Friday, June 3, 2011

Love behind the paw


Jika dilihat, mentaliti dunia terhadap dunia arab adalah ganas, kasar, penipu, bodoh, keras kepala, suka bergaduh dan macam-macam lagi. Disini saya akan memaparkan personaliti kasih sayang yang mungkin kita sebagai orang timur yang dikatakan penuh dengan budaya lemah lembut tidak terfikir ingin melakukannya. Kerana seorang yang berbangsa Arab pernah mengajar kita apa itu erti kasih sayang. Lupakah kita?

Diriwayatkan daripada Nukman bin Basyir r.a katanya:

Rasulullah s.a.w bersabda: Perumpamaan orang-orang mukmin dalam hal berkasih sayang dan saling cinta-menyintai adalah seperti sebatang tubuh. Apabila salah satu anggotanya mengadu kesakitan, maka seluruh anggota tubuh yang lain turut merasa sakit.

Diriwayatkan daripada Abu Musa r.a katanya:

Rasulullah s.a.w bersabda: Seorang mukmin terhadap mukmin yang lain adalah seperti sebuah bangunan di mana sebahagiannya menguatkan sebahagian yang lain.


Di satu malam, selepas menunaikan solat isyak di surau bawah rumah, Imam pun bersandar di dinding dan berselawat. Situasi ini sangat berbeza di Malaysia, dimana imam akan mengetuai selawat beramai-ramai bersama jemaah. Ketika imam itu sedang berselawat, ada seorang kanak-kanak perempuan kecil masuk ke dalam surau dan pergi ke tempat 'water dispenser'. Saya terkejut bila mana imam yang sedang berselawat tadi menjerkah kanak-kanak kecik tadi dengan suara yang tinggi dan memanggil kanak-kanak tersebut datang kepadanya.

Kanak-kanak kecil itu tadi tidak berani pun meminum air dari water dispenser sebentar tadi, dia hanya membawa cawan berisi air kepada imam di depan. Wah! Saya bermonolog di dalam hati “adoyai orang tua nie..budak kecik pon nak paw ke..”. Ternyata sangkaan saya salah, imam itu tadi rupanya hanya berjenaka, dia bertanyakan nama kanak-kanak kecil, dan dia menjawab ‘Ana sara’. Imam tadi mencium dahi sara dan menyuruh Sara meminum air yg diambilnya sambil duduk di atas peha imam.

Subahanallah..Inikah cebisan-cebisan terakhir kasih sayang yang saya dapat saksikan dengan mata kepala sendiri. Inikah kemanisan ajaran Islam yang dibawa oleh RasulAllah..

Dalam perjalanan pulang ke rumah (bunyi macam jauh kan? Padahal naik tangga tingkat 4 je pon), saya terkenang kembali zaman-zaman di ‘Hostel life’ di Sekolah Bintang!. Perkara paw-mengepaw ini adalah lumrah. Kau ambek makanan aku, aku ambek makanan junior satu hari nanti. Itulah ‘Paw Cycle’ yang wujud di semua sekolah berasrama. Penge’paw’ tidak menghiraukan rezeki itu halal atau haram, janji dapat makan. Biasalah remaja lah katakan.

Ada kisah, senior memberikan 20 sen kemudian dimintanya junior untuk membeli burger special harga RM2.50. Dah dibelikan, senior terbabit mahu baki kembali 20 sen. Tak ke bijak tindakannya.hahaha! Ada yang di paw semasa membeli jersey basketball. Contohnya senior tersebut akan meninggalkan sekolah selepas SPM, kemudian kepada junior yang akan memakai jersey beliau pada tahun hadapan, perlu membayar kepada senior tersebut RM150 dan macam-macam lagi. Itu semua tinggal kenangan. Tapi adakah semua itu kasih-sayang yang cuba diterapkan oleh RasulAllah kepada umatnya? Use your mind.


Apa yang saya katakan di atas, semuanya saya sendiri pernah buat, paw makanan, suruh beli ice cream pencil 30 sen, bagi 50sen suruh beli burger dan banyak lagi, oleh itu saya dengan ini, ingin meminta maaf secara terbuka kepada sesiapa sahaja mangsa-mangsa saya dahulu dan diharapkan anda semua dapat menghalalkan setiap sen yang telah dipaw oleh saya.Namun kalau anda masih tidak boleh berbuat demikian, sila contact saya di FB, insyaAllah saya akan ganti setiap sen yang anda belanjakan.

5 comments:

nuraiman imam supaat said...

nice one!(=

p/s: tang paw tu mmg xleh bla la kan~ *dasat eh budak sekolah mono jantina neh* haha

Alang Ridhwan said...

waktu djaman sekolah dulu kan masing-masing x mumaiyiz lagi.. budak baru nak 'up' kn.. tapi tak elok doe menge-paw nih..

ariff haikal said...

iman : haha.itu baru ckit je keluar, n bertapis.ade lagi trok owh.

macho : agak la, baru nak up, kau dah tau selok belok paw nie, nnt jadi cikgu, selamatkan anak murid yg bakal di paw ye

chatiey said...

huhu. nakal gk kau tym skola gorie. hahah

ariff haikal said...

cik chatiey, kau igt aku baek ke dulu?haha.
nie mesti aid tk cite pape.bagus!