Tuesday, March 22, 2011

i'm sick with politics



Semenjak keluar dari sekolah menengah, saya mula bencikan politik. Bagi saya politik adalah sebuah bidang yang paling sukar untuk berjaya dengan 'tangan yang bersih'.

Saya masih berpegang yang politik sebenar itu adalah membantu orang sekeliling tanpa mengharap sebarang balasan tetapi insyaAllah di kemudian hari community akan membalas segala budi baik itu dengan rasa hormat dan kepercayaan tidak berbelah bahagi kepada seseorang atau sesebuah organisasi. Itu adalah politik terbersih. Namun fenomena ini hanya berlaku 1 dalam 1000. Rata-rata ahli politik hanya menagih undi dengan kuasa wang dan menabur janji-janji manis.

Saya sedih bila ada yang memainkan sentimen keagamaan dalam politik. Ramai yang berbangga dengan kemunculan negara Islam pertama iaitu Madinah dan cuba untuk mengembalikan kegemilangan tersebut. Tapi cuba kita fikir semula apa sebab utama Nabi Muhammad berhijrah dan membuka kota Madinah?Sebab utama adalah kerana turunnya wahyu dari Allah. Kemudian baginda di ancam bunuh dan sahabat-sahabat baginda di tindas, didera serta di bunuh selama 10 tahun ketika berada di Makkah. Selepas 10 tahun saya tegaskan disini. Mereka juga berhijrah kerana diganggu dalam soal melakukan ibadat

Jadi saya terfikir, dunia kini sudah maju. Perlukan kita berjuang, bergaduh untuk mendapatkan kuasa majoriti dalam politik? Bukan saya menafikan kepentingan politik kepada umat islam, saya tahu kita perlu juga ada kuasa politik, tetapi yang saya maksudkan ialah untuk umat islam mendapat kuasa politik lebih dari apa yang kita ada sekarang. Adakah umat islam kini dihalang daripada menunaikan beribadat? Di Malaysia sendiri, adakah penganut agama lain mengancam bunuh bagi mana-mana umat islam yang menunaikan solat? Dengan kuasa politik yang kita ada nie pon, kita masih belum menggunakan segala peluang untuk beribadat kepada-Nya. . Dan adakah umat Islam ketika ini tidak berjaya di sebabkan faktor-faktor politik luaran ataupun di sebabkan sikap umat Islam itu sendiri?

Kemudian perpecahan kepada parti politik masing-masing. Inilah perkara paling malang yang telah melanda dunia dan umat melayu secara khususnya. Tak kira di peringkat nasional mahupun mahasiswa secara scop kecilnya, pastinya akan berlaku perpecahan mengikut kroni masing-masing.Sayang, orang atas bergaduh gilakan kuasa. Tahukah mereka, kita rakyat yang memberikan kuasa pemerintahan kepada mereka, namun kebajikan kami diabaikan ataupun dipolitikkan. Kemudian kepada penyokong fanatic yang tidak berfikir dan emotional pula turut sama bergaduh mengikut ‘pungkoq’ pemimpin kesayangan mereka. conclusionnya 'Di tanah atau pasir manapun orang melayu berpijak,selagi ada perkataan politik, pasti mereka akan berpecah' .Disini saya akan terangkan serba sedikit tentang politik dalam konteks negara malaysia. Info ini saya peroleh semasa membantu ayah saya dalam kajian Phd. beliau tentang politik di malaysia. Saya tak mahu berikan info berkenaan parti politik ti sebuah tanah sebesar sekangkang anak kera bernama Zagazig kerana anda boleh dapati permasalahan yang sama berlaku. buktinya sila click di sini.

Parti Biru

Typical politician. Memenangi hati rakyat dengan mengembar-gemburkan jasa yang ditaburkan. Orang mengatakan mereka bersifat ke’kroni’an yang kuat. Tetapi mereka telah mentadbir Malaysia dan memacu Negara lebih dari 50 tahun sehingga Malaysia boleh menjadi sebuah Negara Dunia Ketiga yang membangun.

Parti Hijau

Sebuah parti yang memenangi hati rakyat dengan mengunakan sentimen agama. Mereka mahu mewujudkan sebuah negara Islam secara total atau paling kurang ingin menbuat hokum hudud. Ya, kalau saya hanya seorang yang seperti kerbau dicucuk hidung, saya pasti akan mengundi parti ini, tetapi tahukah anda yang parti ini ada 3 dewan? Dewan ulama, dewan pemuda dan dewan muslimat. Pengundi rata-rata dibayangi dengan ke'alim'an dewan ulama. Lalu mereka menutup mata kesalahan anggota2 lain.saya agak kecewa bila membaca perlembagaan parti ini yang mengatakan ahli diutamakn dalam segala jenis bantuan. Tapi bukankah RasulAllah mengajarkan kita untuk tidak memilih bulu dalam melakukan kebajikan?

Parti Biru Cair

Sebuah parti yang cuba menggabungkan semua rakyat Malaysia dalam sebuah parti dan cuba mengamalkan persamaan hak. Parti ini mendapat sokongan dengan cara provokasi anti-kerajaan. Dalam setiap ceramah politik mereka pasti ada isi ‘personal’ yang dibangkitkan dan dipenuhi dengan mencemuh pihak kerajaan

Jadi jelaslah, setiap parti mempunyai niat yang murni. Tetapi di pertengahan mereka hanyat dalam arus kotor politik. Mereka mencaci antara satu sama lain. Menunjuk-nunjuk jasa yang diberi dan mementingkan kroni masing-masing. I mean all.

Jika saya diberi peluang mengundi, saya tidak akan mengundi mengikut parti. Bagi saya semua itu tidak penting. Apa yang penting adalah calon wakil rakyat, tidak kira dari parti mana, tetapi mana yang mengambil berat hal ehwal rakyat. Ini kerana Wakil Rakyat sepatutnya seorang yang boleh menyuarakan permasalahan rakyat dan mencadangkan idea-idea bernas untuk menyelesaikan masalah rakyat. Bukannya pemimpin yang dalam ucapannya hanya penuh dengan pujian terhadap jasa mereka sendiri

Saya mengharapkan sebuah atmosphere politik di mana, calon wakil rakyat berlumba-lumba ‘to serve the community’ sehinggakan ketika musim pilihan raya mereka tidak perlu mengadakan ceramah politik. Mereka boleh duduk diam dan menghabiskan masa minum kopi di rumah kerana semua pengundi tahu, siapa yang membela nasib mereka selama ini. Bolehkah perkara ini berlaku?

5 comments:

eszol raar said...

next year kalau SPR btol2 luluskan kelayakkan aku mengundi pon aku akan make sure undi rosak

we r too corrupted

::FAIZ:: said...

saya tak berani nak komen apa2, sbb nanti kene saman... silap2 kene tangkap kalau salah cakap...

Unknown said...

hasan misran : bagus post ni haikal..cume nak tnye..pasal berapa eh yg mgtakan ."saya agak kecewa bila membaca perlembagaan parti ini yang mengatakan ahli diutamakn dalam segala jenis bantuan." cume nak wat rujuka...=)

WeepingBlades said...

not bad... you have quite meaninful posts here... i am looking forward for your other posts.

the cerebro said...

izzul : no comment

Farish : bagus

hassan : itu nanti kita bincang kemudian yer

Y.N Lee : thanks.