Sewaktu di tingkatan 4, Allah telah menarik loan kaki yang Dia telah anugerahkan kepada saya selama 15 tahun. saya tidak boleh berjalan selama 2 bulan dek kerana patah kaki semasa bermain rugby. Namun apa yang saya lakukan semasa 2 bulan tersebut? Hanya terbaring dan menunggu ahli keluarga yang lain untuk melayan saya.
Namun hati saya tersentuh bila membaca sebuah kisah yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim tentang Zaid bin Arqam r.a.
Zaid mengatakan yang penglihatannya semakin berkurang kepada RasulAllah. Kemudian suatu hari Junjungan besar datang menjenguk Zaid dan bertanya 'Wahai Zaid, bila penglihatanmu hilang apa yang akan kamu lakukan?'. Zaid menjawab 'saya bersabar dan dalam kondisi seperti itu saya akan mencari pahala dari Allah'. Kemudian RasulAllah seria berkata 'Bila mata kamu hilang kemudian kamu menerimanya dengan bersabar dan mecari pahala dari Allah, maka pahalamu adalah Syurga
Cuba kita lihat bagaimana dalam kondisi yang beliau tahu suatu hari nanti nikmat melihat beliau akan diambil oleh Allah tetapi Beliau masih bersemangat untuk mencari cahaya Ilahi dalam kegelapan duniawi.
Ramai manusia merungut bila hak mereka di ambil oleh pihak tertentu, dan ramai juga yang sesat sehingga melampaui batas contohnya kekasih di rampas orang lain dan mereka mengambil jalan membunuh orang yang mengambil kekasih mereka ataupun jalan yang lebih mudah dengan menamatkan riwayat di tali gantung.
Come on! Dunia ini luas, ada berpuluh-puluh episode spongebob untuk membuatkan anda tertawa, ada beratus-ratus jenis hidangan untuk menghilangkan rasa sedih. Tapi jalan yang sebenar adalah mensyukuri setiap perkara yang berlaku di seseliling anda. Penuhkan pemikiran anda dengan keagungan yang Maha Esa di sekeliling kita. Pernahkah kamu bersyukur bila angin melambai mesra di pipi kalian?
Kalau kita benar-benar orang yang bersyukur, insyaAllah kita boleh menjadi seperti matahari yang menyinari sekalian alam. Yela, matahari panas kot, tapi dia still mengeluarkan cahaya . Walaupun dengan kekurangan yang ada dalam diri, tapi gembirakanlah orang sekeliling anda.
1 comment:
MTA city? grandnya nama. pfft. haha
Post a Comment