. Mata lalat adalah gabungan beribu-ribu lens. Ini membuatkan mereka boleh melihat 360˚ dan detect banyak lebih banyak spectrum cahaya dari mata manusia. Kita manusia  ada sepasang lens je kan?

Dengan izin Allah, Nabi Muhammad S.A.W juga pernah menyebut tentang lalat dalam hadisnya

If a housefly falls in the drink of anyone of you,he should dip it (in the drink), for one of its wings has a disease and the other has the cure for the disease
Sahih Bukhari

Kenapa Nabi Muhammad tidak menyuruh ummatnya untuk membuang minuman yang dikatakan telah dicemari oleh lalat? Reason pertama melalui pembacaan saya dalam Tibb Nabawi karangan Imam ibn Qayyim Al-Jauziah ialah, seperti yang tertera dalam hadis, pada salah satu wing houseflies tuh ada penawarnya dan reason kedua kerana keadaan lalat itu masih intact, meaning darah haiwan tersebut masih berada dalam badan, tidak bercampur dengan minuman.  Maybe benda ni kurang interesting buat “kaki pembaca hadis”, tapi tahukah anda, beberapa kajian telah dilakukan berdasarkan hadis ini, dan menunjukkan penawar yang terdapat di wing lalat itu boleh digunakan untuk sengatan lebah dan kala jengking jugak.

Kenapa saya tertarik untuk menulis perihal mahkluk Allah ini? Sebab melalui pembacaan saya*baca buku teks Parasitology je pon*, jangka hayat seekor lalat hanya 2 minggu. 2 minggu itupun kalau tak mati kene spray or kene tepuk dengan newspaper. Dengan jangka hayat begitu singkat, lalat mampu memberikan impak dalam kehidupan manusia seperti Forensic  entamology. Dimana mereka menggunakan life cycle lalat, untuk menentukan anggaran tarikh kematian mayat. Mesti selalu tengok dalam CSI kan?

Jadi nak katanya, seekor lalat, yang kita dok hina-hina masih memberi manafaat kepada manusia walaupun hidup hanya untuk 2 minggu. Kita yang berusia 20 tahun di atas muka bumi jika ditarik nyawa oleh Allah, apakah sumbangan kita untuk Islam?

*Saya perlu sedikit respond berkenaan terjemahan Quran tafsir, adakah membantu ataupun lebih baek hanya bagi terjemahan Al-Quran dari berikan sekali tafsir. Sila respond di comment*