Wednesday, June 1, 2011

Skyscraper and Solat

Burj Khalifa, Dubai


أس الأمر الإسلام وعموده الصلاة
Terjemahan: “Kepala urusan (kehidupan) ini adalah Islam dan tiangnya adalah solat”
Ia diriwayatkan oleh Ibn Majah dan An-Nasa’ie dalam As-Sunan Al-Kubra.


Dari kecil kita sering dinasihatkan untuk mendirikan solat kerana mendirikan solat itu seperti membina tiang agama. tidak cukup dengan itu, ustaz-ustaz atau para penda'ie sering kali menggunakan rumah sebagai fokus intripitasi. Dimana mereka mengatakan, jika sebuah rumah itu tidak cukup tiangnya, pasti akan runtuh. Begitu jugalah solat di dalam Islam. Tapi mengapa kita perlu solat setiap hari? setiap bulan? setiap tahun?. Kalau nak bina rumah setingkat, hanya beberapa tiang yang diperlukan. Kalau sehari kita bina 5 tiang, seminggu sudah 30 tiang. Tidak mencukupi kah 30 tiang untuk membina sebuah rumah setingkat?

Namun saya ada sedikit pembaharuan dalam mengimpritasikan 'solat itu tiang agama'. Mungkin ini dapat membantu kita dalam menerangkan dengan lebih mudah dan menarik kepada kanak-kanak kecil dan peringkat umur yang seterusnya.

Mengapa tidak Islam itu digambarkan sebagai sebuah bangunan pencakar langit? dan tiang-tiang yang menegakkan bangunan gah itu adalah Solat yang kita lakukan 5 waktu sehari semalam.

'Bangunan pencakar langit' yang ingin dibina oleh setiap muslim itu bukan calang-calang, banguan yang bakal kita bina adalah untuk bertemu dengan kekasih hati yaitu Allah yang bersemanyam di atas Al-Kursi.

Kalau sehari kita berhenti membina tiang untuk bertemunya, adakah cukup masa 40-50 tahun di ambil untuk membina bangunan pencakar langit ini?('average umur manusia 40-50 tahun')
. Dan juga jika sehari meninggalkan solat, satu tingkat dari bangunan yang ingin dibina akan rongak, itu jika sehari, kalau 30 hari kita meninggalkan solat sepanjang hidup kita di dunia, maka bersamaan 30 tingkat bangunan penakar langit muslim kita akan rongak. Adakah kukuh bangunan yang bakal dibina?

Jadi fikirlah, mendirikan solat itu bukanlah hanya mendirikan tiang untuk sebuah rumah, tapi mendirikan 1 tiang dari ribuan tiang yang perlu kita bina lagi untuk merealisasikan impian Bangunan Pencakar Langit muslim.InsyaAllah.

Saya tidak mengatakan perumpaan rumah itu tidak sesuai, ini cuma idea penambahan untuk remaja, kanak-kanak mahupun orang dewasa lebih nampak dengan apa yang dikatakan dengan 'Solat itu tiang agama'


*wargh! seronoknya! lama suda tak update blog. daoakan saya, tengah exam final nie*


2 comments:

Alang Ridhwan said...

muahaha.. gud luck gorie....

the cerebro said...

thanks macho! *mesti org yg bace comment nie igt kau macho gila*